Para Pemimpin Utama Pakatan Rakyat. DS Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Apakah Pakatan Mereka sudah tidak lagi sepakat? Apakah mereka akan sesepakat BN?
Bila Speaker DUN Perak mengumumkan bahawa dua DUN PKR, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Behrang dan Changkat Jering, telah meletakkan jawatan melalui surat yang ditandatangani pada Mac, 2008, ramai yang bangkit mengenai isu perletakan jawatan kedua-dua DUN itu. Kedua-dua DUN itu mengatakan bahawa mereka tidak meletakkan jawatan dan bertindak sebagai DUN Bebas mesra Barisan Nasional.
Awal-awal lagi, pengerusi DAP mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan menyaman SPR yang mengekalkan kedudukan dua DUN Perak sebagai "Wakil Rakyat yang sah, hanya akan "Sia-sia cabar keputusan SPR - Karpal" sebagai usaha menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Kepimpinan PAS lebih cenderung kepada langkah agar Pilihanraya UMUM diadakan di Perak. Manakala Anwar Ibrahim lebih kepada menasihati Ir. Mohd Nizar Jamaluddin untuk tidak berganjak dari rumah resmi MP, pejabat dan jawatannya sebagai MB Perak. Malah demonstrasi PTI berterusan tanpa penyertaan orang DAP dan masyarakat India.
Karpal Singh pula mahukan supaya Sultan Perak diheret ke mahkamah. Perbuatan ini dilihat sebagai biadap dan derhaka kerana menentang Raja Melayu. Perbuatan Karpal mendapat tentangan hebat dari segolongan besar masyarakat Melayu dan Pemuda UMNO.
Selain itu, Karpal Sing juga mencabar Anwar supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua PR dan Ketua Pembangkang berikutan kegagalannya membendung perbuatan meninggalkan PKR oleh DUN PKR.
Dalam banyak perkara yang berkait dengan krisis politik di Perak, Pakatan Rakyat kelihatan sudah tidak lagi sepakat. Kalau dulunya mereka mengampu kepada Golongan Istana dan Raja-raja Melayu supaya mencampuri urusan politik; misalnya dalam "demonstrasi gelombang kuning", kini mereka kelihatan menentang institusi raja.
Lim Kit Siang pula mula berani mempersoal tindak-tanduk Anwar. Terkini LKS sudah mula tidak sehaluan dengan Karpal, Pengerusi Partinya.
.
Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin pula "memohon kelulusan istana untuk menderhaka" dengan memohon untuk tidak menerima keputusan dan budibicara Sultan Perak. Dia mula mengeluarkan kenyataan "rakyat berdaulat" sebagai usaha menyelamatkan kedudukannya sebagai MB. Bila "Rakyat Berdaulat" maka para demonstrant bolehlah membuat poster "Daulat Rakyat". Apa akan jadi dengan norma dan slogan "Daulat Tuanku"?
Umum melihat bahawa Pakatan Rakyat kini sudah tidak lagi sepakat. Malah ramai yang melihat bahawa hubungan DAP dan PKR dengan PAS hanya sebagai "pakai-buang". Apakala PAS dapat secara konsistan mengembangkan pengaruhnya, PAS dijadikan rakan kongsi dalam politik, namun dalam masa yang sama gagasan utama PAS untuk membentuk sebuah Negara Islam yang mengamalkan system Islam ditentang DAP dan tidak disokong PKR. Karpal Sing pernah mengatakan "over my dead body" ke atas gagasan PAS ini.
.
Apakah keadaan ini bakal merobah pandangan umum bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak lagi sepakat? Apakah Anwar juga sebagai kuda tunggangan dalam PR untuk memecah belahkan BN khasnya UMNO? Apakah kerapuhan ikatan Pakatan Rakyat akan mula longgar dan bakal putus bermula di Perak dan bakal tanpa ikatan? Apakah ini menifestasi bahawa rakyat mula hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat?
Read Also...
