Translate

Wednesday, December 30, 2009

GAGASAN KERAJAAN DUA PARTI: Antara Despirasi, aspirasi dan kompilasi.

(Senjaliza mengangkat  posting ini sebagai penutup tirai tahun 2009). Kepada rakan blogger sekalian dan seluruh masyarakat dunia cyber, Senjaliza mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2010 dan Maju Jaya.

 
DSAI memegang 31 Muka Surat dan empat bahagian resolusi PR yang tersurat. Apakah maksud yang tersirat? Hanya orang politk yang lebih memahami. Dalam politik maksud tersirat lebih penting dari yang tersurat.


Beberapa siri Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan bermula pada 19 December, 2009, memang memukau. Tambahan lagi bila ianya re-enforced dengan tepukan gemuruh audiance yang dipandu oleh barisan “sparket”(kadang disebut pom-pom girls). Sparket ini berusaha sedaya upaya membakar semangat pemainnya agar terus menjadi pahlawan, sedang kesudahan perlawanan masih terlalu jauh dan kabur. DAP lah yang kelihatan amat bersungguh-sungguh dalam proses pembakaran semangat ini bagi menjamin misi mereka tercapai dan kiblat mereka terus dituju.

Dasar PR yang setebal 31 muka surat yang mengandung 4 bahagian sarat mengandung dengan kompilasi isu-isu yang menghangatkan suasana politik tanahair sejak era kelahiran gerakan reformasi. Tiada “exitement” terbaharu melainkan susunan perkataan dan pengkategorian agar ianya mudah difahami. Semuanya digalas dari impian lama untuk merintis jalan merampas Puterjaya yang sekian lama tidak kesampaian. Menyusuri jejak ke Taiwan bagi merealisasi impian 916, gagal dan muslihat Bujet 2010 di parlimen juga tewas. Apakah “Gagasan Sistem Dua Parti merupakan pertanda despirasi bagi mencapai matlamat ke Puterajaya?

“Bermuafakat Dalam Perbezaan” bagaikan menjadi tema Konvensyen PR yang menjadi pra syarat mengujudkan Sistem Dua Parti. Tema ini adalah intipati PR untuk memenuhi idaman menggantikan Kerajaan Barisan Nasional menjelang PRU13. Walaupun tema ini hanya 3 perkataan mudah, namun ianya cukup bertenaga untuk menafikan sesetengah isu pokok yang menjadi tunjang ideologi kepada perjuangan parti-parti dalam PR khasnya prinsip PAS dan DAP.

“Bagi PAS tidak semua haiwan yang belakangnya menghadap langit boleh dihalalkan”. Bagi DAP menerima dan menghormati “hudud” adalah memaksakan “ketakutan” yang mengancam dan menebal di kalangan penyokong DAP. Bagi PKR, terutama yang menganuti fahaman strategist parti, Tian Chua, PAS harus dibiarkan mensesasaikan dan memperjuangkan “hudud” asalkan amalan yang selaras dengannya tidak direalisasikan atau dipraktikan. Bagi majoriti Rakyat Malaysia malah masyarakat dunia, penafian idealisma sesebuah parti siasah samalah dengan “membohongi diri sendiri”.

Menafikan “idealisama sesebuah parti dalam Pakatan Rakyat” hanyalah satu strategi “matlamat menghalalkan cara”. Ianya tidak lebih dari tindakan “superficial” yang berusaha menyembunyikan masalah pokok di bawah timbunan permaidani, mengabui mata rakyat agar terus menjadi penyokong akur dalam kealpaan. Mana mungkin “perbezaan idealisma dapat diperguna membina foundasi yang kukuh” oleh itu tema konvensyen PR "Bermuafakat dalam perbezaan" tidak lebih dari retorik tulin yang diselaputi pesona dan keraguan.

Apakah rakyat Malaysia menerima “bulan di dada Karpal Singh” adalah satu hakikat dan kebenaran? Apakah sudah terukir dan terpahat nama Karpal Singh di sanubari setiap ahli PAS? Apakah kejayaan DSAI menyatukan tiga parti dalam Pakatan Rakyat merupakan kejayaan DSAI menyatukan semua rakyat Malaysia yang majmuk ini? Atau apakah benar penyatuan tiga parti dalam PR wujud pada hakikat yang sebenar-benarnya? Apakah PR bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari politik perkauman sempit lalu menyelar Barisan Nasional sebagai Parti yang mengamalkan perkauman? Jawapan yang sejujurnya kepada persoalan inilah yang yang menjadi penentu utama samada resolusi Konvensyen PR adalah retorik politik semata-mata.

