
Dalam situasi lain, Husam semakin terlalu ghairah dan bangga bila dia disebut-sebut sebagai “orang Anwar” dalam PAS. Dia bangga kerana baginya “Anwar adalah the next Prime Minister of Malaysia". Husam bagaikan alpa bahawa "burung terbang di pipiskan lada”.
Husam memang selalu merasa selesa bagai anak emas TGNA dan bangga sebagai “agen tunggal” Anwar dalam PAS. Sebelum Muktamar 55 PAS, Husam gah dengan tanggapan ini. Kerana itu, Husam terlalu extra ghairah menyebut mengenai idea, formula dan teorinya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Husam siang-siang LAGI mengambil pendirian "BIG NO NO kepada idea Muqabalah". Husam bagaikan terlalu ghairan dan tidak sabar-sabar menghalau Najib dari Puterajaya dan menguburkan idea 1Malaysia. Terlalu ketara niat Husam, bagai kesemuanya di hujung jarinya untuk mentalqin Barisan Nasional terutama UMNO. Tekadang dia kelihatan bagai sudah tidak mengindahkan kata Presidennya, TGHH. Seolah-olah DSAI adalah bossnya dalam politik. Seolah-olah dia adalah PASPKR.
Kini, setelah berakhirnya Muktamar Ke 55 PAS, segala-galanya berubah. Husam sudah mula menyelar partinya sendiri dengan mengatakan perwakilan Muktamar ke 55 dan PAS berat sebelah dan tidak adil. Husam mendakwa bahawa kekalahannya disebabkan sikap parti yang berat sebelah dan elemen luaran yang tidak berpihak kepadanya sepanjang kempen pemilihan kali ini. Kata Husam, "Saya tidak melaksana satu kempen agresif... dan kalau lihat banyak elemen yang tidak menyebelahi saya, termasuk program parti. Pada pendapat saya sedikit sebanyak berlaku berat sebelah dan saya tahu cabaran besar di hadapan saya terutama saya tidak boleh menyatakan secara terbuka kritikan atau pandangan saya yang berbeza“.
Dia juga kesal dengan gelaran “kambing hitam”. Kini baru sedarlah Husam akan tinggi rendahnya langit. Sepak terajang politik menyedarkannya. Bila dia berkata "Saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka...“ ini sikap normal yang biasa ditunjukkan orang politik. Tetapi bila dia menyambung ”... sebab saya tahu lebih awal, saya akan kalah....” saya kurang yakin samada dia sebenarnya berkata luhur atau sesungguhnya pernah mengharap manisnya kemenangan.