8 comments:
Utk makluman senjaliza keampuhan PR ialah untuk sedia bersetuju tdk bersetuju sebab semuanya bebas meluahkan pendapat masing2. Inilah intipati demokrasi bukan hanya terima bulat2 ba tanpa memberi pandangan sbg hak individu masing2.Tapi tdk heran jika ada segelintir yg masih terima bulat2 krn cukup jelas drp kajian saintis manusia hanya mengguna 1% drp fungsi otak mrk. Skg Speaker DUN Perak tdk boleh dilucutkan jwtn & telah merujuk Dr Zambry & '6 exconya' ke JK Displin. Apakah senjaliza akan bercelaru? Inikan dlm perlembagaan undang2 tubuh perak? Apabila 7 DUN digantung, 3 DUN tdk diiktiraf status mrk BN-UMNO hanya tinggal 21 & PR pula 27.Mcmana jika sidang DUN ada usul tdk percaya kpd kerajaan haram dengan membubarkan DUN? Kita renong2kan lah bersama cik adik oooi.
Anwar, Lim Kit Siang adalah dua manusia yang banyak merugikan Negara. Tiada 2 ekor ini, Malaysia tenteram dan aman.
Salam Otak Kiri,
Kenapa alang-alang gantung 7 tak gantung semua BN. Jadi MB bolehlah Nizar ambil balik!. Saya rasa speaker pun ada otak dan ada cuma 1undi. Tunggu dan lihat; Speaker nanti pun akan lompat BN sebab dalam sejarah Malaysia "orang ini" sentiasa "duduk atas pagar". Mana kerajaan dia akan ikut atau "menggelincirkan diri" ke dalamnya. Maslahnya ialah PR tak sepakat langsung.
Pakatan de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP adviser Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang should resign and accept collective responsibility for the loss, he said at a Chap Goh Mei celebration at the Kuan Soon temple grounds in Pandamaran here.
Ini Kata RPK. Saya kita silalah....
Speaker Bias. Nanti Otak kiri samalah dengan dia. Biul.
Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan berkata, ia "akan hanya membazirkan usaha dan masa" untuk mencabar keputusan SPR mengumumkan bahawa 2 kerusi DUN Perak itu yang diumumkan hari itu, kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa..
Otak kiri sama dengan Otak speaker yang miring..pandai-pandai umum kerusi itu kosong dan menuntut pilihanraya diadakan.
Atas dasar apa speaker membuat keputusan menggantung 7 ADUN?.
DYMM Sultan Perak mengistyharkan PR jatuh dan Nijar bukan MB sebab BN mendapat sokongan DUN 31 dan PR hanya 28. Ini hakikat. Oii Otak kiri apasal BN 21 and PR 27. Tak tau math darjah 2 ker? atau Pengerusi JK Displin itu sapa? otaknya miring kee mcm Otak Kiri?
Wong Kah Woh Dari DAP pengadu. Pengerusi Tempat Mengadu ialah Speaker Sivakumar-PKR. Yang diadu semua 7 orang BN. Ini apa cerite..Jawatankuasa Desiplin ini boleh ADIL kee?. OTAK KIRI nak jadi Setiausaha kee?. I tak nak ngaku guna 1% otak I kecuali I mcm OTAK KIRI yang hanya ada otak 1%. Napa, Perak nak dijadikan Negeri Komunis kee oleh otak kiri?. Hai tak sedar dir lagi kee? Kerajaan Perak dan DUN Perak bukan milik Sivakumar dan Wong Kah Woh. PR dah jatuh di Perak. Masih mimpi kee.
Kalau sepakat tidak membawa berkat.. macammana nak perintah otak kiri dan kanan, disebabkan otaknya sebelah kiri...maka itulah kira-kirapun kantoi......
Lawak sungguh mereka2 di PERAK sekarang...nak ajar bekas hakim soal peraturan dan perlembagaan.. malang sungguh kiranya aku rakyat perak.. merelakan lambang kedaulatan negeri dan bangsaku di `liwat' sesuka hati oleh Benggali gila dan seekor lembunizar....!! Malu-malu....
Post a Comment