Translate

Saturday, December 18, 2010

PENCABULAN KUASA ATAU PENCABULAN MARUAH!

 Mana lebih utama kepada dsai..Maruah atau Kuasa?

Rakyat Malaysia sudah menerima hakikat dengan nyata dan jelas bahawa DSAI sudah tidak lagi menghiraukan MARUAH BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Jauh sekali mempertahakan kepentingan nasional berbanding memperjuangkan dan mempertahankan kemaruk dan nafsu kemahuannya mendapat kuasa. (SL melihat slogan "melaksanakan agenda rakyat" itu satu kepalsuan besar"

Arakian, bila DSAI katakan bahawa penggantungnya dari menghadiri Sidang Parliment bersama geng-gengnya adalah pencabulan kuasa..kita tak hairan sebab sudah menjadi sebati dan menjadi budaya politik DSAI bahawa dia "hanya maukan kuasa" hatta, walau terpaksa menggadai maruah negara, bangsa dan agama" di dalam atau di luar negara. Inilah sebabnya dsai kata pencabulan kuasa. Siapa sebenarnya yang menyalahgunakan kuasa atau mencabul kuasa di Dewan Rakyat.? Jawabnya siapa yang bersikap seperti gorilla dan monyet di Dewan Rakyat..merekalah yang mencabul maruah dan meliwat demi kuasa!. Tangguh tangguh bahas usul dan tangguh tangguh sodomi II..

Related:
-Pakat Dulu Balah Kemudian..
-PR Disyor Pulau Pandikar Amin Sebagai Speaker
(Cukup baguslah begini..so, tak perlu gantung-gantung lagi...)

Syor TGNA Supaya Konvensyen PR mengambil ketetapan Meletakkan Islam sebagai Asas dalam perjuanganya masuk telinga kiri DSAI dan keluar telinga kanan LKS. PAS sekadar diam diam!

TGNA kata Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang (Penenpatan sementara Khalifah Aziz tiruan) MESTILAH memutuskan bahawa fundamental dan asas perjuangan Pakatan Rakyat mestila ISLAM. Konventian tak kata apapun.....hai..TGNA tak perasan kee?

Nampaknya, bila penegasan TGNA supaya Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengambil ketetapan bahawa ISLAM sebagai asas dan fundamental perjuangan dan pegangan PR, TIDAK langsung disentuh....tak adapun seorang pemimpin dan wakil PAS yang berani berkata bahawa TGNA disisihkan atau diremehkan DAP dan DSAI....!! Apa dah jadi dengan PAS?

Mana Mafoz, mana Salahuddin..Mana ketua Muslimah..Nash dan TGHA takpelah memang DAP tak "sinang"..

Related:
-Ambil pedoman Al Quran sepakatkan Pakatan 

PKR lihatlah: Zaid Ibrahim sudah, Jeffry Kitingan @ Bomoh Politik Sabah pun sudah. Rakyat Sudah Pasti.


 Zaid si Anak Melayu Juga dan Dr Jeffery Kitingan bomoh politik pakar membuat ramuan
Bila Zaid Ibrahim meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, setinggi gunung Everest sanjungan dan pujian terhadap beliau dicurahkan DSAI dan PR terutama pemimpin DAP yang mendambakan pemimpin Melayu yang "DAP regulated" serta Melayu yang mengiakan semua ideologi DAP. Bila Zaid meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat (di mana Zaid sebagai pengerusi penajanya), sepatutnya "Gunung Everest runtuh menimpa PKR!!".

Selepas PRK Parliment Batu Sapi, SL pernah mengatakan bahawa Dr. Jeffrey meninggalkan PKR.  Sahabat SL yang rapat dengan DR J ini kata Jeffrey sudah muak dengan gelagat dan sikap autocratic DSAI yang TIDAK MENDENGAR suara dan rintihan ahli dan kepimpinan Bahagian dan Negeri. Kemudia Dr. menyatakan secara terbuka dengan rakan-rakannya bahawa dia meninggalkan PKR. Kenapa DSAI tak percaya kee? Bukankah Jeffrey sudah membakar jambatan dengan DSAI dan PKR? DSAI tak faham lagi kee?

Kini Jeffrey, sibomoh politik Sabah, ada ramuan baru. Nama ramuannya ialah Barisan Bersatu Borneo (UBF). Namun, jampi serapahnya masih takok lama-Borneonisation. PKR belum ditalak Jeffrey tetapi kebiasaanya amalan bomoh politik Sabah ini ialah cerai fasakh-nak pecat pecatlah!!.

Semakin terserlahlah pekung PKR. Setelah ramai pemimpinnya meninggalkan parti itu, termasuklah bekas team Peguambela DSAI dalam Sodomi I, YB Zulkifli Nordin-Tabik YB- dan Zaid Ibrahim yang terkini di Tanah Semenanjung dan termutakhir Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ,dari Sabah, dengan jampi serapah Borneonisation!.  Alahai..Dr. J hanya "sinang" semasa dalam PBS-Parti Bersatu Sabah. Selainnya, AKAR, PBRS, PKR, BEBAS, Parti Cinta Sabah...Dr. J dilanda gelisah dan gundah gulana.

