Translate

Monday, March 16, 2009

Kes Elizabeth Wong: kerja jahat Barisan Nasional?.

Siapa yang makan lada, dialah yang rasa pedasnya. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh MB Selangor, TS. Khalid Ibrahim, bila terlalu bertangguh-tangguh dalam kes Elizabeth Wong yang gambar bogelnya tersebar meluas di dalam dan di luar negara.

Terkadang hati kecil kita bertanya, kenapa harus TS MB mesti menunggu keputusan Siasatan polis yang selama ini sering diragui integriti mereka oleh pimpinan PR? Apakah ikatan yang tersimpul sehingga "berat hati" TS MB melepaskan EW pergi dan tiada lain pemimpin PKR yang berupaya mengganti kehilangannya?

Dalam kes ini, soal penyebaran gambar bogel adalah soal yang lain. manakal soal moral dan integriti Elizabeth Wong sebagai YB, Pemimpin dan Exco adalah soal yang lain. Soal individu yang menyebarkan foto-foto bogel tersebut juga soal lain, bukan soal pokok, walaupun tidak asing.

Di mata umum, keputusan "menunggu" MB ini ternyata sebagai satu tindakan MB yang "indecesive" terutama dalam soal-soal yang berkaitan dengan maruah dan moraliti yang sudah terang lagi bersuluh.

Walaupun EW telah menyatakan bahawa keputusanya meletakkan jawatan adalah muktamad, TS MB seakan tidak mempercayainya. Apakah precedence dan rekod hendak dicipta oleh kerajaan PR di Selangor? Kerajaan bersih, telus bagaimana?

Umum telah mengetahui bahawa perbuatan EW adalah perbuatan "memakan lada". Dia telah menerima rasa pedasnya. Dalam hal ini, apakah kena-mengena dengan BN sehingga perbuatannya yang bertentangan dengan moral dan norma moraliti pemimpin Malaysia dicampakkan sebagai kerja jahat BN?. Adakah BN yang makan lada? Adakah BN berbogel?

READ MORE...

http://mindaaidc.wordpress.com/2009/03/21/skandal-foto-bogel-memahami-lingkaran-gelap-elizabeth-wong/

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a