Translate

Thursday, May 28, 2009

Dendam Tak Bertempat

Kesihan Popo Oink, kerita diletak di merata-rata. Pemandu-pemandu ini agaknya tak bertimbang rasa dan berhati perut. Mereka dah tak takut saman atau kena rantai besi setengah inci. Barangkali sebab Empayar Indraputera tak sediakan tempat parking yang secukupnya lalu mereka letak kerita sesuka hati. Tapi takkan semua mesti Empayar Inderaputera kena sediakan. Merekapun kena juga sedar; kalau itu ini mesti disediakan belum tentu mereka suka Kerajaan Empayar Inderaputera.

Susidi minyak, subidi padi, subsidi baja, subsidi nenek kebayan yang dah tua dan balu, Subsidi Baja Kelapa Sawit, Subsidi bil api, bil air, schoolarship nak daki Menara Seri Gading, dan banyak lagi subsidi. Susidi khawin isteri kedua saja Empayar Indraputera tak lulus. Business minta loan Tekung, Mikrong, Marang, Tempurung Pak Tani, PMS yang Pilih Manis Saja dan banyak lagi. Bila business maju oh oh lawan kerajaan Empayar Inderaputera lah pula. Biar berdepan Laksamana Alien Mata Dua yang pernah bantu busniess mereka maju. Mereka tetap tentang habis-habisan. Pula!. Kesal juga, tapi nak buat macam mana lagi? Langsung tak kenang budi. Sudahlah business begitu, alat timbang dan sukat alias dacing pun dia tak pakai lagi. Malah, mereka nak tipu timbangan hidup-hidup. Nau’jubillah.

Namun pemilik kenderaan, walaupun biasa buang saman ke tong sampah MPPJ, mereka mesti bertimbang rasa juga dengan Popo Oink. Popo Oink mesti di kasihani. Popo Oink kalau berlari tak boleh koner. Dia kena brek dulu. Then baru turn. Akibatnya Popo Oink terperangkap di celah-celah kerita. Kerita-kerita Pemuda yang berpelakat polis agaknya ahh.

Akhirnya, Popo Oik jadi mangsa liwat Pak QQ yang kelihatan macam Pak Lebai. Pak Lebai yang sentiasa berbaju putih tapi ganas dan peliwat. Lihatlah baju putih Pak QQ digambar di atas itu. Tapi Pak QQ dengan sifat kebinatangannya tak kenal mangsa. Lain species pun diliwatnya juga. Agaknya dunia dah hampir kiamat. Heran bin ajaib. Ikut hati, rasa nak buang Pak QQ dekat paya tempat bujang senang menggila di Wilayah Kenyalang.

Popo Oik pun bersedih pilu. Malam menjelma. Popo Oink duduk di beranda rumah usangnya. Berita H1N1 tidak lagi merisaukannya. Kicauan burung di Lembah Penantian yang sebok menonggeng dan meronggeng tidak lagi mengusik hatinya.

Bulan penuh di langit sedikit menghibur hatinya. Dulu masa mudanya dia takut keluar bila bulan penuh. Takut Sang Serigala mengoyak-ngoyak batang tubuhnya. Tapi kali ini dia yakin Sang Serigala tak gemar lagi makan speciesnya tatkala bulan penuh. Dia yakin sungguh. Malah kini dia benar-benar yakin Sang Serigala tak akan makan speciesnya lagi. Haram bagi Sang Serigala menyentuhnya apatah lagi mememamahnya. Rupa-rupanya Sang Serigala itulah Carnis Latran yang terkenal dulu. Popo Oik sudah yakin bahawa jurai keturunan dan generasinya selamat di bawah pancaran bulan purnama. Malam ini Popo Oik pasti akan tidur nyenyak.

Riuh rendah di hujung Bumi Kintan tempat bijeh timah terlekat di kaki gajah. Tergamam Popo Oink. Cucu cicit Popo Oik membalas dendam. Popo Oink tidak pernah mengajar cucu cicitnya membalas dendam. Malah dia tidak juga pernah mengajar cucunya mendaki Bukit Tanjung Kencana kerana itu Wilayah Raja Semabu Kuning. Popo Oink tidak juga mengajar cucunya naik atas meja sambil menunding jari telunjuk sambil terkeluar biji mata seinci atau makan curi-curi bila bulan puasa. Raja Semambu Kuning raja berdaulat pakar dengan Petua Berakyat dan Petua Beraja. Popo Oink mahu anak cucunya bertata susila di bumi Semambu Kuning. Tapi apa sudah jadi. Cucunya membalas dendam. Cucunya meliwat Dayang-Dayang Siti Wan Embik yang bakal dijadikan korban bulan Aidil Adha. Cerita yang didengarnya dari Tanah Seberang, bahawa cucu cicitnya mahu merampas Padang Permainan para bidadari dan Dayang-Dayang Siti Wan Embik yang dipinjamkan untuk cucu cicitnya bermain untuk sementara atas restu Raja Semambu Kuning. Tapi cucu cicitnya melampau. Mereka mahu merampas padang itu. Setakat pinjam tak cucup, tak puas bagi mereka. Mereka sudah seronok bermain di situ.

Hujan sabung menyabung. Petir bagai bom yang menggegar bumi Palestina dan Tanah Saddama. Lalu Popo Oik tersedar dari mimpi ngerinya. Lalu berkata di hatinya.. ”tidakkah cucu cicit ku sedar bahawa tanah ini adalah hasil perkongsian dari nafas dan hembusan bayu kemerdekaan dari petualang Sang Monyet Putih, Si Mata Sipit Dari Wilayah Matahari Terbit dan Bintang Tiga. Mengapa mesti ada dendam liwat meliwat lagi. Popo Oink mengeluh. ”Liwat itu memang kejam dan dendampun mestilah bertempat”.

Popo Oink amat kesal. Bertambah kesal dan luka hatinya mengenang peristiwa liwat yang pahit, pedih dalam lipatan hidupnya. Liwat dalam benaknya terlalu menyeksa hidup dan kehidupannya. Dia benar-benar menyalahkan peritiwa liwat itu. Liwat juga yang meragukannya akan masa depan jurai keturunannya dan cucu-cicitnya. Dia duduk di luar beranda usangnya. Kadang kesal, kadang mengharap. Apakah malam esuk akan ada Purnama yang penuh dengan pertimbangan yang lurus atau masih lagi kah akan sengek sebelah......

NOTA:
Tulisan ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau mana-mana individu atau mana-mana organisasi. Ianya hanyalah cerita rekaan semata-mata sebagai penglipur lara setelah penat berfikir dan menapis peristiwa dan kejadian di sekeliling dunia cyber. Maaf dipinta kiranya ada yang tersinggung. Tiada niat sama sekali untuk menyinggung. Namun sebagai cerita pelipur lara tokok dan tambah tetap ada sebagai penyedap bicara"-LIZA.

1 comment:

Anonymous said...

habis? artikel ini berkenaan dengan ape dan ape maksudnya?