Translate

Tuesday, February 17, 2009

"SKODENG SKODENG"


Awas. Skuad Skodeng beroperasi.

Saya sebenarnya tak pernah nakal sejak di bangku sekolah. Saya berjumpa dan bertemu kebetulan mantan guru saya baru-baru ini. Dia tak berapa cam saya dan katanya kerana saya ini "tak nakal" semasa di sekolah dulu. Sebab itulah saya sukar diingat. Lalu saya menyampuk "bagus pula saya buat nakal dulu supaya saya senang diingat". Bekas guru (masih cekgu saya) tersenyum mendengar ungkapan saya.

Di sekolah dulu tak ada kes skodeng skodeng. Lagipun, akhir-akhir ini, barulah saya tahu apa itu skodeng skodeng. Kawan saya kata skodeng itu "cubuk-cubuk" atau "intai-intai". Inilah orang tak nakal agak ketingalan dalam kerja yang nakal nakal.
.
Jika anda melayari youtube kini, banyak adegan rakyat Malaysia yang berunsur skodeng dan memalukan. Biasanya kalau mangsa tak membuat laporan resmi kepada pihak polis, pihak polis boleh saja mengatakan bahawa "tiada laporan apa nak siasat". Tapi saya ada terbaca lapuran sabahkini yang menulis mengenai kes kematian di Tingkayu, Kunak, Sabah. Sudah lama lapuran dibuat tetapi tindakan tidak sepantas manapun sehingga baru baru ini berlaku pembunuhan dan pertumpahan darah. Ada pihak yang mengsyaki bahawa POLIS DALANGI TRAGEDI BERDARAH DI TINGKAYU? http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=402:polis-dalangi-tragedi-berdarah-di-tingkayu&catid=41:jenayah&Itemid=56

Vijandran dan Dr Chua Soi Lek terpaksa meletakkan jawatan mereka kerana skandal video oleh skuad skodeng.

"Kes Video Lucah Dr Chua Soi Lek dan Vijandran dulu hasil kerja skodeng yang hightechlah tuu" celaan sahabat karib saya. "Jadi Kes gambar YB. Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan, Selangor itu apa pula ceritanya?" saya bertanya.

Walau apapun bentuknya, ternyata mereka semua mereka adalah mangsa "a gross invasion of their privacy" atau mencabuli urusan peribadi mereka, walaupun dalam keadaan atau situasi yang berbeza. Apa yang jelas ialah "invasion" itu terjadi berpunca dari perkara yang berlaku atau mereka telah lakukan. Apatah lagi sebagai "public figures" atau selalu menjadi tumpuan perhatian umum. Mereka adalah pemimpin rakyat yang perlu menjaga ketinggian maruah dan moral. Tidak kurang penting untuk diambil kira ialah mereka mempunyai musuh atau penentang atau lawan.

Monkey Business Gary Hart. It was a nobody else's business. Namun Gary Hart terpaksa melupakan niatnya bertanding Calon Presiden Amerika Menentang Ronald Reagan.
.
Kes Dr Chua dan VJ berakhir dengan mereka meletakkan jawatan. Gary Hart, calon Presiden Amerika menentang Ronald Reagan dulu juga terpaksa melupakan niatnya menjadi calon apabila pencabulan privacynya bersama teman wanitanya Donna Rice Hughes dibongkar media. Sebenarnya apa yang mereka telah lakukan adalah "nobody else’s business" namun ianya perbuatan "betrayal" pihak tertentu bagi menjatuhkan maruah mangsanya atau sekurang-kurangnya diaibkan.
YB Elizabeth Wong ADUN (PKR) Bukit Lanjan, Selangor: Mangsa Pemangsa.
.
Dalam kes YB. Elizabeth Wong (EW), apa yang umum ketahui di dada media setakat ini ialah foto-foto tersebut dirakam oleh bekas teman lelakinya ketika mereka berada di aparment EW di Petaling Jaya. Sesetengah orang awam mengatakan bahawa ketika itu beliau dalam keadaan tidur. Manakala yang lain mengatakan bahawa dia tanpa pakaian dan dalam keadaan penuh sedar. Semua ini adalah gembar-gembur yang normal yang menjadi asam garam di kedai kopi dan kaki lima yang sukar untuk ditutup bak mulut tempayan. Soalnya ialah apakah teman lelakinya menceroboh ketika EW sedang tidur atau mereka memang bersama-sama di apartment itu? (Orang kedai kopi dan kaki lima akan ada dan dapat jawaban kepada soalan ini..!)

