Translate

Friday, January 8, 2010

Berubah atau Rebah yang beralih arah.



Nafas yang diberi DSAI hanya untuk sementara. Selepas terbang ke KL, semuanya kembali bercakaran.

Psychologically..lihatlah wajah Christina Liew dan Jeffrey Kitingan. Kenapa Kong Hong Ming masih sebagai orang di kanan Thamrin?- Mood gambar ini macam "layu".


Berubah atau rebah yang dahulunya ditujukan kepada UMNO, kini beralih arah ke Parti KeADILan Rakyat keseluruhannya, khasnya PKR Sabah. Konvensyen PKR Sabah yang "meletup" di Sabah tidak membawa makna yang signifikan. Ianya tidak lebih dari kebanggaan sehari. Masalah dalaman dan luaran PKR Sabah semakin manjadi-jadi selepas Konvensyen itu. Ribut semakin kencang dan awan kelabu semakin berarak menutupi mendung PKR Sabah. Kata seorang sahabat PKR.."Nak cakap pasal perubahan...go to hell lah". Maka jadilah kini, PKR, Berubah atau Rebah.

Musuh politik sebenar PKR di Sabah kini bukan lagi BN atau komponen BN atau penyokong BN. BN sudah berhenti dari membalun dan memperkata PKR. Buang masa kata seorang ahli pemuda UMNO. Musuh PKR Sabah kini ialah PKR Sabah sendiri. Kem dengan sebilangan pemimpinnya yang tidak sehaluan dengan barisan pemimpin yang yang ada. Pergelutan menguasai barisan kepimpinan yang menghantui PKR Sabah menggambarkan kepada kita rakyat biasa akan "wadah dan wajah perjuangan" sebenar pemimpin-pemimpin yang hanya pandai "bercakap" mengenai perubahan" tetapi mereka sendiri terlalu "liat" untuk berubah. Kokok sahaja yang berderai-derai, ekornya bergelumang tahi. Posisi dan kedudukan dalam parti lebih diberi keutamaan. Sayangnya bila diberi tanggungjawab, mereka seperti si buta meraba-raba badan si gajah yang seperti ular ekornya dan seperti tiang kakinya. Terpinga-pinga mencari "sahabat sejati" (yang selalu ditipu) untuk mencari formula dan kaedah.

Peringatan berikut ini hanyalah sekelumit amaran dan ancaman yang sekian telah bertimbun dan berlonggok dalam "sampah" politik negeri ini. Peringatan "Please be alert Mr Anwar. Be careful of Dr Jefferey's dirty tactic"[di sini]. Jambatan yang dibakar Jeffrey dan penyataan beramaran kepada DSAI sudah "sebuku".."tidak mahu diperalat pemimpim KL untuk kerakusan kuasa politik",  hanyalah penyataan ketika  merasa TIDAK selesa. Entah apa yang telah terjadi dab "duduknya" prinsip  manusia yang mahu bergelar pemimpin?

Perbalahan kepimpinan PKR Sabah jauh dari berakhir. Biro dalam organisasi PKR sudah mula mencampuri urusan "peperangan". Ini dapat di lihat apabila Biro Penerangan PKR Sabah pula mempersenda Christina  Liew [di sini] dan perbalahan di peringkat Cabang yang tidak berpenghujung [di sini]. Gambaran ini memperlihatkan bahawa campurtangan DSAI semasa dan selepas konvensyen PKR dalam urusan kepimpinan PKR Sabah menjadikan PKR Sabah lebih berkecamuk dan tidak menentu. Lebih condong menanti rebah.

Kini, tanyalah rakyat Malaysia, siapa yang perlu berubah atau rebah? Atau mungkin perlu juga kita meyingkap tabir, melihat gerbang politik tanah air sambil merenung; kenapa Qazaf nak di segerakan sedang liwat di lewatkan-lewatkan atau ditangguh-tangguhkan? Apakah kerana kita melihat KeADILan itu hanya adil bila ianya menyebelahi kita?

3 comments:

Unknown said...

see it here dig this go to the website find this try this website useful source

Anonymous said...

visit their website news have a peek here visit homepage visit their website news

toughr said...

best site replica bags buy online find more Dolabuy Valentino Check Out Your URL 7a replica bags wholesale