Translate

Saturday, April 10, 2010

Hubungan Anwar-Zionist sudah lama diuar-uar: Kenapa Anwar Tak Letak Jawatan?

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien dan KPN Tan Sri Musa Hassan

Peribahasa Melayu "Kuman di seberang lautan nampak, gajah di tepi mata tak nampak" sesuai untuk dijadikan bagi menggambarkan sikap Anwar bin Ibrahim yang pandai-pandai mengarah Menteri resign, Ketua Polis Negara resign. AI yang selama ini bersekongkol dengan Zionist, IMF, Interfaith asing tuduh pula orang lain> Kenapa AI tak resign atau orang PKR "juling matanya barang kali" tak minta AI resign?
Anwar menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh dengan meletak jawatan kerana KONONNYA terlibat menyorok maklumat mengenai penyusupan perisik Israel-Zionis di Bukit Aman, harus sekurang-kurangnya memohon maaf kepada rakyat.
Jika Menteri dan KP dapat membongkar dan mengetahui usaha perisikan zionist yang menyusup dalam perisian komputer KDN, Anwar perlu ucap tahniahlah kepada KDN dan Perisikan Malaysia sebab mereka berjaya membongkar usaha perisikan Zionist ini. Bukankah usaha perisikan zionist akan menyusup ke mana sahaja termasuk kedalam jiwa manusia untuk menghancurkan negaranya sendiri demi pangkat?

Friday, April 9, 2010

Orang PAS dan Pembangkang yang lain pun Cemburu Sakan!

Next time, Pembangkang jangan pula terkejut sakan dan terkejut beruk bahawa mereka yang "bebas" itu akan berjalan seiring dengan Perdana Menteri seperti ini. Mereka harus menyedari bahawa Najib adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia BUKAN Perdana Menteri orang UMNO dan Barisan Nasional Sahaja!

Bila YB Zulkifli Noordin dan YB Datuk Seri Zaharin Hasyim menjadi ahli rombongan Malaysia ke Amerika Syarikat Rabu depan, bersama Perdana Menteri, Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak, menemui Presiden USA, Barack Obama, ramai pembangkang sudah mula jealous sakan. Dulupun ramai MP Pembangkang bersama Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, ke luar negara, tapi MP Pembangkang yang lain tidaklah secemburu sakan seperti kini. Malah dulu,  mereka tak perduli!! Kini, hampir-hampir  ungkapan mereka jadi perkataan fitnah?!! Lihat berikut:-
"Nampaknya ini adalah masa untuk membayar balik dan mereka nampaknya menjadi anggota Parlimen kegemaran pemimpin BN (berbanding MP dari Umno sendiri)," kata Dr Hatta Ramli, anggota Parlimen Kuala Krai kepada Harakahdaily.
"Mereka bukannya anggota bebas sebenarnya kerana setiap kali bercakap mereka menghentam PKR, PAS dan DAP," kata Tian Chua, anggota Parlimen PKR kawasan Batu. di sini
Perdana Menteri kata, dia sengaja memilih penyertaan MP Bebas ini demi mewujudkan kedudukan bilangan MP Pembangkang dan Kerajaan terus seimbang dalam Perliment. Bagaimanapun Pembangkang terus juga jealous sakan. Agaknya terlalu fikirkan politik, politik, politik!! Bila lagi rakyat didahulukan oleh pembangkang?

Sunday, April 4, 2010

PRK ULU SELANGOR: MB Khalid sudah mula gagap panas dingin.

 Najib membuat tinjauan awal di Kawasan Parliment Ulu Selangor
 "Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia"-MB. Apakah ini nada orang menyerah kalah?

Menteri Besar Selangor adalah orang yang memang arif dengan segala kekurangan Kerajaan Negeri Selangor. Dia juga sedar kenapa dia kehilangan status sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Ulu Selangor satu ketika dulu. Menteri Besar ini sedar dengan sebenar-benar sedar bahawa kawasan Ulu Selangor terlalu rapuh dan mudah terlepas ke tangan BN semula memandangkan majoriti dalam PRU 12 kurang 200 undi manakala undi rosak melebihi 1400. 
"Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini...."Kerajaan negeri akan carikan tanah yang sesuai dan memberi kepada mereka dengan harga premium yang rendah. Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia...asalkan mereka mengotakan janji-janji mereka,” katanya selepas sesi turun padang di SKC Bernam, Hulu Selangor petang tadi.-Khalid Ibrahim MB Selangor
Kawasan-kawasan DUN dalam Parlimen Ulu Selagor pula dikuasai BN. [Keputusan PRU12-Parlimen Ulu Selangor Majoriti: 198 (PKR Menang), Jumlah Undi: 47622, Undi Rosak: 1,466, % mengundi: 74.89]. Keadaan ini menggagapkan lagi MB Selangor dengan nada pasrah seakan sudah menyerah kalah. Seakan dia mengatakan 'AMBILLAH KAWASAN PARLIMEN ULU SELANGOR"

Sesungguhnya PRK Parlimen Ulu Selangor merupakan satu ujian kepada Pakatan Pembangkang  dan sebagai prelude samada  "Kerajaan Selangor mampu diteruskan Pakatan Pembangkang menjelang PRU 13". Kegagalan Pakatan Pembangkang di Ulu Selangor akan memberikan gambaran kegagalan Pakatan Pembangkang di Selangor pada masa hadapan vis a vis.

-noreen PJ