Translate
Tuesday, July 7, 2009
WANITA MCA GO..GO...Ketua Menteri, Lim Guan Eng Tak Mampu Urus Anai-Anai!
Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang. "LGE pindah rumah baru kerana ada anai-anai di Seri Teratai". Agaknya anai-anai ini di impot dari Kota Melaka!.
BUTTERWORTH: Wanita MCA membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang berpindah ke banglo mewah dengan alasan anai-anai, semut api dan musang tanpa memikirkan nasib penduduk Kampung Buah Pala yang bakal kehilangan tempat tinggal. Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang, berkata tindakan Guan Eng berpindah rumah baru ketika penduduk sedang memperjuangkan nasib mereka menunjukkan beliau tidak tahu menilai tanggungjawab. "Bila baca akhbar, saya lihat tajuk (surat khabar) beliau (Guan Eng) pindah ke rumah baru lebih besar berbanding isu Kampung Buah Pala. Mana satu yang lebih penting? Adakah berpindah ke rumah baru hanya kerana ada anai-anai di satu almari di kediaman rasmi Ketua Menteri (Seri Teratai) penting baginya....
Monday, July 6, 2009
PERBALAHAN PAS-DAP DI KEDAH. Siapa Dalang?
UMNO JADI DALANG PERBALAHAN PAS DAN DAP KEDAH ?Dari Kacamata: HALIK ZAMAN (pic)
Cerita Penuh (klik link berikut)
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1664:umno-jadi-dalang-perbalahan-pas-dan-dap-kedah-&catid=37:politik&Itemid=41
Agaknya atok kita, Datuk Haji Halik Zaman (DHZ), pakai kaca mata yang pecah. Dengan itu dia tak berapa nampak isu kenapa DAP keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Barangkali juga atok kita ini "alamak..terlebih sudah" sokongnya pada atok Nuar. DAP keluar PR, atok Nuar salahkan media. Macam saja Pakatan Rakyat itu sudah bankrup dan sudah tak ada media. Mungkin juga jari telunjuk atok Halik dan atok Nuar sama. Asyik-asyik salahkan orang lain atas perbuatan sendiri, atas kesalahan sendiri. Agaknya juga ini memang syndrome atok-atok yang memang suka blame orang lain walaupun kelemahan., kesilapan, kekhilafan, kekurangan dan seumpamanya datang dari diri sendiri. lalu mereka menuduh bahawa di sebalik tabir perbalahan DAP-PAS di Kedah, ada UMNO sebagai Tok Dalang!- Celoteh Ratu Pemilik Kebun Kelapa Sawit.
Sunday, July 5, 2009
AYAM PUN MARAHKAN DAP!
Saturday, July 4, 2009
AGROPOLITAN DAN JELAPANG PADI KOTA BELUD - KERJA TRANSFORMER ATAU MIDAS TOUCH.
3rd July, 2009
.
Friday, July 3, 2009
WHO IS THE BOSS?. AMARAN KEPADA dap.
Thursday, July 2, 2009
DAP: Dulu Tinggalkan Barisan Alternatif Sekarang Tinggalkan Pakatan.
Apakah Politik Pakatan Rakyat berada di ambang senja?Oleh G. MANIMARAN
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/1/mstar_berita/20090701182243&sec=mstar_berita
.
.
.
Wednesday, July 1, 2009
Apa Dah Jadi?: "What is CAT"?

Penunjuk Perasaan Menunjukkan Spanduk antara lain berbunyi-"What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong".
"Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung......"Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?"
Demikianlah, laungan penunjuk perasaan yang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng keluar untuk menemui mereka. Mereka menagih janji-janji Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak ditunaikan. Mereka menentang tindakan kerajaan Pulau Pinang yang hendak merobohkan rumah-rumah mereka di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugur, Pulau Pinang, kawasan yang mereka katakan telah mereka duduki sejak 100 tahun yang lampau..
Apa dah jadi?

.jpg)
