Translate

Monday, October 26, 2009

Thamrin ganti Azmin Pengerusi PKR Sabah. Fakta Yang Silap.

Thamrin ganti Azmin Pengerusi PKR Sabah (dari Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Libaran (Fakta yang silap), Thamrin Zaini sebagai Pengerusi PKR Sabah menggantikan Azmin Ali yang juga naib presiden parti itu.

Perkara itu diumumkan presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail setelah bermesyuarat selama empat jam bersama kepimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Tropicana di sini hari ini. Mesyuarat itu turut memutuskan penubuhan Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak yang antaranya disertai Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali dan Naib Presiden, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan,-DARI UTUSAN MALAYSIA..

SENJALIZA.

Fakta yang silap ialah: Thamrin Zaini atau nama sebenar Ahmad Thamrin Haji Zaini BUKANlah ADUN Libaran seperti yang dinyatakan dalam Utusan Malaysia dan DUN Libaran sebenarnya tidak wujud di Sabah. Libaran ialah Kawasan Parlimen di Daerah Sandakan, Sabah yang diwakili oleh YB. Datuk Juslie Ajirol. HARAP DISEDARI.

2 comments:

Unknown said...

adakah fakta silap itu dari sumber berita i.e PKR atau dari pihak akhbar?

Jika dari sumber jelaslah bahawa PKR tidak tahu politik Sabah secara detail. Itu dah kes berat.

Anak X-PKR said...

PKR sepatutnya tahu bahawa Thamrin bukan Ahli Yang Berhormat. Pemberita juga tahu memperbaiki kesilapan jika sumbernya silap dan pemberita itu berilmu anberpengetahuan.Ini kes tak ambil periksa.

Sekali Ketuk, Agaknya ke mana arah Jeffrey? Tn Haji Ansari awal-awal laghi sudah letak jawatan Pengerusi Perhubungan tetapi Bagaimana dengan Haji Hamzah Amir, ipar dan sepupu Datuk Shafie Afdal itu? Adakah dia benar-benar stay dalam PKR?

PKR Sabah akan bertambah lemah dan lesu kerana DSAI dah beberapa kali jumpa PM...