Translate

Thursday, March 4, 2010

Angkat Sumpah atau Angkat Sampah?

 
Angkat sumpah untuk angkat sampah ini?
Langkah angkat sumpah oleh 12 pemimpin PKR adalah untuk menutupi kebocoran besar tangki kepimpinan PKR. Orang DAP yang melihat parti "alatnya" bocor  bukan alang kepalang, pasti gelabah lalu  kader-kadernya memukul gendang sambil berusaha menutupi aib dan kebocoran dengan mengatakan "angkat sumpah" sebagai tindakan moral untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat yang telah kehilangan tiga wakil rakyat hanya dalam tempoh tiga minggu yang lalu. Jika ramai lagi yang meninggalkan PKR seperti yang dikatakan mantan setiausaha Agungnya dan Pengerusi PKR Pulau pinang, apa lagi yang bakal di angkat pemimpin PKR? Angkat Sampah?

Asasnya, jika keyakian dan kepercayaan pemimpin-pemimpin utama PKR sendiri telah hancur musnah dan terhakis apatah lagi keyakinan rakyat. Angkat sumpah hanya skadar dilihat angkat sampah kerana ianya sekadar menyelamatkan kapal yang sebenarnya sedang karam. Angkat sumpah ini gimmik yang membuat rakyat semakin menyampah.

Persatuan beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Palang Merah dan yang sewaktu dengannya mengangkat sumpah supaya mereka mematuhi garis panduan persatuan dalam melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan. PKR pula selama ini sudah lari dari objektif dan ideologi partinya. Objekifnya kini SOLID MERAMPAS PUTERJAYA dan jalan mencapainya dengan strategi "by hook or by crook. Hatta, dengan pembohongan dan keganasan di jalanraya malah mempergadai maruah bangsa, agama dan tanahair dengan kuasa asing sudah tega dilakukan.

Tindakan angkat sumpah itu adalah tindakan desperado yang amat terdesak. Kehausan dan ketandusan idea dan langkah lebih jelas menyelubungi kepimpinan PKR. Panik?. Kerana itu mereka angkat sumpah walau kelihatan lebih seperti angkat sampah yang menjadi beban berat dan menjijikkan. Kenapa Sodomi II tak angkat sumpah untuk mengembalikan moral?

4 comments:

Anonymous said...

Angkut sampah lebih kurang serupa dengan angkat sampah...SL. kalau dengan angkat sampah..eeeh, silap..angkat sumpah boleh mengembalikan ahli-ahli mereka yang telah keluar parti, tentu meriah juga Jaksa Pendamai kita kutip yuran buat aggreement... kan,kan,kan!!
mana sudah janji 911 mereka dulu.. siapa yang kena Tsunami ni.. UMNO ke PKR?? Atukui dogo.....

yanmaneee said...

cheap jordans
kyrie 6 shoes
supreme clothing
off white clothing
adidas ultra boost
yeezy boost 350 v2
balenciaga shoes
yeezy
nike shox for men
hermes birkin

Unknown said...

read more cheap designer bags replica browse around this web-site dolabuy.co see it here dolabuy Balenciaga

teenooth said...

z5z06q6n71 g8j86x4y05 h0r53w8v15 n7q33c1p89 n6f90c6j32 h3a25z4v39