Translate

Friday, June 10, 2011

FORMULA 1 LAWAN KELDAI

Keldai membawa bungkusan azimat...
Tukang kebun Litar lumba Putar Alam Kilometer 916 berbisik.."Keldaipun pandai marah ker?"

Perlumbaan bermula di route PRU12. Litar perlumbaan adalah Litar Putar Alam  Kilometer 916. Mereka-mereka yang biaDAP sudah sekian lama mengintai peluang membuli keladi yang menyayanyi keldai.-keldai yang lain. Maklumlah janggut keldai macam janggut pak lebai yang ditiru dari janggut kambing gurun jantan yang tahan mengharungi kemarau.

Keladi memang dungu dan patuh membuta tuli pada pem"bela"nya. Lebih muatanpun diangkatnya turun naik bukit dan meneroka belantara, Keladi tetap keldai. Nak bela keldai senang jer. Puji janggutnya dan ceritakan kisah bulan purnama dan bangunan putera jaya yang berumput segar, ghirahlah dia.

Selepas beberapa purnama, Binatang Alien yang amat biaDAP menyeru Keldai berlumpa dengan kerita formula1. Litar pilihan-Litar Putar Alam Kilometer 916. Maka perundingan dibuat oleh para keldai. Lalu bersetujulah ketua keldai. Pengikut yang terdiri dari para keldaipun diserulah membawa panji-panji menyokong pasukan keldai. Mereka diseru memakai baju berwarna kuning yang bertulis "bersih". Begitupun keldai tetap juga keldai. Kulitnya berkutu dan giginya masih coklat dari memakan jerami padi dari Kampung Periuk Nasi. 

Binatang Alien yang amat biaDAP akan menonton dari jendela bilik berhawa dingin kerana tak mahu terkena terik matahari atau kemungkinan "acid rain!". Sekali sekala membilang duit siling yang bakal ditabur untuk menjadi rebutan dan pergelutan para keldai. Kadang timbul kebencian mereka kepada himpunan keldai  berbaju kuning yang bakal berarak dengan panji-panji. Nukilan "bersih dibaju kuning tapi hati busuk" kata anak-anak Binatang Alien biaDAP. Tapi apakan daya kedai juga yang tetap setia menjadi keldai mereka. Maka keldaipun keldailah!

Tiba masa perlumbaan..berlumbalah Formula1 dan Keldai.....ZooooooMMmmm. Kerita Formula1 memecut. Keldaipun begerak terinsut-insut. Kadang keldai menoleh belakangnya kalo ada muatan tambahan dari Binatang Alien yang biaDAP. Kadang keladi memastikan azimat (talisman) dalam sampul surat berwarna seperti sampul "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA". Dilihat keldai..."oooh masih ada" bisiknya dalam hati. Keladi yang pasrah dan akur tetapi berinsut-insut meneruskan perlumbaan....tidak pernah keldai mempersoal Binatang Alien yang biaDAP yang menghansutnya berlumba denga Formula1. Namun keldai tetap juga keldai. Keldai akan marah jika namanya ditukar menjadi Pak Akur....

Sudah 54 purnama lamanya Formula1 sampai ke garis penamat. Bergemarlapan penyokongnya merayakan kemenangan dan kemerdekaan. Kemakmuran dan kesejahteraan penyokongnya dan rakyat secara majoriti. Tak payah sebut Tol yang dimansuhkan, subsidi, Wawasan 2020, Angkasawan dan segunung timbunan topi persegi dari menara gading belia dan anak-anak bangsanya..menjadi teknokrat, korporat dan negarawan..hasil perjuangan Formula1.

Selepas hampir 55 purnama barulah kelihatan bayang-bayang keldai. Sebelum sampai ke garisan penamat dilihatnya pemegang panji-panji sudah pulang ke rumah meninggalkannya. Rata-rata  para pemegang panji-panji ini memarahi anak isteri mereka sesampai mereka di gerbang pintu kerana mereka terlalu kelaparan dan kehausan. Duit siling tidak juga ditaburkan. Air mineral botol kecik tidak juga dapat menghilangkan kehausan mereka mengangkat panji-panji di bawah panas terik matahari.

Setelah hampir sampai ke garisan penamat, keldaipun  bergegas membuka sampul seperi Urusan Seri paduka Baginda. yang menjadi azimatnya. Dibukanya perlahan-lahan ditaiknta tali ajaib sambil melilih air liur dari mulutnya. Kadang kelihatan seperti kesal. Dibukanya sampul itu yang berisi surat. Surat Azimat!!??... lalu dibacanya....."NEGARA KEBAJIKAN".....OMG! katanya 'lu ingat lu nak buat negara ini macam jabatan kebajikan masyarat ker"?

Tukang-tukang kebun (kebanyakannya dari negara jiran) di Litar Putar Alam 916 kelihatan berbisik sesama mereka..."keldaipun pandai marah ker?..goblok punya keldai"..

1 comment:

anak X PKR.. said...

Laaa..PAS akan balik jadi macam parti klasik yang bakal menyokong komunist.