Hi..Christina Liew nak ke mana lagi..U bukan anak Anwar?

Agaknya berapa ramai lagi yang akan meninggalkan Parti Anak Beranak itu? Atau mungkinkan PKR ditukar namanya dengan PAB-Parti Anak Beranak!?. SL nak tunggu KS menarik diri dari menjadi Ketua Penguambela bagi kes Sodomi II...... Hukum Logiknya dia pernah menuduh DSAI mengamal "benda tu" takkan dia nak defend lak...!

Siuman kee Azmin kate PR ambil alih Puterajaya selepas PRU13?

Brader-brade dan sister-sister dalam PKR tu..ironlah pakain siap sedia. Tinggalkan parti anak beranak yu.....PKR tu dan kena LIWAT!

RELATED:
Lagi akan meninggalkan PKR...: Chegubard Dan Jonah Bakal Joint Parti Kita...

Sejak Jadi TP, Kokok Azmin Berbunyi Annnwwaarr.

Kakok PRU13 Azmin sama seperti Kokok 916 DSAI.
Titanic II Milik PKR semakin menyembah dasar Laut Cina Selatan.

DSAI sudah lama berkokok berderai-derai mengenai 916. Rakyat tahu ekornya bergemomang tahi. DSAI semakin ditelan usia. 1 janjinyapun tiada yang tertunai. Namun nafsunya merampas Puterajaya semakin meluap-luap. Rakyat sudah nampak ekornya yang begelomang tahi. Manakala Titanic II Kapal mikik Pakatan Rakyat semakin karam menyusuri Titanic.

Rakyat semakin cintakan kedamaian, kemakmuran, dan mahu bersaing di persada antarabangsa dengan progresif. BUKAN meraung di jalan-jalan dan merata persisiran memekikkan "reformasi" yang sudah dibunuh sendiri oleh pemimpinnya. Parliment Malaysia diperlaku seperti "medan reformasi yang songsang". Awal-awal lagi sikap jalanan dirancang untuk diheret ke Dewan Rakyat. Sebab itulah berlaku demikan rupa sehingga DSAI, Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.Tangguh-tangguh bahas sama seperti tangguh-tangguh Sodomi II.

Politik "main wayang" is over!. Jika Azmin terus-terusan menjadi burung tiung yang melafazkan apa saja yang keluar di mulut DSAI, Azmin akan disisihkan termasuk oleh Ahli Keluarganya.

Azmin berkokok seperi kokok DSAI. Lihatlah ekor mereka yang bergelomang tahi. Sikit-sikit soal rakyat, hak rakyat, pakatan rakyat. tetapi tiadapun kelihatan pembangunan untuk kemakmuran rakyat pada hakikat sebenar yang diperjuangkan mereka secara yang jitu dan pada hakikat sebenar. Di Pulau Pinang, Selangor, K

Pakatan Rakyat semakin goyah. Nik Aziz seolah sedang bertaubat apabila mengatakan "dasar Pakatan Rakyat mesti Islam" pada konvensyen Pakatan Rakyat.di Pulau Pinang Agaknya dia akan terus berusaha untuk menyunat @ mengkhatan DAP atau seolah-olah itu mentaubatkan akidah perjuangan PAS yang selama ini diranapkan ditundukkan oleh DAP dengan buaian lagu "puterajaya". PAS sedikit sedikit dipesong asas perjuangannya setelah tali siratul rahim PAS-DAP di ikat DSAI sekadar memenuhi impian liarnya merampas puterjaya.

Azmin, setelah digantung dari menghadiri Sidang Rakyat, terus berkokok. PRU13 konon PKR akan menegakkan kerajaan dan BN akan kalah kerana dia dan geng-gengnya serta "tuan" partinya digantung. Rakyat tak perlu terbuai dengan ungkapan ini. Ungkapan ini tidak jauh berbeza dengan kokok DSAI semasa dia bermimpi 916. Bunyi kokoknya berderai-derai. Ekor tetap bergelomang tahi. Tanpa mereka sedari, Titanic II milik PKR semakin menyembah dasar Laut Cina Selatan.

Friday, December 17, 2010

Alahai Azmin-Katalah apa saja dengan link ini. Perjuangan Azmin semakin jauh tersasar.

Lain hulu lain parang, kawan dulu sekarang perang!

Dulu Azmin berbaik dengan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat. Tapi kerana Anwar digantung oleh Parliment Malaysia selama enam bulan bersama rakan pembangkang yang lain, maka Azmin melenting!. NOW baca berikut: Dari blog UMMI Hafilda.

Memang ramai yang sudah awal-awal lagi menduga bahawa Pembangkang akan melakukan sesuatu dalam Dewan Rakyat kerana akan ada usul membawa DSAI ke JK Tatatertib Parliment.....Kalo tidak dari mana plakad yang begitu banyak sempena hari malang sidang parliment itu.
SL lebih yakin bahawa itu memperlihatkan kepada rakyat wajah dan "tanduk @ pekung" sebenar pembangkang walaupun tindakan menggantung mereka dibuat pada penghujung sidang parliment bagi tahun 2010.

