Translate

Saturday, March 14, 2009

"NGAM NDAK NGAM": Siapa Bapa Pengkutuk Malaysia?

Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat.
"Tok Guru, saya nak berguru untuk menjadi pakar ngam dan ndak ngam"

1. MP Puchong, Gobind Singh Deo, anak kepada Karpal Singh yang pernah mengatakan "Singh is King", akan menghadapi Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul yang digariskan di bawah ini akibat keceluparannya menuduh MP Pekan selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Barangkali ini salah satu dari menifestasi "kekecewaan" Gobind kerana Najib bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Pak Lah April ini. Gobind dan PR tetap gerun kerana Najib "keras" dan "tidak Lembik". Najib BUKAN Perdana Menteri "April pool". Najib Perdana Menteri yang keras. Ngamlah.

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB. Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

DAN BAHAWA kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

2. Perkara di atas bakal diputuskan dan usul ini bakal diluluskan. Namun bagi orang DAP terutamanya, ini "ndak ngam". Keputusan Speaker DUN Perak, V.Sivakumar yang menggantung, bukan satu tetapi enam ADUN BN di Perak itu yang "Ngam" bagi mereka. Malah mereka awal-awal lagi sudah terus-terusan melemparkan tuduhan "undemokratic" dan hukuman "draconian government" terhadap kerajaan berhubung kes Gobind Singh. Andainya mereka rakyat Negara Komunis Ngamlah. Barangkali juga kerana mereka terlalu mengidamkan "Negara Republik" maka Negara yang mengamalkan Demokrasi Berperlembagaan sudah Ndak Ngam dengan selera mereka.

3. "Datuk Siringan Gubat, MP saya, bagaimana, Ngam atau ngam kah itu? Dua jam rehat untuk minum teh tarik dan makan nasi lemak sambal ikan bilis sudah Ngam. Tapi ndak berapa Ngam sebab tiada "Tuhau dan Hinaba".

Perubahan geopolitik Malaysia semakin berkecamuk dengan polimik. "Undermining" dan mempersoal secara berterusan keupayaan dan "credibility" pemimpin semakin menjadi kegemaran. Malah sebilangan rakyat bagai kecanduan mengutuk kepimpinan negara tanpa segan silu dan secara berterusan. Media asing dan negara asing mula menyusupi soal-soal dan hal ehwal dalam negara kita. Anehnya, sebahagian masyarakat kita lebih gemar mempercayai lapuran dan pandangan media dan orang asing dari apa yang sedang terpampang di hadapan mata mereka.

Hatta, kita perlu bertanya, kiranya negara ada Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan dan Bapa Perpaduan dan sebagainya; "siapakah yang layak mendapat gelaran "Bapa Pengkutuk Malaysia"?
NOTA:
"Ndak" (slang Sabah) maknanya "tidak"

Tuesday, March 10, 2009

Rekod PRU12-P50 Bukit Gantang, Perak

(KLIK GAMBAR UNTUK SIZE GAMBAR YANG BAIK).

Kawasan Parliment Bukit Gantang meliputi 3 DUN. 2 DUN di menangi PKR manakala 1 DUN dimenangi BN. Rekod ini berguna unuk menganalisa/infer mengenai kemungkinan keputusan Piliharaya Kecil Parliment Bukit Gantang.