Translate

Sunday, November 23, 2008

Anwar akan bawa formula Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Gerakan Rampas Kuasa Yang Terbenam.


Anwar akan bawa formula Semenanjung ke Sabah, Sarawak
Harakahdaily Sat Nov 22, 08 9:02:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin dapat menyatukan semua parti utama dalam barisan pembangkang di Sabah dan Sarawak untuk meletakkan seorang calon sahaja menentang calon Barisan Nasional (BN) di setiap kawasan pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, formula seumpama itu, yang diilhamkan oleh KeADILan, DAP dan PAS di semenanjung, ternyata telah membawa kejayaan yang besar kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lepas.

Selanjutnya:......



GERAKAN RAMPAS KUASA TERBENAM
Senjaliza

Apabila kenyataan ini (Anwar akan bawa formula Semenanjung ke Sabah, Sarawak) di buat DSAI, sahlah bahawa janjinya yang bermula "Ogos, 2008" , "916" dan "sebelum aidil adha" untuk ambil alih kuasa dari BN tidak lebih dari "janji terang bulan politik". Bagaimanapun janji-janji itu telah meninggalkan "impian yang lebur" di kalangan pengikut PR yang dulunya dalam keadaan seakan sanggup dan berani bersumpah bahawa BN akan jatuh dengan formula DSAI merampas kuasa. Kalau adat ikut kampung "entah mana nak disorokan muka" setelah mendabik dada bahawa pemimpin mereka sekejap lagi jadi PM. Sekuang-kurangnya mereka turut menabur "janji manismu". DSAI kini telah membuat penyataan "berubah" bahawa akan menghadapi PRU13 ikut formula Semenanjung bagi Sabah dan Sarawak. Kenyataan inipun sukar menjadi kenyataan kerana Sabah dan Sarawak lebih kelihatan cenderung kini dalam memegang semangat memilih parti tempatan, terutama dalam keadaan politik mutakhir yang seakan melupakan soal dan isu rakyat yang pokok, soal masa depan anak-anak dan pendidikan, soal kemiskinan dan pengangguran tetapi lebih kepada "Politik Gila Merebut Kuasa" dan "bercakaran sesama rakan kerana kuasa".

DSAI juga melawat Sabah baru-baru ini. DSAI cuba menyatakan kepada rakyat Sabah dan seluruh Malaysia "Kononnya PKR Sabah tidak menghadapi krisis kepimpinan". Penyataan ini tidak lebih tidak kurang sebagai mengatakan "buntut belanga itu putih" atau "ketam mengajar anak-anaknya berjalan lurus". Setiap pemerhati politik di Negeri ini faham dan arif; malah orang-orang PKR sendiri lebih arif; bahkan pemimpin PKR Sabah sendiri mengakui bahwa PKR Sabah menghadapi "Krisis Kepimpinan". Krisis antara "Kem Tuan Haji Ansari Abdullah, Ketua Perhubungan PKR Sabah dengan Kem Datuk Dr. Jefrey Kitingan, Naib Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu PKR Sabah dan Sarawak". Calon-calon PKR yang kalah dan tidak dapat bertanding juga membuat penyataan bahawa "krisis kepimpinan PKR adabah adalah salah atu faktor kegagalan PKR Sabah meraih kerusi dalam PRY12. Oleh itu, adalakah DSAI berkata benar kali ini?

Sejak gagasan "rampas kuasa" yang ditiupkan DSAI terbenam, rasanya DSAI, rasanya sukar bagi DSAI meyakinkan rakyat Sabah bahawa PKR Sabah tidak mengalami krisis kepimpinan. Kalau dulu dia cakap "tak betul" kali ini sudah mula lagi "cakap tak betul"-dengan mengatakan tiada krisis kepimpinan. Apakah kita rakyat Sabah mula menerima fahaman secara taksub lalu kita terima bila pemimpin kita kata tak betul kira langsung saja kata "tak betul ada krisis kepimpinan"?.

Antara kegagalan PKR menarik ramai penyertaan kumpulan professional di Sabah untuk turut serta dalam Pakatan Rakyat ialah 'krisis kepimpinan dalam PKR Sabah. Formula "siapa banyak makan garam berjenama PKR, dia mesti diutamakan. Walaupun masih terdapat ramai golongan professional berhajat untuk menyumbang kepada negara melalui saluran "politik yang sihat", keinginan mereka pudar oleh jenama garam dan krisis itu. Adalah benar bahawa mereka ini tidak mahu menjadi sebahagian dari gagasan "rampas kuasa yang terbenam" atau nama bakal di delete bila pilihanraya bakal menjelang. Sedapatnya mereka akan mengindari "Krisis Kepimpinan" dan "terbenam dalam gerakan rampas taktha"

1 comment:

Anonymous said...

Salam anak buah....
Anwar nak bawa formula 1 keSabahpun tak apa..boleh bah kalau kau...
Kononnya nak minta kerajaan persekutuan review balik royalti minyak Sabah kalau kerajaan Sabah tak mampu....!! Nak minta review...hahh, nak minta YB ikut diapun tiada yang sanggup, inikan pula nak minta kerajaan persekutuan buat itu dan ini.
Ni..kerajaan negeri ni buat apa bah ini..kenapa ni pembangkang yang sibuk buat kerja...YB-YB BN buat apa??? Sibuk `mengipas' kah??? Aduhhh...susah juga mo cover durang ni...