Translate

Wednesday, October 7, 2009

PAS gagal sabungkan Isa dengan Mat Hassan.


Kalo PAS nak sabungkan dua manusia ini, PAS kena kidnap Mat Hassan, pasang Kepiah, spek hitam dan bubuh janggut putih kemudian bubuh arang ke mukanya. Lepas tu kunci lidahnya.

Mulanya Pembangkang memang menuduh bahawa bila Isa Samad dicalonkan di Bagan Pinang, Isa bakal menjadi ancaman kepada MB Mat Hassan. Inipun nyata-nya bahawa Pembangkang sudah meramal bahawa Isa akan menang. Sebab kalo kalah takkan menjadi ancaman kepada Mat Hassan.

Tapi bila Mat Hassan kata "sayalah orang pertama mencadangkan Isa Samat", PAS "mati duduk", check mate, hilang isu dan kena tuduh pula "main sabung". Tapi Isa dan Mat Hassan bukan ayam walaupun ada yang menyatakan perjudian dan pertaruhan berlaku antara majoriti atas 2,000 undi vs bawah 2000 undi kepada Isa Samad.

Pilihanraya Kecil kali ini bukan PRK wira kampung. Ini padang permainan Isa samad. Pengundi Bagan Pinang harus melihat bahawa sesungguhnya Isa dan BN di Bagan Pinang adalah melawan untuk menumbangkan DAP dan PKR yang "diwajahkan" dengan PAS kerana itulah calon PAS ini diimpot.

Tugas Isa dan BN kini tinggal untuk meningkatkan majoriti BN dan tugas PAS mengurangkan majoriti itu. Tentera darat dah diparahkan Salahuddin, komunis pula nak dibawa balik Anwar ke Malaysia...Nak tunggu apa lagi. Orang Bagan Pinang jangan pula salah sebut "s'orang; Sebut seerranng. Say No  also to "komunis" and  No to DAP's

Tuesday, October 6, 2009

Lagi...Naib Presiden PAS Tak Hargai Hati dan Perasaan Tentera..


Provokasi ini adalah kredit awal kepada calon BN TS Isa Samad. Apakah Pengarah Induk PRK DUN Bagan Pinang mahu menambah kredit itu dengan mengenepikan hati dan perasaan tentera darat di Bagan Pinang?

Tentangan terhadap keputusan Perdana Menteri mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, selaku Pengarah induk PRK DUN Bagan Pinang dilihat satu percaturan politik yang silap.

Di saat-saat PAS memerlukan simpati dan sokongan tentera , dia pula membuat kenyataan yang menidakkan kepentingan tentera. Mungkin kerana yang ditentang dan disanggah pendapatnya ialah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak maka Sallahuddin merasa gah dan setanding pemikiran Perdana Menteri. Dia lupa, dia berada di Bagan Pinang kerana  ingin "membeli hati dan perasaan" pengundi Bagan Pinang yang dikatakan mempunyai pengundi yang ramai dari kalangan tentera, BUKAN untuk mnyaingi kuasa Perdana Menteri.

"Bukanlah datang di saat Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan terus isytihar ini bandar tentera darat," katanya kepada media di Markas Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Batu 4 dekat sini Isnin.

Kiranya Salahuddin menyedari bahawa pengisytiharan itu untuk menarik pengundi, mengapa ianya ditentang? Bukankah lebih baik baik kiranya ianya juga diisytiharkan Bandaraya Tentera Darat dan sekaligus sebagai  kawasan "Pelancungan Si Baju Hijau". Andainya ia pula diisytihar sebagai "Pusat Pelancongan  Terbaik Dunia" seperti yang Salahuddin cadangkan, itu sudah keterlaluan kerana masih terdapat pusat pelancongan  di dunia yang lebih layak mendapat tittle sebagai pusat pelancongan terbaik dunia  yang perlu kita akui.

Barangkali ini kaitannya dengan soal ego. Namun ego yang sebegini merugikan PAS dalam konteks PRK Bagan Pinang. Inilah pertanda bahawa apa saja yang dicadangkan oleh kerajaan walaupun baik dan menguntungkan rakyat, PAS mesti tentang. Lebih-lebih lagi bila idea datang dari Perdana Menteri sendiri.

