Translate

Saturday, October 10, 2009

Cahaya Kegemilangan Negara Mula Terpancar di Bagan Pinang.


Salahuddin menunjukkan gambaq budak yang konon ditetak dengan parang oleh penyokong UMNO. Mamat seekor tu kebal? kerana tak luka walaupun bajunya terkoyak lurus ditetak dua kali dengan parang. nampak lagi ekor kudanya Alaaaa tuuuulah, lain kali nak serang mamat kebal begini kena pinjamlah bambu runcing dari Kumpulan BENDERA di Indonesia. Pengkhianat Agama Islam @ Tukang Batu Api pula sebelah kanan Salahuddin. Silap dan "Salah lagi strategi Salahuddin  ini..tulah pakai nama 'SALAH uddin. INI NAK COUNTER KES AZEEZ KENA PUKUILAH NIE!!

Berikutan dengan  insiden "Mamat Kebal" ini, Dewan Pemuda PAS dikatakan telah mengarah Pemuda PAS seluruh negara untuk turun ke Bagan Pinang unruk gerakan "fissabilillah". Seterusnya digembar-gemburkan bahawa ketegangan berlaku di Mesjid Bagan Pinang. Sebelumnya seorang pensioner dan warga emas dipukul hanya kerana meminta supaya kenderaan Pemuda PAS dialihkan bagi memberi dia laluan.
  1. Jika Azeez yang mendakwa dipukul segera membuat laporan polis dan ke hospital, kenapa "mamat kebal" itu tidak membuat laporan polis dan membuat pemeriksaan doktor professional?
  2. Apakah pihak polis dan keselamatan tidak lagi dipercayai oleh penyokong PAS seperti setengah pemimpin DAP yang menolak peranan polis dan tentera?
  3. Apakah akibat dari persekongkolan PAS dengan DAP yang menyebabkan masyarakat ramai mula menyedari bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu mewujudkan perpaduan yang sebenar dalam membawa Malaysia ke arah negara yang harmoni dan progresif?.
  4. Keadaan di Bagan Pinang telah mula mengembalikan keyakinan bahawa perpaduan adalah satu elemen yang utama dalam menentukan masa depan negara. Kerana itu kelihatan pemimpin parti dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum sudah mula bergerak ke arah mengembalikan semula kegemilangan, suasana kemajuan dan progresif Malaysia dahulu pada era BN stabil tanpa Pakata Rakyat.Ini adalah gagasan 1Malaysia yang perlu disuburkan oleh segenap rakyat Malaysia yang sukar dinafikan PR.
  5. Kekalahan calon PR/PAS semakin jelas di Bagan Pinang. Di Permatang Pasir, kekalah jelas ke atas calon BN/UMNO. Di Permatang Pasir, pemuda dan puteri UMNO tidak mengamuk seperti yang dilakukan PAS di Bagan Pinang. Inilah salah satu kualiti yang perlu menjadi perbandingan umum.
  6. Di Bagan Pinang, pengundi Pos, pengundi Melayu, India dan sebahagian pengundi Cina sudah memperlihatkan keinginan untuk satu negara Malaysia yang aman dan maju yang tidak dapat diwujudkan oleh Pakatan Rakyat. Pengundi Cina yang selama ini bersimpati kepada DAP sendiri, sudah merasakan keberantakan Pakatan Rakyat dan mula berfikir.
  7. PAS dan pemimpin juga mula menghalang pihak kerajaan menyediakan kemudahan  penghuni-penghuni kem tentera dengan alasan konon melanggar akta dan peraturan SPR. Ini semua alasan kosong kerana kem juga adalah penempatan rakyat dan penghuninya adalah rakyat yang perlu kemudahan. Apakah PAS mahukan supaya penempatan itu dimundurkan? Apakah jasa dan pemgorbanan mereka tidak perlu dihargai PAS? Bukakah Calon PAS juga dirayakan dalam suasana aidilfitri oleh Tentera?
  8. Dengan izin Allah SWT BN menang di Bagan Pinang dan Malaysia kembali bersinar menuju ke zaman kegemilangannya.

No comments: