Translate

Sunday, April 19, 2009

SPEAKER DUN PERAK, V.SIVAKUMAR PATUT LETAK JAWATAN

Tindakan Gantung Tugas Setiausaha Dun Tidak Sah
By: Ramjit

(Gambar: Mungkin Tindakan Timbalan Speaker DUN Perak, YB. Yee Yit Foong, terpaksa meninggalkan Kerajaan Pakatan kerana tidak mahu mengikut telunjuk)

IPOH, 18 April (Bernama) --Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak seperti yang dilaporkan media hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.Beliau berkata jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak."Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak."Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya di sini, Sabtu.
.
Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan."Ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah sebagai mana yang dilaporkan media dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.
SELANJUTNYA..........
(Gambar: Lihatlah siapa yang mengemudi kemelut politik perak khasnya tindak-tanduk Speaker. V. Sivakumar yang berbaju batik kanan sekali kelihatan terlalu kerdil dan sebagai pelakun tambahan sedang Ngeh di tengah-tengah bagai pemegang watak utama).

1. Tindakan Speaker DUN Perak itu menunjukkan bahawa dia sudah tidak lagi "fit" untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau sebagai "speaker" yang memerlukan tindakan yang bebas dari pengaruh "politiking" terutama yang bermuslihat. Speaker tidak boleh bertindak menyebelahi satu pihak.

2. Barangkali inilah yang menyebabkan Timbalan Speaker DUN Perak meninggalkan DAP dan menjadi "BEBAS" yang menyokong Barisan Nasional.

3. Kecelaruan DUN Perak banyak dipengaruhi oleh tindakan Speaker yang ternyata jelas dimanipulate oleh Ngeh and Ngo. Ini disokong oleh beberapa kenyataan yang mengatakan bahawa Speaker berkenaan "dilacurkan" apabila beberapa salinan transcript "teks perbincangan" yang mengarah dan mengarah speaker tersebut menjalankan tugasnya mengikut kehendak mereka atau dia "dipecat". Bolehkah dia dipecat oleh kumpulan DAP? Andainya boleh, bermakna Kerajaan BN sekarang di Perak boleh juga memecat Speaker?

4. Kita tegaskan di sini (meminjam kata-kata favorite DSAI), kiranya Speaker sudah tidak lagi mampu melaksanakan tugasnya dengan mengikut norma-norma kebertanggungjawaban ke atas DUN dan terpaksa mengikut telunjuk segelintir YB yang menakut-nakutkan beliau, adalah wajar bagi V. Sivakumar meletakkan jawatan sebagai Speaker DUN Perak.

2 comments:

warisantamar @ KualaLumpur said...

susah bila lembu yg dicucuk hidung tak nak mengaku diri adalah lembu...

Mereka ni harus diberi sebuah pulau baru utk mereka menjadi raja, speaker, adun, mp, ahli majlis, tukang kutip sampah dan sebagai rakyat. Bayangkan ngeh dan ngoh + s.kumar +nijar hidup dlm satu pulau...merekalah raja merekalah rakyat jelata...situ mereka nak buat apa pun buatlah sepuasnya....nak camry, nak sidang dalam jamban, nak liwat, nak apa sajalah...lu punya suka lah ngeh...amacam ada berani?

ANTI PATI KARMA WIJAYA said...

Good idea Warisan Tamar. Sabah State Govt. boleh offer satu pulau yang masih tak berpenghuni "manusia". Nama pulau -Pulau Ular pasti S.Kumar suka. Pulau ini berhadapan dengan Mamutik yang popular dengan aktiviti "Walk Underwater". Ngeh pasti suke.

Masalahnya ialah NIAT semua pemimpin PR hanyalah melengahkan Sidang Dewan supaya PRU Negeri dapat di adakan sebab mereka sudah KALAH.

Dalam tempoh kurang setahun pemerintah mereka, KEMUSNAHAN berlaku. Apakah peluang PRU perlu diberikan. Mereka semua sudah MABUK KUASA dan menyalahgunakannya. Tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia seorang yang mengaku Menteri Besar "memohon Derhaka" kecuali PR Namrud Dzar.. Rakyat Perak Mesti Bangkit jika tidak mahu jatuh ke tangan "kongsi gelap lembah kinta".