Pihak polis memberi jaminan akan menyiasat kes ini termasuk yang disebar dalam media eletronik. Kita perlu menunggu penyiasatan dan keputusan.

Kiranya skodeng skodeng yang tidak bermaruah di Youtube dan media eletronik dicegah awal-awal lagi oleh pihak berkuasa, sudah tentu ramai yang tidak membuang masa membuat dan melihat adegan-adegan rakyat kita yang tidak bermaruah di skrin computer mereka. Kiranya hukuman berat seperti diperuntukkan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kerja skodeng dilaksanakan dan dikuatkuasa dengan rapi, tentu tidak ramai yang melakukannya. Tidak ramai juga yang diaibkan. EW kemungkinan tidak jadi mangsa pemangsanya. Apakah dia mampu bertahan?.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Sis....
Ewah-ewah....satu pembaharuan yang terlalu menyerlah, setelah menyepi sekian lama. Tahniah,tahniah.. kehilanganmu memang amat dirasai dan dirindui...seperti juga setiap kali mentari terbenam.... kita seakan tidak sabar untuk menanti adegan keesokkan harinya.... Tahniah!!

Skodeng pulak dah... ishhh, biarlah mereka dengan kerja mereka.. pada kita ni.. berpadah-padah sahaja bila beraksi dalam terang dan gelap...!! Jangan pula kita yang jadi hero dan heroin mereka nanti....kushhh semangat, tabiii emboh!!

Yang kedapatan itu... padanlah muka, janganlah nak buat penafian berabis...!! Sendiri ada buat, lu sendiri lah tanggung....!! Letak jawatan mahh...kalau lu ada maluah, bangsa dan negala..!! :)

Isu panas kesucian istana di gugat... memang terlalu biadap dan kurang ajar atau terlebih ajar itu urang...!! Tidak layak menjadi warganegara atau rakyat negara yang berdaulat ini. Hukumannya... Hukuman SULA...

Senjaliza said...

Saya dah jangka, EW ta akan mampu bertahan. Inilah yang RAKYAT perlu tahu. Pemimpin yang disanjung-sanjung sebahagian bloggers..konon takpe dia "adult" sudah. Masyarakat kata tak ok... dia kata ok..susahlah mcm tu.. tapi nak jadi suara rakyat.. nak jadi makal sakhti. Maruah dan moral nak letak mane?. PAS (yang benar-benar PAS) tak akan terima mereka. Susahlah PR...

buy cotton bed sheets online said...

Walau apapun bentuknya, ternyata mereka semua mereka adalah mangsa "a gross invasion of their privacy" atau mencabuli urusan peribadi mereka, walaupun dalam keadaan atau situasi yang berbeza. Apa yang jelas ialah "invasion" razai cover single bed , best towels at bed bath and beyond , itu terjadi berpunca dari perkara yang berlaku atau mereka telah lakukan. Apatah lagi sebagai "public figures" atau selalu menjadi tumpuan perhatian umum. Mereka adalah pemimpin rakyat yang perlu menjaga ketinggian maruah dan moral. Tidak kurang penting untuk diambil kira ialah mereka mempunyai musuh atau penentang atau lawan.

Anonymous said...

off white outlet
curry shoes
supreme new york
off white outlet
off white hoodie
supreme
supreme outlet
off white
jordan retro
kobe shoes