Translate

Sunday, July 13, 2008

Tamadun Akan Musnah Jika Fitnah Berleluasa-Shafie Haji Afdal

Fitnah memfitnah akan melumpukan Negara-Shafie

KOTA BHARU: Tamadun Malaysia yang dibentuk menerusi perpaduan masyarakat berbilang kaum sejak 51 tahun lalu, akan musnah dalam sekelip mata jika fitnah dan hasutan yang disebar melalui laman blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dihentikan.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kemusnahan itu akan berlaku jika rakyat menerima bulat-bulat apa yang disampaikan menerusi blog dan SMS tanpa meneliti sama ada ia benar atau sebaliknya.

"Masyarakat hari ini bukan saja terpengaruh dengan Barat, malah laman blog dan SMS kini menjadi ruang kepada pihak tertentu menyebarkan fitnah dan hasutan untuk kepentingan dan agenda mereka.

"Kalau masyarakat tidak berhati-hati, ia boleh menghancurkan tamadun negara 51 tahun lalu kerana terlalu terpengaruh dengan unsur fitnah yang disebarkan. Saya bimbang, tindakan tidak bertanggungjawab itu akan mempengaruhi pemikiran masyarakat.

"Fitnah-memfitnah perlu dihapuskan kerana boleh melumpuhkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan," katanya merasmikan program Jiranku Keluargaku 2008, di sini, semalam.

Dari Berita Harian
13 Julai, 2008.