Ianya hanya akan jadi modal tak produktif pembangkang yang sememangnya hanya mencari helah. Ianya hanya laku kepada "among" penyokong kental pembangkang. Rakyat semakin ragu terhadap keupayaan membangkang. Nawaitu mereka semakin tersasar JAUH dari ASPIRASI NASIONAL"

Thursday, December 16, 2010

“mahkamah kanggaro” hanya bagi "Kanggaro". Bila "kanggaro" tak mengaku "Kanggaro"..

 DSAI memang gemar tunding jari. Kanggaro memang gemar berlari dengan dua kaki!
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Parlimen pagi ini menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan tanpa membahaskan sama sekali laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan kelmarin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Tiada perbahasan diadakan berhubung usul menggantung Anwar selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin mendakwa pembangkang bertindak tidak sopan, menunjukkan mereka tiada berhasrat untuk membahaskan usul tersebut.

“Saya tidak melihat adanya hasrat di pihak pembangkang untuk membahaskan perkara ini. Jadi, kita akan meneruskan dan akan mengundi perkara ini tanpa dibahaskan,” kata Pandikar walaupun ada kedengaran rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari awal lagi telah berusaha untuk melengah-lengahkan penggantungan Anwar dengan cuba mencela dan mempertikaikan Pandikar dari semasa ke semasa.

Mereka juga kelihatan membawa pelekat-pelekat yang membawa mesej “mahkamah kanggaru” ke dalam Dewan Rakyat. -klik di sini.
Tidak pelulah diceritakan kisah tangguh-tangguh kes sodomi DSAI. Ditangguh-tangguh dan diputar belit dan akhirnya apabila sukar ditangguh dan dibelit, DSAI dan teamnya, termasuk KS yang pernah mendakwa bahawa DSAI adalah "pengamal homosex yang teruk" mengkanggaro supaya hakim perbicaraan DSAI menarik diri dari perbicaraan Sodomi II.

Di Parliment, Speaker yang sering dibujuk dan dirayu pembangkang supaya mewujudkan "parliment kelas satu" kini seolah-olah diajak pula supaya ada "parliment kelas tercorot" supaya tunduk dengan kemahuan "politik" pembangkang. Apakah pembangkang sudah lupa masalah rakyat pabila "keinginan merebut kuasa diutamakan"? Siapa sebenarnya "Kanggaro" dalam kontek ini? seolah olah terpampang di hadapan rakyat bahawa "kuasa didahulukan, keinginan merebut kuasa diutamakan!!"

RELATED:
-'SAYA CABAR TAN SRI LETAK JAWATAN, KITA BERTANDING' - AZMIN ALI
-CILI KASI TARUK! APABILA PARLIMEN BERTUKAR MEJADI ZOO..... 
-Dari Sarawak: "Mengapa Angkuh Sangat Azmin Ali?"
-Beruk-Beruk Pakatan Meroyan Di Dewan Rakyat  
-Institusi tercemar bila MP Pembangkang bersifat binatang.. 
-Awas!!! Beruk terlepas di Dewan Rakyat- drama murahan Pakatan bertaraf sampah  

JANJI AUTONOMI SARAWAK. JUAL NAMA NEGARAPUN SUDAH DIBUAT..ASALKAN DAPAT KUASA..RAKYAT HANYA NAMA...

 
"Dulu I kawan dengan you sebab I ingat you I bole guna you gugat Negara Malaysia, Negara you sendiri. You nak kuasa. So I guna you, u guna me. Tapi Husband I mengajar I erti perjuangan. Now I know you pun tak guna!-Agaknya itulah gambaran wajah Hillary dalam illustrasi ini..
PRU Sarawak...Takkan Rakyat Sarawak mudah lupa dikatakan tak reti pakai pakaian...pakai cawat saja konon!!
Janji PKR Beri Kuasa Autonomi Di Sarawak Dianggap Tak Masuk Akal 
 KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak jika pakatan pembangkang memerintah negara ini sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Katanya kenyataan itu hanya bertujuan mengelirukan rakyat khususnya penduduk Sarawak".

Rosnah berkata barisan pemimpin PKR kini sanggup membuat apa sahaja termasuk untuk meraih sokongan rakyat berikutan pelbagai masalah yang melanda parti itu termasuk berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap barisan kepimpinan sedia ada.

"Janji-janji kosong yang ditawarkan pemimpin pakatan pembangkang termasuk yang terbaru untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak amat tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan. -klik di sini

Lihat, dengar dan pandang..Kemudian fikir...Sarawakpun nak diberi autonomi. Sarawak tak pernah menuntut autonomi. Tapi kerana terlalu terdesak dan kemaruk akan "kuasa" sanggup diperlaku segala-gala. Ini sudah menggugat keamanan dan keharmonian Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam Malaysia.

Layakkah manusia seperti ini jadi pemimpin nasional..atau sekadar telah kehilangan AKAL NASIONAL dik kerana "tamak kuasa"? Mungkin terdesak...? Azmin azmin!!!