Apakah menafikan perasaan Tentera Darat ini sebagai pertanda dan isyarat awal bahawa PAS mula memberikan kredit dan kelebihan kepada calon BN untuk menang dengan mudah di Bagan Pinang? Atau mereka sudah mula melakukan kesilapan kerana "terlalu takut" akan kalah?

Monday, October 5, 2009

Politik Main kasar Taktik Politik Pra Kalah



Seandainya yang menghadapi provokasi seperti ini adalah pemimpin pembangkang dan yang melakukan provokasi ialah penyokong BN, apakah natijah yang akan diterima oleh oleh peyokong BN itu?

Azeez terlantar di Hospital. Apakah Dr. juga turut berbohong?


Logik kadang ada "logik"nya sendiri. Andainya 9 orang yang pukul Azeez, tentunya dia lebam mata seperti Anwar dipukul dalam tahanan dulu. Tapi Azeez tidak digari dan ditutup matanya dengan kain hitam.
 
  "Siapa berbohong"?. Provokasi ini jelas menyakitkan hati dan mencabar kesabaran. Bayangkan puteri ini adalah "muslimah PAS" dan yang melakukan provokasi itu ialah pemuda UMNO. Barangkali skrin PC anda akan menyala dengan kemarahan cyber trooper PAS. Jadi mana "keadilan"?

Bila Salahuddin Ayub mengatakan bahawa kenyataan memukul Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berbohong mengenai ianya ditumbok oleh penyokong PAS, kenyataannya diambil sebagai senjata dan alasan menangkis bahawa Azeez "pembohong". Seolah-olah bila kenyataan dibuat oleh pemimpin PAS semuanya betul. Kenyataan orang lain pula dianggap salah.

Dr Koh Su Kon yang terselamat dari provokasi penyokong PAS kerana hujan turun lebat juga barangkali dianggap oleh penyokong PAS sebagai "bohong". Kumpulan Puteri UMNO yang dianiayah dengan provokasi juga akan dianggap bohong oleh penyokong PAS.

OK..terbalikkan pula. cuba kiranya..OK.... kiranya Salahudin Ayub ditumbok oleh penyokong BN, Lim Guan Eng pula menghadapai provokasi sehingga kenderaanya dihalang serta dia dicerca dengan pelbagai maki hamun manakala para muslimah PAS dianiayah seperti penyokong PAS menganiayah Puteri UMNO! Apa akan terjadi? Barangkali akan menyala skrin computer anda dengan kemarahan penyokong PAS melalui gerakan cyber mereka...

Inilah politik main kasar pra kalah yang diamalkan penyokong PAS di Bagan Pinang. Nik Azizi Nik Mat cuba pada awalnya mensihatkan samseng ini dengan kenyataan bahawa politik main kasar menumbok ini "bukan amalan Islam" dan buka budaya PAS. Tetapi barangkali kerana kenyataannya itu dilihat memakan diri calon PAS maka kenyataan Nik Aziz itu berubah dan diubah bahawa Nik Aziz menafikan bahawa Azeez ditumbok oleh 9 orang ahli PAS. Ada unsur putar belit; barang kali juga yang menumbok itu cuma PENYOKONG PAS dan BUKAN AHLI PAS.

Jika Azeez tidak ditumbok dan terlantar dihospital maka Dr. yang merawat Azeez itu dikira oleh PAS sebagai turut jadi pembohong. Manakala pihak polis yang sudah menenalpasti penyerang Azeez juga turut memain peranan sebagai pembohong!. Cukuplah dengan anggapan Pengundi pos dituduh Pembangkang sebagai "pak turut " dan tidak tahu menggunakan hak demokrasi mereka. Jangan pula isu Batang Ai timbul di Bagan Pinang di mana  Hadi Awang menuduh pengundi Iban tak reti berpakaian dan pakai cawat sebab itu tak reti undi pembangkang (PR). Nanti Askar pula disuruh bercawat dan menaggalkan uniform mereka oleh pemimpin pembangkang bila PAS kalah!!

Sesungguhnya ramai yang sudah meramalkan bahawa PAS akan kalah di Bagan Pinang. Anwar Ibrahim sendiri berpura-pura terkejut bila ISA Samad dicalonkan. Sedangkan awal-awal lagi PAS dan PKR meramal Isa Samad akan dicalonkan sebagai calon BN yang konon "recycle". Ini nyata-nyata sebagai "keterkejutan pura-pura dan hipokrit".

