Translate

Friday, July 11, 2008

SAPP BISING. MUSA TETAP DIAM.

Kami tak percaya lagi tapi kami masih belum mau keluar BN!

SAPP telahpun meniupkan wistlenya. Terlalu bising sehinggakan merata kedai kopi menjadi tajuk yang itu, ini, itu saja. Namun Pak Lah tidak sedikitpun rasa terguggat. SAPP bagaikan memohon perhatian dengan meniup wisle untuk dilihat lantaran gelarannya sebagai "tiny" parti. Bekali-kali, bertali arus bunyi wistle SAPP, namun Musa Aman (MA) tetap diam dan merasa aman. Dia tidak diganggu lagi. Kunci BN Sabah ditangannya setelah Pak Lah berikan dia mandat memilih calon-calon kesukaanya dalam PRU12. Salleh Keruak, Pandikar Amin, Dr Yusof Yaakub, Samsu Baharum dan Amir Kahar yang tak ikut telunjuknya, gugur. Rahim Ismail, dan Karim Bujang yang mengancan CMnya disimpan dalam "recycle bannya".

Khabarnya , MA akan buat penyusunan semula kabinet jika SAPP keluar BN. Namun SAPP, dalam bahasa Bajau, "nooh nooh sinapad" atau seolah-olah hanya minta untuk di"sabarkan" dengan ganjaran, lantaran presidennya kini sudah lama menganggur dan kian tua.

Raymond Tan (RT) langsung tak selesa dengan soal isu politik. Kalau boleh, dia sembunyi dari media masa. Dia dari Sandakan dan MA boss orang Sandakan. Sebagai anak Sandakan yang pertama menjadi CM, Sandakan mesti berbangga. Raymong Tan juga dari Sandakan dan memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan Kerjaraya Sabah. MA selesa denga posisi begini kerana RT orangnya, orang Sandakan. Dia juga golden geese yang berupaya bertelur emas. Mana pernah CM dan DCM dari satu Daerah?

Barangkali andainya RT orang Papar, Bongawan, Sipitang atau Kota Belud, RT sudah lama diancam agar letak jawatan. Tapi, oleh kerana RT orang Sandakan, dia mesti di"protect". Dia orang Sandakan. Kalau boleh RT mesti lawan bossnya kerana bossnya sudah lama tak beraksi dan semakin tua. Langkah saolinnya semakin sumbang. Soal senjata RM dia tak perlu susuh. Perluru itu dalam stok masih bertimbun. Tapi RT bukan begitu orangnya. RT macam saya, seorang perempuan. Malah lebih sifat keperempuannya.

Dulupun YTL pun pernah bising dengan MA soal FMU. Tapi MA pakar ilmu "tutup mulut". Bila ditutupnya mulut orang dia pakai "tuala canon bukan alang-kepalang". Dia juga pakar ilmu hulur. Bila dia hulur, dia hulur bukan alang-kepalang. So mulut YTL menjadi berat, pun tertutup. Suaranya terkunci dan tangannya keberatan berbuat sesuatu buat MA.

Kini dia bising dengan Pak Lah, namun MA rilex dengan aman. Walaupun tatatertib dan etika BN sudah dilanyak-lanyak YTL dan meheret SAPPnya ke dalam kancah ugiut mengugut BN dan PM, dia tidak kelihatan bertindak sebagai Pengerusi BN Sabah yang super aktif. Formulanya mudah. Bila YTL bising, Paklah bagi ole-ole untuk Sabah dan MA bisa senyum lebar dengan aman. Nampaknya YTL jadi golden geese yang bertelur emas!.

Andainya inilah yang menjadi formula dan pertaruhan MA, mainan politik BN Sabah kini semakin licin, licik dan lincah. Rakyat mudah disogok dengan isu murahan dan MA barangkali sudah yakin bahawa PRU mudah diserang dan dimenangi dengan strategi RM. Kerana itu dia tidak perlu menegakkan etika, norma dan maruah BN. Seolah-olah at the end of the days RM count and someone will be busy counting how many golden eggs accomulated in the basket. So kenapa MA perlu bising. Biarlah YTL buat kerja dia. Lagipun sejak harga minyak ini naik, sebilangan maruah sudah mula dijual di pasaran.

No comments: