Translate

Sunday, May 10, 2009

13 Mei Gagal Digapai Pembangkang Di Perak.

Loke Chee Yan (DAP) Berdiri di atas meja: Agaknya dia berguru di Taiwan.
Namun bintang tidak lagi tergapai dan tetap berkerdip di langit.
Kejatuhan Kerajaan Pembangkang sesuatu yang legitimate, satu hakikat.
Tarikh 13 Mei merupakan satu tarikh bersejarah pahit bagi negara Malaysia. Tarikh ini, pada tahun 1969, merupakan tarikh berlakunya titik hitam dalam sejarah negara di mana perbalahan kaum berlaku. Titik hitam itu menjadi titik tolak kepada kesedaran tentang peri pentingnya keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang majmuk dipupuk dan dipelihara.

Malaysia menjadi negara contoh yang dikagumi dunia kerana kejayaan mengikat tali silaturrahim pelbagai kaum yang menganuti pelbagai agama, kepercayaan dan kebudayaan. Tahap toleransi rakyat negara ini pada masa itu, berada pada satu kemuncak yang mampu dikagumi dan menjadi kebanggaan setiap kita yang bergelar rakyat Malaysia.

Pada saat kejayaan itu, kita bangga dengan Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Nasional, Pendidikan Nasional, Integrasi Nasional dan banyak lagi faktor. Di luar negara, bila saja kita menyebut Malaysia, mereka lantas menyampuk.. : “oh I know...Mahathir Mohamad right and colorful society ?”. Kitapun rasa megah.

Serentak dengan kepesatan pembangunan Malaysia, ruang-ruang makin terbuka untuk rakyat Malaysia dari pelbagai kaum untuk mengorak langkah merebut peluang untuk kesejahteraan dan menikmati kemakmuran hasil dari Kemerdekaan Negara. Pendik dan rengkasnya “equal right to be unequal” menjadi intipati demokrasi dan kebebasan mengikut acuan Malaysia. Manakala peritiwa pahit 13 Mei hampir diletak di atas para dan dilupakan.

“Vernacular School” atau kadang disebut “vernacular education” akhirnya menjadi satu kebanggaan dan asas yang menjadi gambaran bahawa toleransi benar-benar tumbuh subur di bumi Malaysia. Pun begitu, bukan sedikit rakyat Malaysia dari Keturunan India, Cina dan Melayu serta indigenous yang mempunyai tanggapan yang berlainan dan meragui mengenai masa depan dan kewujudan vernacular school kerana dikuathiri akan diresapi golongan tertentu yang berfahaman kiri lalu mengancam kewujudan dan keutuhan integrasi nasional. Ternyata apabila berlakunya penolakan terhadap “national school” oleh pihak-pihak tertentu walaupun pada dasarnya teras dan tunjang “national school” ialah perpaduan. Rengkasnya, nasional schoolpun diresapi elemen politik dan dipolitikkan. Lihat saja gerakan anti PPMSI yang bertukar menjadi demonstrasi politik.

Sukar dinafikan kenyataan bahawa “pergelutan politik” adalah unsur utama yang mengancam perpaduan nasional dan integrasi nasional. Malah bangsa serumpunpun boleh berselisih faham kerana fahaman politik. Orang Melayu PAS dan Orang Melayu UMNO tidak semuanya boleh duduk semeja semudahnya. Orang Cina DAP dengan orang Cina MCA dan Gerakan tidak semua dapat duduk semeja meminum Teh Cina dengan aman. Orang India DAP dan PKR sudah pasti tidak selesa duduk semeja dengan Orang India MIC dan PPP. Ada juga keadaan di mana “tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain”. Politik mempunyai logika dan desiplin yang bertunjangkan dan bermatlamat memperolehi kuasa. Namun kuasa tidak semua akan memperolehinya.

Akhir-akhir ini, 13 Mei 2009 menjadi satu tarikh keramat yang amat berharga kepada Pembangkang terutama di Perak. Mereka ingin menggapai tarik itu biarpun bagai menggapai bintang di langit. 13 Mei perlu dilepasi di Perak kerana dengan tidak teradanya “sidang DUN Perak” pada tarikh 13 Mei 2009, maka akan mengizinkan dan membolehkan DUN Perak terbubarkan dengan sendirinya dan seterusnya pilihanraya Umum Negeri terpaksa diadakan.

Soalnya, bukankah kerajaan Pembangkang dahulu mempunyai kesempatan membubarkan DUN Perak semasa mereka memerintah. Kenapa mereka tidak bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri?. Kenapa pula apabila Barisan Nasioanl menjadi peneraju kerajaan Perak, setelah berjaya “mencuri” dan memperolehi “simple majority”, maka pembangkang mendesak untuk DUN Perak dibubarkan? Tidakkah mereka belajar dari politik Sabah dulu yang disebut oleh Dr. Tan Chee Koon sebagai “The Triumph of Demcracy” apabila PBS membubarkan semula DUN Sabah pada awal 1986 walaupun mereka membentuk kerajaan “simple majority” pada tahun penghujung 1985? Barangkali kerana “pangkat dan kedudukan” yang datang tiba-tiba dan dengan tidak disangka-sangka telah melalaikan mereka mengenai “strategi untuk mengekalkan kuasa” itu?.

Kini setelah kerajaan pembangkang jatuh, menggapai 13 Mei 2009 telah menjadi bagai menggapai bintang di langit yang bakal tidak akan kesampaian kerana murid-murid sekolah rendah , walau di “vernacular schools” sekalipun, tahu menjawab bahawa 28 + 3 lebih banyak dan majoriti dari 28. Berdiri di atas meja DUN Perak dan tidak berganjak dari kerusi Speakerpun atau mengoyak baju sendiripun, tidak mudah mengubah jawapan mathematik yang simple itu. Malah tuduhan “perampas kuasa” akan hanya dilihat sebagai gembar-gembur politik “seperti anjing dengan bayang-bayang”. Tulang terlepas dan kuyup di air. Ianya satu kejatuhan yang legitimate. Satu hakikat.
Related story..
Sultan bukan pecat Nizar tapi disingkir ikut Undang-Undang Tubuh Perak

2 comments:

Anonymous said...

Pemimpin Pakatan Rakyat "Ganas" dan saya tidak suka keganasan. Mereka besar kepala kerana tak hormat undang-undang. Mereka tahu undang-undang is NOT Perfect... itu hakikat yg mereka tak dapat terima. Sudah kalah pun mengamuk. Tak patut..mana demokrasi yang mereka sanjung. Mereka sudah kalah.

Anonymous said...

Zambry dah kalah..Mahkamah sahkn Nizar sbg MB...