Oleh kerana sindrom "pra kalah" inilah maka penyokong PAS  "resorted" kepada tindakan politik main kasar. Sebelum inipun pembangkang membalun SPR dengan isu "pengundi pos" walaupun pembangkang memperolehi undi dari undi pos dan pernah menang undi pos.  Itupun main kasar. Nyata dengan jelas Politik main kasar ini akan lebih memakan diri calon PAS. Sinrdom Pra Kalah semakin jelas bila isu "lalat" yang menyerang PD dan Bagan Pinang turut meramaikan PRK itu  dan dijadikan isu pilihan raya oleh Pembangkang. Seolah-olah lalat juga dicipta oleh BN untuk menyukarkan kehidupan penduduk dan pengundi di Bagan Pinang....

Bila trumpet berbunyi kelak maka sedarlah bahawa politik main kasar pasti akan kena penalti.......

Friday, October 2, 2009

UNDI POS DI BAGAN PINANG


Tuduhan terhadap Undi Pos barangkali satu pengakuan DSAI bahawa ISA SAMAD memang sukar dikalahkahkan di "Padang Permainannya".

Bila blog DSAI memaparkan mengenai pengakuan seorang pegawai tentera yang mengakui pernah mengundi dengan diperhatikan oleh bossnya, seakan kita dihidangkan cerita bahawa calon Pakatan Rakyat di Bagan Pinang akan bakal kalah di tangan pengundi pos. Seakan DSAI sudah mula memberikan alasan bahawa "Undi Pos" bakal membenamkan calon PR dari PAS. Calon BN, Tan Sri Isa Samad pula dimenangkan oleh pengundi Pos.

Concern DSAI ini adalah gambaran bahawa BN diyakininya akan menang dalam PRK Bagan Pinang sama dengan ramalan banyak pihak. Ini kerana Bagan Pinang merupakan  padang permainan Isa Samad  dan kubu BN. Dalam masa yang sama DSAI telah menggunakan kenyataan "Pegawai Tentera" itu sebagai tuduhan bahawa pengundi-pengundi tentera adalah seperti dicucuk hidung dan Pak Turut yang tidak tahu menggunakan hak demokrasi mereka. Ini merupakan perang psycologi yang merugikan calon PAS dari Pakatan Rakyat kerana secara tidak langsung DSAI memandang rendah kredibiliti pengundi Pos.

Pengundi pos dari tentera diperkecil DSAI. Perbuatan ini serupa memberi message awal kepada pengundi pos khasnya dan pengundi Bagan Pinang amnya bahawa  pendungi pos BUKAN penyokong Pakatan Rakyat dan DSAI sudah mengenalpasti dan menjejaki serta mengenal pasti bahawa mereka sedang dicam sebagai musuh Pakatan Rakyat. Mampukah  perayu undi, juru kempen PAS dan PR menembusi Kem Tentera dengan sikap seperti sudah mengaku kalah seperti  digambarkan DSAI ini?

Tun Dr Mahathir yakin


Pemasangan Bendera Parti semakin rancank di Bagan Pinang, Negri Sembilan. Pilihanraya kecil ini mungkin akan memaklumkan rakyat Malaysia bahawa "wira kampung" masih wujud di Malaysia.


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, akan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti yang lebih besar.

“Kita akan menang...mungkin majoriti undi juga akan bertambah,” katanya selepas sesi Meeting of Minds sempena Persidangan CEO Global di sini, semalam.

Ditanya mengenai pemilihan Isa, beliau hanya berkata itu adalah keputusan parti dan pandangan peribadinya tidak perlu diambil kira. Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Oktober ini dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu, dalam sesi Meeting of Minds sebelum itu, Dr Mahathir berkata, pembinaan jambatan bengkok yang dicadangkan sebelum ini perlu diteruskan bagi menggantikan Tambak Johor sekiranya mahu melihat projek Iskandar yang sedang dilaksanakan di Johor lebih berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Dr Mahathir turut mengkritik Amerika Syarikat yang dianggapnya sebagai kuasa dunia tetapi kurang pengetahuan mengenai dunia.