Translate

Friday, October 22, 2010

SEMEJA TAPI TAK SEKATA DAN LAIN SELERA..NIAT LAGI TERUK

Semeja tapi tak sekata....terpaksa sengketa..kamu mahu sayapun mahu...

Pakatan rakyat mahu 1 lawan 1 sebab PR mahu jadi boss. Mereka (PR) mahu mereka yang menentukan segala-gala. Siapa yang dipertandingkan, PR mahu supaya keputusan di tangan mereka. Ke hulu ke hilir PKR sebagai kumpulan yang lantang dalam PR mahu dan mewar-warkan bahawa SATU LAWAN SATU dalam PRU13...baru PRK Batu Sapi sudah tidak boleh di atur..Nak bernafsu atur PRU13...Telalak sana terlalak sini mengatakan PRU13 SATU LAWAN SATU...NOW lihatlah sendiri, PRK Parliment Batu Sapi, Sandakan Sabah mereka yang menggelar diri pembangkang sudah berlawanan antara mereka sesama sendiri...lihat di sini

Apakah ini yang disebut pembangkang yang solid bila sesama pembangkang mahu melepaskan pucuk masing-masing. YTL yang terkenal dengan slogan "lawan tetap lawan sudah TIDAK BISA BERPALING kerana AWAL-AWAL LAGI telah mengumumkan akan bertanding PRK Batu Sapi..Kalo SAPP tidak bertanding itu sudah menunjukkan YTL tiba-tiba KECUT dan tidak boleh dipegang cakapnya..

PKR yang merasakan dia adalah BOSS Pembangkang di Sabah tetap mahu mempertahkan statusnya sebagai BOSS Pembangkang walaupun tiada yang mnengiktirafnya sebagai BOSS pembangkang..PKR mesti mau tanding...

Lihatlah bertapa "nafsu politik" tidak akan pernah berubah menjadi "selera rakyat"...Namun rakyat dan perkataan rakyat tetap juga disalaguna..

Jangan Hairan jika rundingan SAPP-Pakatan Rakyat gagal. Rundingan dalaman PKR sendiripun selalu gagal..Oleh itu jika ianya, rundingan "para pembangkang" bertukar menjadi rundingan yang BERJAYA maka PERLU HAIRANLAH KITA....