Translate

Monday, April 19, 2010

Ketua Pemuda PKR keluar parti. Apa nak jadi dengan Zaid?



Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, Nor'isham Manap (kanan) dan bekas timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar (kiri) diiringi Ezam Mohd. Noor (tengah) selepas mengadakan sidang akhbar mengumumkan keputusan mereka untuk keluar dari PKR di Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 18 April - Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.

Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.

Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.

Menurut Nor'isham, pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi yang disertainya bersama rakan-rakan pada tahun 1999.Paparan Penuh di sini.

RELATED:
-Dr-Halili-keluar-pkr-yang-lain-pun nak ikut...