Translate

Friday, June 19, 2009

Mesyuarat Ukhuah Isu Kerajaan Perpaduan.

Mursyidul Am PAS, TGNA akan memanggil mesyuarat khas yang hanya akan dihadiri pemimpin tertinggi PAS bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan yang semakin hangat diperkata umum dan media masa sejak akhir-akhir ini. TGNA sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Gambar: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat . Kesabarannya amat teruji.

"Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan. "Tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa," Demikian ditegaskan oleh TGNA semasa ditemubual oleh para pemberita selepas TGNA mempengerusikan Mesyuarat Dewan Harian Khas Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10, petang tadi. Lidah resmi PAS tiada menyebut samada Presiden PAS, TGHH dan Timbalannya Ustaz Nasa dan golongan ulamak yang mendokong mereka akan hadir atau dijemput bagi menghadiri mesyuarat tersebut. Allahuallam.

2 comments:

Anonymous said...

SEPATUTNYA PRESIDEN YG PATUT MENENTUKAN APA2 JUA MESYUARAT YG BAKAL BERSIDANG. KNP MESTI TGNA?. DIA HANYE "SPIRITUAL LEADER" JE. TP OLEH KERNA TAKSUB MAKA PERANAN HJ HADI SEMAKIN TAK DIPEDULI LG

Senjaliza said...

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tindakan tersebut akan lebih mengeruhkan lagi hubungan sesama ahli dalam PAS.

"Bagi saya tindakan Nik Aziz itu agak keterlaluan kerana beliau tidak boleh terikat dengan gaya politik dan pemikiran konservatif,"