Apakah pula sistem Dua Parti itu bererti Kerajaan Perkongsian antara BN dengan PR? Apakah ianya Perkongsian parti-parti dalam PR? Kenapa dua Parti parti mana yang tersingkir?. Melihat “temtasi” dan aoura gerakan PR, perkongsian dengan BN jauh sekali dari matlamat mereka. Apa yang mereka harapkan ialah PRU13 harus dimenangi dan selepas itu impian melihat “katak-katak emas” berpusu-pusu menyeberangi bahtera mereka menjadi realiti tanpa perlu menjejaki mereka di Taiwan. “Soal idealisma parti”, masa itu bolehlah dilupakan dan dianggap tidal lagi relevent. Bukankah ini impian yang liar?

Transformasi yang dimekarkan selepas peralihan kuasa kerajaan dari Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ke DS Mohd Najib bin Tun Razak telah berjaya memadamkan ketakutan kepada “bayang-bayang PRU12”. Tsumani politik yang ditiupkan Lim Kit Siang dalam politik Malaysia sudah ditenangkan. Konsep 1Malaysia sudah mematikan konsep “Malaysian Malaysia” yang didendangkan PR. KPI-Key Performance Index dan NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Negara telah berjaya menghidupkan semangat juang dan keyakinan rakyat Malaysia bahwa mentari mula terbit di ufuk timur.

Pendekatan Najib yang mesra rakyat, sederhana dan mengutamakan pencapain adalah jelmaan dari seruan “mendengar degup jantung 27 rakyat Malaysia”: Golongan remaja yang berpendidikan sudah mula memahami erti “retorik politik”. Bukanlah kerana Kursus Bina Semangat melalui program BTN, tetapi mereka adalah golongan dinamis. Bukanlah mereka mendambakan perubahan sekadar untuk berubah. Tetapi mereka mendambakan perubahan ke arah yang positif dan realistik. Mereka adalah pelapis dan pewaris yang mengutamakan soal pembinaan ideologi yang kukuh dalam mencapai aspirasi negara yang cemerlang akan datang. “Critical success factors”nya adalah dari tindakan dan keputusan mereka hari ini.

Siapa di antara kita yang lupa mengenai Rundingan Kem David yang ditaja Amerika dan kuasa-kuasa besar dunia. Rundingan itu adalah mengenai keamanan dan Pelan Damai di Asia Barat khasnya di antara Palestine dengan Israel yang berusaha mengenepikan dan TIDAK menyentuh “masalah pokok”, Baitul Makdis, Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestine yang di rampas Isreal?. Apakah kita menafikan kegagalan perundingan demi perundingan di mana Negara Mesir menjadi perantara dan disertai kuasa-kuasa besar dunia adalah berpunca dari penafian masalah pokok ini? Oleh itu apakah tema “Bermuafakat Dalam Perbezaan” yang melaungkan System Dua Parti itu satu gagasan yang berjaya? Atau memangnya berjaya tetapi hanya pada hari Konvensyen itu sahaja?. Atau ketika pagi hening, kemilau embun menitik dan akan hilang bila mentari mula memancar?. Allahuwallam.


RELATED:-

12 comments:

Anak X-PKR said...

Salam Liza,

Bagi saya 2-Party Ststem menjurus kepada "Political systems in which only two political parties effectively compete for government office".

Saya lihat Pemerintah atau kerajaan Malaysia sedang mengamalkan pemerintahan Multi-Party System maka itu 2-Party Statem yang diuar-uarkan PR sudah agak ketinggalan dan benarlah ianya satu despirasi kepada pembaharuan yg retorik.

Zorro Team Malaysia said...

MIM dan SISTEM 2 PARTI
-----------------------------------

Ada sebahgian rakyat yg ingin melihat terjadinya sistem 2 parti atau 2 coalition di Malaysia;BN vs PR,mcm di USA,UK, AUSTRALIA dan kebanyakan negeri diEUROPE & negeri2 demokrasi lain didunia ini. Mungkin perkara ini perlu dilihat dari sudut,Kerajaan memerintah MESTI diterajui olih MIM...jadi kalau BN,org kita perintah;dan PR, MIM juga perintah!! ...Alternatif nya,UMNO,PAS,PKR >>satu gabungan, DAP,Gerakan,MCA >>satu gabungan, & MIC,PPP,Makkal Sakti,IMP>>satu gabungan.
MAKA JADILAH MALAYSIA SATU DEMOKRASI berunsur PERKAUMAN!!! Mungkin ada masalah lain,yg lama dan yg baru akan timbul,dimasa2 mendatang.....

KALAU TAK BOLIH BERSATUPADU,OPTION NYA,...2 PARTY SYSTEM,KEMANA ARAH PUN "MIM MESTI PEGANG TERAJU MEMERINTAH"
WAJIB,ORG2 MUDA MIM WAJIB TENTUKAN DAN BERJUANG SEKERAS2NYA MIM PEGANG TAMPOK PERMERINTAHAN..... untuk masa depan MIM....

