Translate

Saturday, January 2, 2010

MP SAKIT. Siapa Berpesta mau PRK!

Yang Berhormat Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parliment kawasan Ulu Selangor sedang sakit, namun ramai YB. PR "berpesta" melayan keinginan dan keghairahan mereka untuk membalas dendam dari kekalahan PRK yang lalu di DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan. keghairan ini bagaikan tidak terkawal lagi. Mereka seakan tidak langsung mendoakan sorang yang sedang sakit untuk kembali pulih dan sembuh. TGNA pernah mengatakan bahawa ADUN PAS, YB Osman Sapian Adun Kempas sedang dirawat di Hospital Pakar Damansara, yang juga sedang sakit, tidak perlu meletakkan jawatan untuk memberikan laluan PRK. TGNA kata tindakan mendesak PRK seolah-olah mendoakan kematian.

Francis Xavier Subramaniam, Ketua Penyelaras PKR kawasan Rasa, awal-awal sudah mula menggunakan  istilah "rakyat" sebagai mengharapkan DSAI akan mengumumkan perletakan jawatan Datuk Dr. Zainal. Apakah bukan kemnya sahaja BUKAN rakyat perse yang terlalu ghairan untuk diadakan PRK? Apa ertinya ini.? Ambillah penyataan TGNA di atas!

Pendapat yang mengatakan bahawa PR akan mengheret PRK sehingga ke ambang PRU 13 agaknya ada kebenaran jika DSAI "memaksa" untuk mengakhiri tempoh khidmat orang yang sakit ini. Adalah kurang logik jika perletakkan jawatan Datuk Dr. Zainal telahpun diserahkan kepada DSAI. Apakah perletakan jawatan secara proper diserahkan kepada speaker atau DSAI? Mungkin diwakilkan kepada DSAI? Tetapi bukankah ini mengundang spekulasi bahwa dia dipujuk atau dibujuk?

KEPUTUSAN PRU 12, PAR,IMENT P.94-SELANGOR
P94 - HULU SELANGOR (63,593)
 Melayu: 53.9% Cina: 26.7% India: 19.0% Lain-lain: 0.4%

Datuk G. Palanivel Govindasamy (BN-MIC) 22,979

 Zainal Abidin Ahmad (PKR) 23,177
Majoriti: 198
Jumlah Undi: 47622
Undi Rosak: 1,466
% mengundi: 74.89

Perkara yang tidak boleh dipandang ringan ialah, Dr. Zainal adalah mantan Timbalan Menteri Besar Selangor dalam era Barisan Nasional yang menyertai Parti Keadilan Rakyat. Dalam PRU12, dia pernah dikatakan telah kalah namun akhirnya mendapati sebenarnya dia menang dengan majoriti yang amat tipis. iaitu 198 undi sahaja. Masa itu isu "penyapu" hangat diperkatakan di Ulu Selangor. Calon yang diletakkan BN jua adalah calon "tolak ansur dan toleransi". Manakala isu terhadap PKR tidak dapat dijelmakan kerana masa itu PKR "baru merangkak dan belum tumbuh tanduk". Kini? Tanduk sudah panjang dan tembelang mula dibongkar dari Pulau Pinang hinggalah ke Kelantan.

Keghairah mendesak PRK pastinya akan meninggalkan kesan yang besar tehadap penyokong peribadi Dr. Zainal dan ahli keluarganya. Keadaan kini tentu sekali sudah jauh berubah dan berbeza. Kerajaan Negeri Selangor juga sudah goyah dan dikhuatiri akan menyusul selepas Perak. Hubungan sesama parti-parti dalam PR sudah sukar disembunyikan keretakannya. Isu-isu terhadap PR juga sudah berlambak dan terserlah di mata rakyat.

Jika ada pihak yang perlu merasa ghairah untuk PRK di Ulu Selangor, sepatutnya BNlah  kerana semua tahu bahawa Ulu Selangor adalah kubu kuat BN suatu suatu masa dulu yang ingin mereka rebut semula. Kenapa PR harus ghairah sedangkan mereka adalah penyandang. Lebih dari itu, penyandang masih hidup dan kesembuhannya masih di tangan Illahi, Allah Azzawazalla. Doakanlah agar dia pulih dan sembuh. Janganlah ada mana-mana pihak yang cuba mendoakan kamatiannya semata-mata kerana kerakusan politik.

-noreen PJ.

3 comments:

eXception said...

Al-Juburi terlalu tamak... Dia mahu menyingkirkan mana-mana ADUN yang dia rasa dia tak suka dengan bermacam alasan kemudian mencipta PRK...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Senjaliza said...

Salam Ukhuwa Sde eXception.
Terima Kasih atas kunjungan sdr sekali lagi. Selamat Tahun Baru.

Saya juga hairan kerana kekemarukan kuasa sudah membelakangkan kemanusiaan dan hati budi.

YANG GAMBI said...

Salam SLiza, inilah saja cara Anwar nak tutup kes liwat dia yang sudah hampir ke penjara Sungai Buluh... kalau tak nanti dia dah tak de peluang lagi nak ceramah dalam pilihan raya...... biarkan lah... apa dia ingat PR sudah terlalu kuat ? lihat sahajalah nanti...