Translate

Thursday, March 26, 2009

SAUDARA, TAK BERSAUDARA

Tok Guru Nik Aziz: Tak mungkin dia menyumpah orang lain supaya ke Nerhaka.
"Tok Guru, Benarkah semua manusia ini bersaudara? Saya cuma tahu bahawa Al Gore dan DSAI semacam bersaudara".....
.
1. Semasa Dato Seri Anwar Ibrahim memulakan kempen di Bukit Selambau, dia memetik peribahasa Cina berbunyi.. “Si hai zhi nei, Jie xiong di” yang bererti “Empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara”. Ini kata-kata pilihan Anwar sebagai pemimpin.

2. Ini pula kata-kata penyokong DSAI khasnya dari DAP- "ya, kita akan terus berjuang hingga berjaya ....... go to hell UMNO". Menyumpah UMNO sama dengan menyumpah orang Melayu.

3. Seakan terusik budi bahasa kita. Seolah-olah DSAI memberikan anak kunci kepada awak-awaknya dari DAP dengan menggunakan “Si hai zhi nei, Jie xiong di” untuk menyumpah seranah supaya UMNO dan orang Melayunya ke "nerhaka jahanam".

4. Tidak pernah terjadi dalam sejarah normal rakyat negara Malaysia kecuali dalam sejarah 513 (May 13) di mana orang Melayu diherdik untuk "tinggal dihutan". Kini di sumpah "go to hell".

5. Dalam keadaan ini, di mana letaknya "“Empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara”....? Tak nampak ada ciri-ciri persaudaraan. Yang saya nampak ialah tomahan:-
"...........kalau saya Melayu nak tumbangkan kerajaan yang ditunjangi Melayu, kenapa pula orang lain tak sokong saya. Saya kecewa....Najib jadi PM ke 6.".......

6. Siapa pula yang merobohkan jambatan perpaduan rakyat Malaysia yang majmuk, yang terbena sekian lama. Keamanan dan keharmonian telah mencipta kekayaan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi rakyatnya.?.....Survertif Barat telah lama mengenalpasti bahawa PERPADUAN di Malaysia yang kental perlu dirapuhkan bagi melemahkan sebuah negara Islam di Asia Tenggara, Malaysia, bersama-sama Indonesia.

7. Saya yakin usaha meniupkan kebencian antara sesama rakyat Malaysia MAMPU memiskinkan sebilangan besar rakyat negara ini jika perpecahan berlaku dan berpanjangan. Bila negara ini "kacau" dan miskin kelak, orang lain balik negara asal dan ke pangkuan saudara mara. Orang Melayu nak ke mana?

8. Anak-anak saya mungkin akan bersedih kerana "sepupu"/pupu sekali mereka berbangsa India, Cina, Bajau, Iranun, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya (Beaufort Sabah). Mungkin mereka akan "pulang" ke Amerika..

9. Berapa ramai di antara rakyat negara ini yang percaya bahawa "kerana berahi dan ghairah politik dan kuasa semata-mata, ramai politikus berubah pendirian sehingga bahaya kehancuran negara hanya diletakkan sekelumit di pinggir minda.

10. "Mencegah dari mencetusnya perang lebih mudah dari menghentikan perang" So, jangan sekali-kali jambatan perpaduan yang ada di Malaysia , Negara kita, coba dirobohkan atau "gendang perang kita palu bertubi-tubi". Jangan kita hantar sesiapa ke nerhaka!!!!

1 comment:

SISTER MAS said...

UMNO lagi dia tak sumpah; perokokpun di hina. Katanya lebih hina dari lembu. Dulu dia kata MCA dan MIC dia tak boleh kerjasama-Kapiak- NOW dia Dalam Alam Percintaan (DAP) dia kata OK. Hai.. apa nak jadiii.