1)GET RID AHLI2 POLITIK KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU/BUMIPUTRA. 2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90% MIM DLM JABATAN2 KERAJAAN.. 3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!

NANTI JADI LAH MALAYSIA DUA PARTI SISTEM:BN VS PR..MCM DI USA,UK,EURO DSB...BAGUS JUGAK KAN?? TAPI ARAH MANA PUN,MIM mesti pegang teraju PEMERINTAHAN........

ANNA MONTANA said...

BIPARTISAN POLITICS in MALAYSIA
---------------------------------
We are now moving towards a 2party
system(or maybe 3party system).For now,its a 2 Coalition system i.e.
Barisan Nasional(BN)vs PR(Pakatan
Rakyat).Possibly later on,there might be a Liberal(3rd party)as the
case in UK and USA.
For Malaysia,the reality of things
and events from era of Parameswara
(1400)to the Portugese(1511)to the
British(1700s-1940s),to the brief Japanese and Communist era(1942-1955).The efforts of UMNO-led Perikatan(with MCA,MIC)finally achieved Merdeka(Independence)in 1957.The rest is history from 1957 to 2008,where Malaysia was ruled totally uninterrupted until PRU12.
8th March 2008 to PRU13(2012/2013)
is METAMORPHOSIS time for the Malaysian Politics.
Either BN or PR,the focus should be for the people of Malaysia,the
wellbeings of Malaysians,the good
future for Malaysians,the Quality of Life,the infrastructures for the people,the clean environment,
education,good economic condition
etc etc...so the idea of just FOLLOW what the party says i.e.,by
being PARTISAN,should be changed and reconsidered for the GOOD of the RAKYAT,from the RAKYAT(elected Rep),by the RAKYAT(voters).....
I would say YES to BiPartisan Politics in Malaysia,if it is for the Good of Malaysian in general for Present or for the FUTURE.....

YANG GAMBI said...

Salam Senja Liza, PKR hanya sekadar menarik undi kaum-kaum Melayu-Bumiputera..... tapi kalau diteliti kaum Melayu-Bumiputera harus lebih berhati-hati, yang untung nanti adalah DAP......

Zorro Sabah said...

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Sr dari Republikan diganti oleh Bill Clinton dari Demokrat. Kemudian Clinton diganti oleh George Bush Jr yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Demokrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Beginilah silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu.

Anonymous said...

Salam Senja Liza,

"PKR hanya sekadar menarik undi kaum-kaum Melayu-Bumiputera..... tapi kalau diteliti kaum Melayu-Bumiputera harus lebih berhati-hati, yang untung nanti adalah DAP"

1. Satu lagi projek pembudayaan Kerajaan Nasional.

Satu lagi ayat mengatakan
" Siapa yang akan menjaga nasib Melayu dan Islam kalau bukan orang Melayu itu sendiri"

Ini pun ayat orang-orang UMNO yang sering berpekik disebalik ketuanan Melayunya. Fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

Like it or not..we are already here. except maybe in sabah. in west malaysia, during the last election, the two-party system was more or less being lived out. the people of sabah may not fully grasp the concept yet or are not willing to accept it. the big 'IF' is that, what would the senario be if sabah takes hold of it. ITS ONLY A BIG "IF". The questions now before us...Are we ready for it now? Is it good for the people? Do the people have the courage to change or they are comfortable with status quo?
HAPPY NEW YEAR SENJALIZA AND THANKS FOR A WONDERFUL FRIENDSHIP.
Aziz AO

Senjaliza said...

Salam dan Terima kasih semua. Selamat Tahun Baru.

Dari penelitian terkini, PAS tidak pernah berada pada situasi dimana Pmimpin PAS VS pemimpin PAS. Contoh Khalid Samad dan Hassan Ali. Pertembungan ini disebabkan oleh adanya penentangan mereka terhadap polisi dan tindakan rakan mereka dalam PR. Ini satu pertanda bahawa PR merupaka pakatanyang sukar mengujudkan PR atau Sistem dua Parti ala PR.

PAS dan pemimpin hardcore PAS tidak boleh memperlekehkan pertentangan ini kerana akhirnya mereka tidak dapat mengawal penyokong sendiri yg bakal melemahkan Parti.

Pada setiap kelemahan PAS, DAPlah yg beruntung. Penyokong hardcore PAS tidak boelh sama sekali manganggap kemenangan dan kekuatan DAP adalah kekuatan PAS. Ini silap kerana rekod DAP membenamkan PAS dalam Barisan Alternatif tidak mudah padam.

Penyokong hard core PAS bukanlah representasi semua yg mengundi PAS. Keadaan semasa menunjukkan sokongan kepada PAS berpecah sedangkan sokongan kepada DAP semakin solid di kalangan kaum mereka. Apakah sistem kerajaan adalah antara PKR dengan DAP kerana kecenderungan pemimpin PAS kepada kekuasaan lalu mereka menyertai Keadilan? ke mana arah PAS masa itu?

Orang kafirpun boleh bertempik takbir..dan takbir saja belum tentu memenangkan PAS.

Apa nasib PAS di Selangor yang kehilangan kuasa negosiasi setelah ADUN-ADUN BN digantung dari DUN Selangor.. luput kan? PAS tidak perlu dihormati DAP. Tetapi kerana undi PAS, DAP sanggup berlagu AZAN atau membaca surah. Jangan sekali-kali PAS bangga dengan keadaan ini..Jika sampai tahap PAS lemah DAP akan pijak kepala kamu. Bila PAS tidak perlu pasti DAP akan lanyak PAS.

Sign yg nyata ialah Bila TGNA kata BN harus sediakan pangkat dan kedudukan kepada PAS sebelum berkerjasama dengan BN. Apa ini, apa PAS kita akan disediakan kedudukan dan pangkat kepada PAS jika PR berkuasa..Ligat Penang, Lihat Selangor, Lihat Perak suatu masa dulu. Kedah lain cerita sebab org PAS di sana majoriti. Walaupun 1 DAP PAS diugut di Kedah. PAS lupakah?

Kafirkah UMNO dan Ialamkah DAP jika PAS mengutamakan perjuangan Islam? Jangan mimpi orang kapir tunduk kepada hukum hakam PAS.YG penting bagi mereka ialah UNDI PAS dan KERUSI PAS MINUS ideologi PAS. Apakah PAS menegakkan ideologi? Kenapa bila ideologi PAS dilanyak..PAS akur? jangan sentuh soal ideolg konon dalam konvensyen PR... BUKAN HIPOKRIT BESAR KAH INI?

Siapa di antara pemimpin Melayu dalam PKR dan PAS yang berani muncul bahawa mereka berjuang BUKAN kerana Pangkat dan Kuasa TAPI ISLAM PADA HAKIKAT YG SEBENARNYA?

Saya kadang mencabar orang yang menegakkan idelogi PASnya..belum tentu ilmu PAS kamu tinggi dari ilmu PAS saya dalam KONTEK PAS dan ideologi PAS yang sebenarnya.

"I have my coffee NOW"

Senjaliza said...

Salam,
Khas untuk BULAN MENGEMBAG,

Ada falsafah yg mengatakan bahawa oleh kerana kecenderungan seseorang itu pada membaca terlalu berlebihan (akan idea orang lain) maka dia kurang dan malas menggunakan akal dan pemikirannya untuk menelaah fakta. Dengan itu dia kehilangan daya dan ketajaman geniusnya.

Fikir-fikirkanlah. Kerana burung tiung, nuri dan kakatua adalah haiwan yg pintar melakukan "imitasi" Tetapi tiung, nuri dan kakatua tidak lebih dari "pets" atau haiwan peliharaan tuannya.

"okay noe..go ahead and make your day"

Anonymous said...

Salam Liza dan Noreen,

Ada juga makhluk Tuhan yang jadi PAS semata-mata kerana dia PAS. Lain-lain dia tak nampak. Buta mata dan hati. Kerkunci otak kerana angkut pemikiran orang lain masuk kepala hotak sendiri tanpa bertapis sebab penapisnya ROSAK. Inilah PAS makanan dan csmpursn Bak Kut Teh DAP BIN PAP.

Anonymous said...

Israel is an SA(Sales Associate) at Kira Plastina although new, he was very knowledgeable on the product. http://www.lateuggboots.com More than 3.2 lakh Facebook fans have told us they what they see; that a testament to the fact that we are doing some things very well. north face jackets (The cab nearly didn make it. ugg She wears several pieces from Kreepsville 666, a brand that specializes in gruesome fashion. http://www.manyghdhair.com The ICP is in the process of formalising a Memorandum of Understanding with ICSEI.

Anonymous said...

Blackjack is popular with a lot of people because it is a fun, fast paced game that doesn leave you at the mercy of the odds, but gives you a chance to win money through skill. ugg The round remains undisclosed, though TechCrunch has learned that it in the region of £300k (approx. http://www.oneghdhair.com Huot: you check in to a venue, you unlock a badge, you'll get an email with a link it will be a ticket giveaway we'll give away two tickets every day. north face uk Costume jewelry has become a real rage among fashion conscious population world wide. north face sale This also led to the establishment of the Tag Heuer Company in the heart of the Swiss nation.