(Klik image for a better and a larger image)
'Maka dengan ini bermogok laparlah kamu. Aku sogokkan kamu dengan wang sebanyak RM200,000 yang SEDIKIT sahaja ini. Jangan sesekali kamu tanya wang ini aku dapat dari mana atau dari negara mana atau dari sumber apa. Ambil sajalah dan bermogok laparlah kamu. Aku terpaksa pulang rumah kerana isteri aku sudah masak ikan stem kerapu merah campur halia dan herba. Bila kamu jadi kerajaan nanti janganlah lupakan sumbangan aku dan pengobanan aku yang AMAT BESAR ini.'
- akad mogok lapar?
Sejak awal lagi saya terdengar mengenai "Pakaian Serba Hitam", "Bakar Lilin" dan "Mogok Lapar", hati kecil saya berkata bahawa ini semua bukan perencanaan yang baik untuk keamanan dalam negara. Ianya sekadar menjadi bibit-bibit hasutan agar sebilangan rakyat menentang kerajaan ataupun memperlekehkan dan memperkecilkan peraturan, undang-undang dan norma-norma yang menjadi ikutan dan panduan dalam kita hidup bermasyarakat selama ini. Ianya juga satu tindak tanduk mempersenda dan menghina keputusan Mahkamah Rayuan.
Selama 51 tahun kita merdeka sehingga ramai yang berjaya dalam hidup berbanding negara yang telah lama merdeka tetapi masih berbalah dan masih dilanda kemiskinan yang tegar sehingga hampir mustahil untuk dikurangkan tahap kemiskinannya, apatah lagi untuk dihapuskan. Saya tidak fikir mogok lapar ini akan berhasil untuk kebajikan rakyat.
Bagi saya mogok lapar ialah mogok lapar tak makan dan minum dan sanggup mati. Kalau takut mati jangan mogok lapar. Itu mogok lapar olok-olok!. Bila ada yang mengatakan ianya "puasa sunat" (maknanya mengawal segala hawa nafsu dan menghindari "nawaitu" yang mungkar"-antara lainya, tepat bila matahari terbenam makan-makan dan minum-minumlah dia. Tapi ini "main fault" dalam istilah mogok lapar). Tepuklah dada tanya selera. Apakah mogok lapar ini dilakukan bukan kerana berpunca dari "hilangnya kuasa Kerajaan Pembangkang? Apakah "mogok lapar ini selaras dengan hukum hakam PUASA SUNAT? Atau itu sekadar ungkapan "hipokrit", putar belit dan membohongi rakyat malah membohongi diri sendiri. Lebih teruk dan dasyat lagi ialah "Allah SWT" memahami dan tahu apa yang tersembunyi dalam kalbu manusia walau sebijak mana mereka menyembunyikan nawaitu mereka itu.
Secara logiknya apa hasil mogok lapar 72 jam sahaja? Hangat-hangat tahi ayam sahaja kah? atau RM200,000.00 yang "disogokkan" itu "bakal tidak betah". Mogoklah sampai PRU13; rasanya kejutan budaya itu bakal menghukum kamu bila mana rakyat merasakan mereka dan nama mereka hanya diperalat sedang kebajikan mereka terabai dan tidak terurus oleh orang-orang yang lapar, lemas, tidak berdaya dan tidak berkuasa.
4 comments:
Salam;
Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu mencari-cari maksud mengikut selera hatinya.
Adakah mereka telah melakukan kesilapan apabila diberi pengentahuan. PAStikah kini jelas dan nyata mereka telah terkebelakang, tidak lagi sealiran dan tidak lagi diperlukan.
wahh..
sekali mogok dapat duit byk tuh..
tiap2 bulan mogok dapat kumpul bejuta dah nih..
Alah....saya puasa sunat, ndak pula dapat apa-apa dana di dunia yang fana ini....(belakang hari baru cerita tu).
Rakyat yang diwakili oleh pembangkang ni memang suka dibuat begitu. Suka digula-gulakan, diberi JANJI TERANG BULAN dan angan-angan LALUAN KE PUTRAJAYA.
Rakyat yang diwakili pembangkang ini, telah memilih: parti yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat dan janji-janji pilihanraya mereka. Mereka rela dibuat begitu, mereka rela `DI LIWAT dan DI PERKOSA' kebebasan DEMOKRASI mereka, daripada memilih Barisan Nasional: yang mampu menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat, buat janji dan BERANI menunaikannya, buat perancangan dan MAMPU melaksanakannya.
Namun...itulah natijahnya.. bila rakyat sudah `BUTA HATI dan AKAL'.yang songsangpun sudah jadi betul, yang haram sudah jadi halal, yang kafir sudah jadi kawan...yang ISLAM sudah jadi Kafir.
BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA... biarkan,biarkan,biarkan!!!
sungguh keji nya mereka meminta derma dari rakyat utk melakukan itu ini .. kalau tiada peruntukkan .. jangan la buat something yang diluar batasan .. membuatkan rakyat semakin meluat dengan tindakan pakatan rakyat yang seperti sudah kusut yang sememangnya telah kusut... Pakatan Rakyat bukannya berdaftar.. lain la Barisan Nasional.. betul tak liza? :)
Post a Comment