Translate

Tuesday, March 3, 2009

KERA DAN BUNGA


Jangan Berikan Kera Kuntuman ini. Sia-sia.

"Saya tidak akan letak jawatan, saya masih MB, patik mohon sembah derhaka, keputusan saya sebagai Speaker adalah muktamad dan sidang tergempar DUN Perak tidak perlu perkenan Sultan, Pemuda UMNO celaka dan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi apartheid”.

1. Semua penyataan di atas adalah penyataan PAKATAN RAKYAT. Tidak pernah orang politik sebelum ini sebesar kepalanya seperti ini. Nizar tahu dia derhaka tetapi masih memohon untuk menderhaka. Bolehkan perbuatan untuk mencuri dipohon? Perogol memohon untuk merogol? atau hibitionist memohon untuk berbogel? Elizabeth tak memohonpun!!

2. Speaker DUN Perak sudah mula pakai ikut suka. Ini Malaysia. Malaysia ada system (MAS). Sudah tahu orang lain tidak akan terima keputusannya, sekonyong-konyong dia cakap "MUKTAMAD" dan rujuk undang-undang "dari rimba" seolah-olah dia pendakwa dan hakim sekaligus. Pandaikah Speaker tu cakap Bahasa Malaysia?. Perak bukan Nepal yang telah menurunkan rajanya Nanendra. Rakyat Perak masih sayang Sultannya. Menghina Sultanmya maknanya menghina Rakyat Perak. Belum setahun jagung memerintah sudah tumbuh tanduk...!!. Inikah KERAJAAN RAKYAT ATAU PAKATAN RAKYAT?

3. Soal BUMIPUTERA semestinya jangan sentuh langsung. Hak Bumiputera adalah Hak Bumiputera. Bukan Bumiputera tak boleh rebut hak bumiputera. Hak bumiputera cukup-cukup untuk bumiputera. Prinsip "kontrak sosial adalah prinsip pacta sunt servanda. Orang lain yang tidak pandai kenyang dengan haknya tak boleh makan hak bumiputera. Sabah dan Sarawak majoriti bumiputeranya amat sensitif dengan soal "BUMIPUTERA". Amat kental kebumiputeraan Sabah dan Sarawak. Namun tidak menindas. PRK Batang Ai di Sarawak, bumiputera Sarawak akan hilangkan deposit calon pilihanraya yang anti-bumiputera. Semangat Bumiputera Sarawak amat tebal. Pensiangan di Sabah akan hancurkan calon anti-bumiputera. Ini sensitif. Semangat Bumiputera Sabah juga kental sekental semangat bumiputera sarawak..... "AGI IDOP AGI NGELABAN"
.
4. Hi, Aparthied itu bila golongan pendatang dan minoriti memerintah golongan majoriti penduduk asal atau bumiputera kemudian dinafikan hak rakyat ini untuk "self determination". Macam Afrika Selatan dulu. Kalau tak faham jangan cakap. Tanya.
.
Adakah orang India atau Orang Cina tak boleh pakai LRT, tak boleh masuk panggung, tak boleh mengundi dan tak boleh tinggal perumahan mewah. Adakah orang Melayu macam Ku Kluk Klan? Yang saya tahu rakyat Malaysia seiring dan sejalan dan bergaul dengan mesra tanpa mengira bangsa dan ugama.. Cuma sejak akhir-akhir ini hubungan mereka mula mencurigai kerana adanya gerakan pemimpin PR yang menjadi dalang kepada Hindraf. Barangkali mereka yang tersasul atau tergelincir lidah maka terserlah rahsia motif mereka.. "sebenarnya merekalah sendiri yang pro apartheid dan berangan-angan ke arah itu"?.

5. Perbuatan mengapi-apikan isu sensitif seperti bumiputera ini menunjukkan PR anti perpaduan. Mereka cuba merobohkan jambatan perpaduan yang terbina sejak 51 tahun yang lalu. Adalah terlalu sukar membinanya semula dari tulang belulang yang berserakan. Inilah semangat PR yang mesti ditolak rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian. Kalaulah ini sebenarnya wajah PR, nyatalah PRU 12 hanyalah memberikan kera kuntuman mekar. Sia-sia.
.
Kalaulah begini corak dan cara mereka "governing", lambat laun, dengan "Tanduk dua dan serampang tiga, mereka akan membunuh rakyat".

No comments: