Translate

Tuesday, July 31, 2012

Perjuangan Nasioanal: Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran.


Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA-Kadazan Dusun Cultural Association; DSP Salleh Tun Said, Presiden USBO-United Sabah Bajau Organisation, dan DSP Haji Lajim Haji Okin, Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS)
Pairin, Salleh dan Lajim adalah ketua suku kaum bumiputera di Sabah. Pairin adalah Presiden Kadazan Dusun Cultural Association-KDCA; Salleh adalah Presiden United Sabah Bajau Organisation-USBO; Lajim adalah Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah-PBBS .

Ketiga-tiga pemimpin adalah ahli politik dan pernah menyertai sekurang-kurangnya tiga parti politik. Pairin (Berjaya, Bebas, dan PBS) Salleh (USNO, Berjaya, PBS dan UMNO), Lajim (Berjaya, PBS, UMNO dan PR).

Kekerapan pertukaran kerajaan di Sabah, dari USNO, BERJAYA, PBS dan BN, menyebabkan ramai pemimpin politik pernah menyertai beberapa parti politik di Sabah. Soal melompat parti atau "katak politik" sudah menjadi isu lumrah politik di Sabah. Jika melompat Parti itu satu jenayah, maka hampir semua ahli politik di Sabah adalah “penjenayah”.

Lajim yang melompat Parti dari UMNO Ke Pembangkang yang condong kepada Pakatan Rakyat memanglah sesuatu perkara yang dianggap PERKARA BIASA di Sabah. Jika Lajim dikatakan sebagai induvidu yang akan menguburkan BN di Puterajaya, itu adalah satu perkara lucu atau bahan ketawa rakyat Sabah. Pemergian Lajim “is no big deal”. Pemimpin datang dan pergi. Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.

Salleh dan Pairin sudah mengharungi ujian politik yang besar dan getir. Manakala Lajim hanya popular dengan “politik tumpang tuah” dalam kerajaan. Barangkali, inilah masanya Lajim diuji melalui pembangkang. Ini kali lah!

Salleh, bersama-sama pemimpin kanan USBO, TS Pandikar Amin Hj Mulia, Datu Datuk Amir Kahal Tun Mustapha pernah digugurkan sebagai calon BN dalam PRU12 dan tidak diberikan apa-apa peranan penting selepas itu. Dia hanya dilantik Pengerusi Perbadangan Kraftangan Malaysia. Dalam keadaan itu sekalipun, Salleh tidak bertindak menyunsung atau menungkah arus politik Nasional. Salleh tetap bersama kerajaan BN di samping dapat mengawal perasaan dan keadaan “panas” yang menguji suku kaum yang di ketuainya melalui USBO. Professionalisma, Kesetiaan kepada Parti BN dan Kesabaran Salleh dan pemimpin USBO berbaloi sehinggalah Pandikar dilantik Speaker Dewan Rakyat. Salleh pula dilantik sebagai Penasihat Sains dan Tekhnologi kepada Kerajaan Negeri yang bertaraf Menteri. Dia akhirnya dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pairin bersama-sama pemimpin PBS pernah meninggalkan BN. Khusairi Talib (Kini YB dan Ketua UMNO di UMNO Bahagian Negeri Perak) menyifatkan tindakan PBS meninggalkan BN suatu masa dulu sebagai “MEMBELA MARUAH”. Beberapa ujian politik telah dilalui Pairin sehingga hampir kecundang di MP Pensiangan di tangan Tan Sri Joseph Kurup (BN). Bagaimanapun, Pairin akhirnya menyertai BN semula . Pairin percaya bahawa hubungan Kerajaan Pusat-Kerajaan Negeri perlu dirapatkan melalui pendekatan 3C-consultation, communication and cooperation demi memerlihara keutuhan dan perhubungan nasional. Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran Pairin sudah teruji dan ternyata “lulus” sehingga kini beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya dan Komunikasi Negeri Sabah.

Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran seperti yang dimiliki Pairin dan Salleh TIADA pada Lajim. Dia melompat dari Berjaya ke PBS kerana Harris Salleh (Ketua Menteri semasa era BERJAYA) tidak memilih beliau sebagai calon DUN Klias dalam PRU. Lajim juga menyimpan luka dengan PBS yang tidak melantiknya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah kouta Islam setelah penyandang jawatan itu, Datuk Ahmad Baharom DSP Haji Abu Bakar Titingan, kalah dalam PRU. Luka itu dibalasnya dengan melompat ke UMNO bersama Datuk Roben Balang (ADUN Kemabong) dan Haji Zaini Isa (YB dilantik)sehingga membawa kerajaan PBS rebah.

Lajim pula, hanya dengan ura-ura bahawa dia tidak akan dicalonkan dalam PRU13, dia bertindak meninggalkan BN-UMNO. Nyata berbeza Professionalisma, Kesetiaan dan kesabarannya dengan Salleh. Salleh telah menggenggam setianya kepada perjuangan Partinya UMNO-BN walaupun telah tidak dicalonkan bersama pemimpin kanan USBOnya Pandikar Amin dan Datu Amir Kahar pada PRU12.

Apakah justifikasi  Pembangkang dan DSAI yang dapat diketengahkan sebagai menyokong bahawa Pemimpin seperti Lajim akan mengubur BN di Puterajaya? Bagi Rakyat Sabah, Lajim yang pergi hanyalah perkara yang normal dan biasa. Tiada perkara yang LUAR BIASA ATAU BIG DEAL dengan pemergian Lajim. Malah Rakyat Sabah tidak akan hairan jika dalam PRU13, Lajim dan kuncu-kuncunya akan menjadi hambatan kepada perjuangan Pakatan Rakyat jika tidak menjadi tentangan dan saingannya

RELATED.
-Sabah BN leaders' exit, polls delay likely.  

2 comments:

The World of Islam said...

Salam perjuangan blogger, Blog tuan telahpun saya pautkan.Pohon tuan pautakn blog saya ini : www.myhomesoil.blogspot.com tq!

Unknown said...

incha ALLAH BN akan menang dalam pilihan PRU13 akan datang ni
ahli2 USBO akan sentiasa jadi badan tulang BN Hidop BN3..