Translate

Wednesday, March 25, 2009

Menahkodakan Zaman

Najib, Perdana Menteri Malaysia Ke 6 menjelang minggu pertama April 2009-Adakah yang berani memulas tangannya?

1. 25, Mar, 09 Najib is Set to Continue Mahathir’s Iron Fist Policy. Begitulah lontaran kata-kata "tulang besi" pada saat-saat Dato Seri Najib Tun Razak berada di ambang pintu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Andainya janji Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi itu benar, maka Najib akan menggantikan tempatnya. Saya meyakini janji Pak Lah itu akan dikotanya.

2. Nampaknya bagai satu rasa "cemburu yang teramat" bagi pihak dan pihak-pihak tertentu kerana "Perdana Menteri ke 6" bukan pemimpin idola mereka. Teori R.A.H.M.A.N akhirnya menjadi kenyataan. Apakah pula akan timbul theory N.A.M.H.A.R yang akan menyusul selepas ini di mana selepas "N-Najib" akan menyusul "A-Anwar atau Albar" dan disusuli "M-Muyihidin atau Manoharan atau Mukhriz"? Sayang sekali, kalau teori ini ada yang "membangun"nya atau "mengangkat"nya tentu Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng tidak akan tersenarai sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

3. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa Najib akan jadi "kuku besi" dan dibayangi skandal, namun semua tuduhan itu adalah "ciptaan manusia" yang awal-awal lagi meramal malah cuba menafikan keyakin bahawa Najib akan dan bakal jadi Perdana Menteri. Kepimpinan Najib sebagai PM belum dibuktikan dan belum diuji. Namun kepimpinannya sebagai TPM sudah menampakkan bahawa Najib bukanlah pemimpin lembik dan mudah menguap. Dia tidak mudah membiarkan sesiapa memulas tangannya. Najib adalah pemimpin yang sudah menampakkan dan membayangkan bahawa dia memiliki "tangan besi" yang mempunyai ketegasan dan berani mendepani cabaran. Kerana itu Najib digeruni pihak tertentu. Menifistasi dari kegerunan itu, maka Najib awal-awal lagi telah dan sedang dilempari dengan pelbagai cemuhan dan cacian yang lebih jelas bermotifkan nawaitu yang berbaur fitnah dan cemburu yang tidak dikawal dengan minda yang jernih.

4. Apabila Najib mengatakan bahawa azamnya adalah untuk "Menahkodakan Zaman, Melestarikan UMNO" seakan meberikan isyarat bahawa dia akan mengangkat sikap sebagai Nakhoda, "Pahlawan" dan berani melayari lautan politik Malaysia dalam melakukan perubahan. Kenyataan ini sudah cukup untuk "digeruni". Rasanya kecemburuan sudah hampir pasti tidak akan mendapat tempat dan ruang di mana jua dalam era Najib.

No comments: