Translate

Wednesday, November 4, 2009

"DSAI Berpoligami...."


Ungkapan kekecewaan dua pemimpin (mantan?) PKR ini sudah "amounted to talak dan fasakh". Sepatutnya krisis sudah berakhir. Sepatutnya yang tinggal hanya kenangan dan hala tuju masing masing perlu diteruskan. "PERCERAIAN"INI PERLU MENJADI PENGAJARAN KEPADA JEFFREY DAN CHRISTINA UNTUK MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT DI PERINGKAT AKAR UMBI. Turunlah ke Padang, pasti anda akan medengar jeritan mereka "hidup PBS, hidup PBS, hidup PBS !!!....aramaiti".


Krisis PKR Sabah sepatutnya sudah berakhir. Kemusnahan yang dilakukan Anwar Ibrahim ke atas PKR Sabah sedang ditontonnya sendiri. "Jambatan yang musnah terbakar", jambatan yang dibakar Dr. Jeffrey, sedang marak menyala. Pujuk dan rayu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tidak akan menghentikan kesedihan dik perceraian dengan "airmata si mata lebam"-lambang PKR, di Sabah..

Apakah pujuk dan rayu, rajuk dan airmata, akan memadamkan api yang menyala-nya membakar jambatan ini?. Bila "talak' sudah diungkap dan "fasakh" sudah ditulis, anda hanya perlu membiarkan masing masing membawa diri dan membina kehidupan yang baru.

Anwar bagaikan sudah "berpoligami politik PKR Sabah". Jeffrey dan Christiana tidak mungkin akan kembali dan menjadi "madu tiga" si mata lebam.

Sebaiknya biarkan Ahmad Thamrin Haji Zaini meneruskan "perkhawinan" baru dengan si Mata Lebam ini. Jeffrey dan Christina, jika masih meneruskan rumah-tanggga mereka dengan si Mata Lebam, pastinya terpaksa bersedia menghadapai rumahtangga BERANTAKAN dan tidak akan pernah aman.. Mahukan mereka demikian?

Ucapan Talakpun sudah, Ungkapan Fasakhpun sudah. Kemusnahan yang DSAI rencanakan ini tidak mungkin dapat dibina semula. Carilah jalan untuk membina kehidupan masing-masing. HIDUP PBS..HIDUP PBS, HIDUP PBS...Aramaiti

"Shhh!! Tina....DUN Luyang kosong. Melanie Chia sudah koar BN..tiam-tiam loooo"-
 

2 comments:

lagenda said...

Salam Ziarah.....

DSAI ni sanggup buat apa sahaja demi untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi PM Malaysia berhati-hatilah dengan DSAI ni .

YANG GAMBI said...

Salam S.Liza, apa Jeffry dan Christina nak pandang-pandang belakang lagi....... tinggalkan saja Anwar yang hanya bercita-cita nak jadi PM..... bukan nak bela rakyat.