Translate

Wednesday, July 4, 2012

Disepanduk Siap Sedia, Jawapan Tidak Sedia.

Rupanya spanduk telahpun disediakan. Kenapa Jawaban tidak disediakan awal-awal?
Kenalkah anda dengan Ng Phiak Kheng? Adakah anda pernah melakukan kekasaran dan menyebabkan kecederaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang? Adakah anda pernah menampar Ng Phiak Kheng?. 

Demikian lebih kurang soalan yang ditanya oleh Datu Gan Tian Loo (BN Duyong) Melaka pada hari pertama sidangan DUN kepada Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) yang membawa kepada kekecohan sidang DUN Melaka yang baharu sahaja berakhir 4 Julai ini.

Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) ialah isteri Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang berdepan tuduhan terbuka skandal dengan seorang wanita yang dikenali Ng Phiak Kheng, mantan kakitangan di Jabatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

ADUN (DAP-Kota Laksamana), Betty Chew Gek Cheng adalah Isteri Lim Guan Eng.

Soalan mudah tetapi sakastik tidak dijawab malah isteri Lim Guan Eng meminta supaya soalan ditarik balik. Soalnya samada ditarik balik atau tidak, spanduk sudahpun tersedia. Niat sudah tentu dirancang sejak awal. Cerita mengenai "skandal" sudahpun beredar di media secara meluas.

KENAPA JAWABAN TIDAK DISEDIAKAN UNTUK MENGAKHIRI SPEKULASI, sebaliknya SEPANDUK PULA YANG DISEDIAKAN LEBIH AWAL? Kini ianya menjadi persoalan terbuka.

So nak tanya kawan-kawan pula; Kenalkah dia (Betty Chew Gek Cheng) dengan Ng Phiak Kheng? Adakah dia melakukan kekasaran dan menyebabkan kecederaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang? Adakah benar dia pernah menampar Ng Phiak Kheng?... The people wanna know...

RELATED
-Poser over Guan Eng's plaster
-Betty enggan ulas Phaik Kheng? 

No comments: