Hari ini 12 Mei 2009 jam 23.42. Beberapa minit lagi akan muncullah 13 Mei, satu tarikh yang menyimpan titik hitam dalam sejarah negara kita, Malaysia. Empat puluh (40) tahun yang lalu perbalahan kaum berlaku antara Bumiputera Melayu dan Kaum Cina. Dari pembacaan saya mengenai peristiwa itu melalui satu buku nipis yang berwarna merah darah, perbalahan berlaku kerana wujudnya konflik perkauman yang ultra dan meresapnya pengaruh luar dan fahaman kiri ke atas penduduk terutama Kaum Cina.
Perkataan yang masih ingatan saya ialah lebih kurang ".....Orang Melayu berhembuslah dan tinggallah di hutan". Ini berlaku tahun 1969, empat puluh tahun yang lalu.
.
Peristiwa itu memberikan kita pengajaran yang amat bermakna. Perpaduan Nasioanal, Integrasi Nasional dan perbagai lagi n' Nasional telah diperkenal sehinggalah kita menjadi aman dan makmur dan menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan kaum menjadi kekuatan negara dan diambil sebagai "model" oleh pemimpin negara-negara luar pada suatu ketika.
Kini, lihatlah di sekeliling kita. Politik telah mengancam "integrasi nasional" dan n' Nasional. Saya tidak mahu menulis lebih banyak mengenai soal ini. Bulu roma saya berdiri sekadar mengenangkan peristiwa itu dan membayangkan masa depan kita sekiranya keadaan dan pergolakan politik berterusan.
.
Bakarlah lilin di hadapan anda dalam bilik masing-masing; padamkan lampu dan pejamlah mata anda beberapa minit bayangkan "MALAYSIA BACK TO THE FUTURE"-(apa yang berlaku akan datang seperti movie "Back To The Future")
Related........
3 comments:
asalam..
izinkan saya 'copy & paste' artikel ini untuk bahan rujukan dan penyebaran maklumat bersama..
sekian, terima kasih dan wasalam
Saudara ZM.AZAMI. Insyallah. dipersilakan.Cuma sumbernya jangan ditinggalkan. Wassalam.
Liza,
Sekali lagi dengan izin saya bagi pandangan.
Memang tidak dapat dinafikan peristiwa 13 mei tu , sungguh bermaana kepada yang memahami keadaan dan impak sabenarnya.
Namun satelah 40 tahun telah berlalu, tragedy ini hampir-hampir luput diingatan masing-masing. Terutama sekali mereka yang berumor dibawah 30 tahun kebawah. Dan mereka yang bermastautin di kawasan Malaysia Timor (Sabah dan Sarawak).
Rasa nya hingga hari ini dan hari esok masyarakat di Malaysia Timor ini (especially Sabah) maseh merasakan tarikh yang bersejarah hitam ini , tidak memberi kesan dan pengajaran kepada mereka.
Kerana mereka tidak terlibat secara lansung dengan situasi ngeri yang pernah berlaku di Semenanjung pada masa itu.
So, dalam pada itu banyak perkara juga yang kita pelajari. Apa lagi bila kita memikirkan hubungan kait tragedy 13 mei dengan Integrasi Kaum.
Di Sini, hal-hal saperti ini' boleh di katakan tidak releven. Kerana masyarakat majmuk yang sedia ada selama ini hidup dalam situasi faham memahami antara satu sama lain.
Apa lagi bilamana trend ‘ mixed marriage’ berlaku dengan pesat nya di sini.
Process ini seakan-akan mengambil alih budaya lama ( ethnic identity) dan transform kepada satu budaya baru yang boleh dilabelkan sebagai ‘Satu Sabah’.
So, kesimpulan nya, kita tidak boleh mempersalahkan atau pun mengharapkan sangat masyarakat di sini untuk mengingati peristewa 13 mei ni.
Kerana bagi mereka peristewa ini cuma satu cerita legenda dari seberang... believe it or not 'Sabah lead the way'. So learn from them what is national integration is all about.
However, thanks kerana memberi saya peluang untuk menulis di sini sekali lagi.
Post a Comment