Translate

Thursday, June 11, 2009

PAS BUKAN PARTI DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT-KARPAL.


Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP menyeru PAS untuk menilai semula keduduannya dalam Pakatan Rakyat. PAS, katanya, bukanlah parti dominan dalam PR. PAS hanya mempunyai 24 kerusi di Parliment berbanding DAP yang memiliki 28 dan PKR mempunyai 31 kerusi. Seruan Karpal ini berbaur amaran bahawa sebagai parti yang memiliki kerusi parliment yang terkecil maka PAS jangan cuba menjadi boss dan perlu sedar dan cermin diri.

Dalam norma politik Nasional yang mengamalkan "konsensus" samada parti itu kecil atau kerusinya sedikit, suaranya adalah sama. Barisan Nasional, dalam konteks ini mengamalkan dasar konsensus. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun komponen BN adalah parti yang kecil tetapi hak mereka dari segi bersuara adalah sama dan mereka tidak dipandang kecil dan kerdil.

Bila PAS dikatakan sebagai parti BUKAN dominan dalam PR, PAS dan penyokong PAS harus menyedari siapa mereka pada pandangan DAP. PAS juga perlu menyedari siapa pemimpin-pemimpin PKR yang sebulu dan sependapat dengan Pengerusi DAP itu. Rakyat Malaysia tahu berapa pemimpin DAP yang bertopengkan PKR dalam PKR.

Bagi saya PAS mampu berdiri sendiri tanpa menjadi rakan kongsi mana-mana parti di Malaysia. Kerajaan Perpaduan seperti yang disarankan TGHH tidak semestinya PAS berkongsi kuasa dengan mana-mana parti. Tetapi rasanya, kerjasama PAS, UMNO dan Parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak akan mendapat sokongan majoriti masyarakat induk dan teras di Malaysia bagi memadamkan kesombongan DAP dan menjurus kepada kesatuan dan keutuhan agama, bangsa dan tanahair. Sekaligus akan memadam kerisauan dan anxiety majoriti Masyarakat Malaysia.

Saya masih ingat amanat TGHH..."hendaklah kamu mengenali jamaah kamu"... Jangan biarkan TGNA dan TGHH berbeza kerana segelintir baruah PKR dan DAP dalam PAS. Ingat "manis' yang diberikan oleh Israel kepada Fatah asalkan mereka jangan berdamai dengan Hamas. Berapa rakyat Islam yang tidak berdosa terkorban kerana dibunuh dengan membuta tuli dan dengan hajat dan niat membunuh?!.
Ikutilah kenyataan Pro PKR dan DAP. Nyata BUKAN Peradaban PAS.

11 comments:

PRO PAS. ANTI PKR dan DAP. said...

PAS berantakan namun juak-juak dan kaki cilok DAP dan PKR berpesta. Kenapa....? Mereka juga melontarkan bahasa yang tidak beradab mcm bahasa haiwan terhadap barisan kepimpinan PAS yang baru. DASAR IBLIS.

ANAK X-PKR said...

Ternyata kumpulan erdogan telah merasuki PAS. Erdogan ini berupa tajaan DAP dan PKR. Bagi mereka DAP itu mulia dan Kelab Penyokong PAS itu sahabat sedangkan KPP itu dianggotai oleh juak-juak DAP dari seluruh negara. Apakah PAS boleh berbangga dengan keahlian KPP seramai lebih kurang 50,000 orang itu? Mereka hanyalah MUSANG BERBULU AYAM.

Anak Tani. said...

Kalo Nik Aziz kata "Mereka itu" Boneka UMNO. Siapa pula boneka DAP? Saya hanya biasa melihat orang-orangan berdiri di tengah sawah.

Pemerhati said...

Kelab Penyokong PAS (KPP)
"Ini sesuatu yang cukup ajaib, kalau dia patah balik rebah kita," katanya selepas wakil dari Kelab Penyokong PAS Vincent Lee, selesai menyampaikan ucapannya dalam persidangan Muktamar hari ini.- Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Ustaz Abu Kassim Abdullah.

Saranan saya ialah PAS sendiri harus faham dan keluar mengkaji sendiri siapa sebenarnya ahli KPP ini. Ahli-ahli KPP dari Sabah adalah anak didik DAP. Itu PASTI. So, apa yang PAS boleh bangga-banggakan?. Saya tak mahu PAS dihancurkan dari dalam.

AZIZAN, Tawau Sabah.

Taminsari said...

Salam Senja Liza..

Sebenarnya King Karpal nak bagi tahu yang PAS hanyalah "orang suruhan ataupun ahli PR kelas ketiga sahaja ". Nak sound direct takut, jadi digunakan lah bahasa yang sopan sikit iaitu PAS bukan parti dominan dalam PR? Kalau ini pun ahli-ahli PAS tak faham juga, tak tahulah apa yang nak dikatakan lagi..teman teringat lagu Blues Gang - Apo nak di kato!!!

Salam perjuangan

Anonymous said...

PAS Boneka PKR dengan DAP.. tak sedar2 lagi dorang dipergunakan .. tak nak juga mereka belajar daripada kesilapan..

hasellusiby said...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

Lebai man said...

Kualti yang utama, bukan kuantiti. Hasil PRU-12 yang menampakkan kuantiti, tetapi sekarang telah berubah kepada kualti. PAS yang mendapat kerusi yang banyak kerana kualti kepimpinan mereka mula di terima. Kerjasama dengan UMNO membuatkan lagi parti itu kuat, UMNO juga akan kuat kerana juak-juak dalam UMNO terpinggir dan tertapis, yang tertinggal adalah Melayu tulin yang semenangnya penganut agam islam yang taat dan menjauh semua larangan. Waktu itu kaum melayu akan sokong semula parti melayu: PAS-UMNO, DAP terpinggir, kerana terungkai agendanya memecah belahkan melayu, untuk mencapai hasrat KING Singh

lebai man said...

Dsai dah gagah sekrang, sebab Zaid Ibrahim masuk PKR. Terdesak tidak berbangkit lagi, akan tetpi PAS-UMNO akan terus berunding, meminggirkan DSAI.

ruhmalaysia said...

Saya Pro Keadilan dan Kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Itu yang saya impikan. UMNO tidak perlu kepada PAS untuk berkuasa dengan syarat ia adil dan mahu sejahterakan rakyat dengan keadilan sejati,adil terhadap islam dan adil terhadap rakyat.UMNO boleh melakukan ini kerana UMNO sedang berkuasa dan memiliki kuasa. Hanya tepuk dada tanya selera.Soal nya beranikah UMNO berlaku adil terhadap islam. Apa yang ada sekarang UMNO tidak adil pada Islam contohnya berapa kerat dari rakyat yang berugama islam celik alquran? Bukan saja tahu membaca tetapi mesti juga tahu apa yang dikatakan oleh Alquran.Untuk lakukan ini senang saja, ubah dasar dan sistem pelajaran kita.Kan UMNO berkuasa.PASTI PAS akan menyokong diparlimen nanti, bukan itu saja,pada firasat saya seluruh ahli PAS akan masuk UMNO, tak perlu bagi duit kerana kita buat yang terbaik untuk rakyat. Dah pati UMNO akan mendapat pertolongan dari RabbulAlamin.Tak guna saudara yang sokong UMNO ni nak hentam orang lain,hentam PKR,DAP dan PAS. hentam diri sendiri apa yang telah aku lakukan selama ini sehingga musuh hampir dapat mengalahkan UMNO

Koordinator said...

Tukar link... RSS blog saudara telah dimasukkan dalam blog saya