|
Datin Paduka Chew Mei Fun mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. LIHAT di sini |
Kajang O Kajang, PRK Kajang, telah memperlihatkan kepada umum mengenai pendekatan, formula dan ramuan Ketua Umum PKR-KUP menyelesaikan kemelut dalaman kepimpinan PKR. Kemelut kepimpinan PKR ini mesti diselesaikan KUP dengan apa juga kos. Wang rakyat bagi mengendalikan PRK Kajang dan harga bagi mantan ADUN Kajang Lee Chin Cheh untuk meletakkan jawatan yang baru sahaja dimenanginya dalam PRU13 yang lalu sudah tidak lagi penting. Yang penting ialah survival politik Pakatan khasnya di Selangor dan di Malaysia amnya.
|
Chew Mei Fun adalah juga Mantan Setiausaha Parliment Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dari 2004 ke 2008; dalam 2009 setelah dolantik sebagai Senator, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat |
Kajang O Kajang diharapkan KUP mencuba untuk mengalihkan pandangan umum mengenai Tsunami yang melanda tembok kepimpinan PKR. Pendedahan demi pendedahan mengenai badai Tsunami ini tidak mampu dibendung melalui spinning isu politik. Media terus menelanjangkan satu persatu. Malah penyakit lama yang masih menyeksa terus saja dibongkar.
Kajang O Kajang. Tiada KEMARAAN KUP yang perlu dibendung oleh BN dalam konteks PRK Kajang. Jika nawaitunya untuk mengambil alih Tampuk Kerajaan Selangor sebagai Menteri Besar, Khalid Ibrahim sudah membayangkan untuk ingin kekal sebagai Menteri Besar. Jika KUP itu menang dalam PRK Kajang, belum pasti ianya sebagai satu keadaan yang bergemarlapan bagi DAP setelah mengambil kira style kepimpinan KUP yang mengkehendakkan konsep "toe the line" atau pecat. Apakah pula DAP yang akan memaksa KUP supaya "tole the DAP line"?.. Apakah kemenangan KUP di Kajang sebenarnya adalah penyelesaian kepada Selangor Saga?..
Jika Anwar mengambil alih jawatan MB Selangor, ke mana Khalid Ibrahim nak diletakkan? Adakah dia bersedia diletakkan lebih junior dar Azmin Ali? Apakah Azmin Ali akan berpesta setelah KUP jadi MB? Apakah kegusaran DAP dan penyokong-penyokongnya lenyap bila "toe the line" berkuasa? Semua ini akan kekal sebagai kemelut dan Tsunami yang mengancam Pakatan apapun keputusan PRK Kajang.
Datin Paduka Chew Mei Fun, calon BN dalam PRK Kajang bukanlah halangan yang mudah untuk dihadapi KUP. Mengatakan bahawa pengundi Kajang bertuah diwakili KUP hanyalah satu momokan politik. Realitinya jika ingin memperkasakan kemajuan, pembangunan dan kesejateraan rakyat diutamakan, sesuatu kawasan itu adalah lebih wajar diwakili pemimpin kerajaan, khasnya Wakil Rakyat Kerajaan Persekutuan, BUKAN oleh Wakil Rakyat Pembangkang.
Penggunaan PRK Kajang sebagai "road to Putrajaya" tidak lebih dari impian 16 September dan cerita "I have the number" (merujuk kepada 30 MP dari Sabah dan Sarawak seketika dahulu). Ianya hanya satu ilusi politik yang cuba mengubah presepsi rakyat tentang politik Malaysia. Akhirnya impian itu tidak lebih dari keinginan melampau untuk cuba menjatuhkan Kerajaan tanpa melalui proses demokrasi yang sebenar-benarnya.
Di pihak pembangkang, Kajang O Kajang, akan dijadikan medan untuk menjadikan Kerajaan kelihatan hodoh di mata rakyat. Di pihak Kerajaan ianya akan cuba mengetengahkan transformasi yang ditakuti KUP. Kedua-dua pihak akan mendedahkan kepincangan kepimpinan masing-masing. Spinning fakta semakin menjadi displin harian sepanjang PRK Kajang.
Kerajaan sudah sedar bahawa PRK Kajang ini tidak akan dibanjirkan dengan wang rakyat sekali lagi. PRK BUKAN lagi satu medan bagi mencurahkan wang rakyat melalui projek. Walaupun ini merupakan alternatif bagi Pembangkang untuk memaksa pihak kerajaan untuk menawarkan jutaan habuan pembangunan, tetapi menyedari taktik ini satu taktik yang lapuk, juga di Kajang O Kajang, ianya tidak mungkin berlaku.
Apakah Kajang O Kajang, PRK Kajang sudah cukup berupaya dan bertenaga menutup KEMELUT PKR?.
Umum melihat, yang pasti ialah KUP akan berhadapan dengan Datin Paduka Chew Mei Fun . Laluan KUP menjadi sukar dan tidaklah semudah yang disangkakan dan diungkapkan KUP selama ini. Tentangan sengit pasti berlaku. Kini Kajang O Kajang pastinya menjadi everybodies game now.. Kemenangan boleh saja memihak kepada mana-mana calon.