Translate

Sunday, May 17, 2009

Projek Mega 916 Yang Terabai DiUngkit Wira Kimanis.

" Awas kao "Janggi". Kao kasi malu ako di Negara sahabat ako"

Beberapa pemimpin politik sudah mengeluarkan pendirian mereka tentang Projek mega 916 yang bertukar jadi mimpi di siang hari. Malah ia menjadi “pembohongan besar nasional”.

Karpal Singh, Pengerusi DAP, sendiri “membantai” Dato Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu lompat melompat MP itu setelah 3 ADUN Pakatan Rakyat melompat BN. Katanya DSAI telah melakukan banyak “kebinasaan” dan perlu “meletak jawatan atau diganti”.

Datuk Abdul Rahman Dahlan, MP Kota Belud, mengatakan bahawa PKR pernah menawarkannya sejumlah wang yang tidak mungkin habis dibelanjakan sehingga tujuh keturunan. Ini menunjukkan jumlah itu memang bannnnnnyyyakkk.

Fuad Zakarshi pernah membongkar godaan Anwar agar dia melompat ke PKR, namun godaan itu dapat ditepis oleh MP Batu Pahat itu. Mentera barangkali tidak mengena.

Datuk Yong Teck Lee yang pernah bertemu dengan DSAI di Hong Kong barangkali tergoda dengan pujukan DSAI?. Saya pernah terlihat Barisan kabinet olok-olok PR, membariskan Datuk YTL sebagai “Menteri Senior” dalam line up itu. Apapun ketika SAPP masih dalam BN, dua MP SAPP, sudah mewar-warkan menyokong usul tidak percaya kepada PM, Pak Lah, kiranya usul itu dibuat.

Tian Chua dan Elizabeth Wong plus plus pernah “makan angin” di Taiwan menjejaki para MP BN yang mengadakan lawatan sambil belajar di Taiwan. Konon MP BN itu akan menanti mereka di sana. Terbongkar cerita, pemberita yang bertanya Tian Chua pula akan dihentak kepalanya di dinding kiranya mereka akan bertanya sekali lagi samada Elizabeth itu “bekas kekasih” Tian Chua.

Projek mega 916 itu sudah lama berkubur dan terabai namun. Projek Mega 916 yang terkubur dan terpadam dalam ingatan cuba diungkit semula oleh MP Kimanis Datuk Anifah Haji Aman. Dia kebetulan mengungkitnya di Negara yang pernah menghamparkan permaidani dan tabik hormat pasukan keselamatan negara itu, Amerika Syarikat, kepada DSAI semasa lawatannya suatu masa dulu. DSAI tidak mahu diaibkan di Negara “pendokong” perjuangannya menentang kerajaan Malaysia. Lalu dia mahu menyaman Wira Kimanis. Saya lihat Wira Kimanis tidak mudah terperanjat. Barangkali tunggul kayu mati akan terperanjat jika dikejutkan, BUKAN Wira Kimanis.
Berita Berkaitan:-
Anifah Tidak Akan Pohon Maaf.
.......beliau tidak ada masa untuk melayan ugutan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung dakwaannya itu......

3 comments:

Unknown said...

lamanya saya tidak dengar ayat janggi!!kalau di Kota Belud, panggilan janggi ini waktu sabung ayam tapi sekarang tidak ada lagi sabung ayam di tamu KB. memang anwar betul2 tercabar bila tembelangnya didedahkan di negara mentor nya. saya setujun dengan Senjaliza, anifah ni bukan sembarang janggi tapi janggi yang biasa sabung di KB. Anwar saman lah dia tidak akan gagar.

Anak X PKR said...

25 June DSAI Ke Washigton?. Saiful harap dia balik 1 Jul. Patutlah dia marah Anifah. Deal DSAI rosak!. I rasa DSAI tak berani saman sebab lebih banyak "pekung" akan terbuka @ terdedah.

Anonymous said...

Saman, jangan tak saman...!!!

itu sajalah yang pihak pembangkang boleh buat... nak buat pembangunan dikawasan-kawasan yang mereka wakili..tak boleh, jadikk... carilah alasan untuk alihkan perhatian pengundi-pengundi mereka yang termakan `pujukan dan janji tarang bulan' mereka waktu kempen dulu.. DAH 1 TAHUN LEBIH... APA YANG TELAH MEREKA LAKSANAKAN.. BIKIN SIBUK MAHKAMAH & PIHAK POLIS.ADALAHHH.... main kau bunga!!!

MP KIMANIS..... BAHHH,APA LAGI??? JANGAN KASI CAN BAHH INI URANG MALAYA.. KO PUN SKOL TINGGI BAH.. KALAU TU MP LABUAN KO BOLI KASI KULUP.. APA JUGA DENGAN SI ANWAR NI?? KO OKAY BAH KANNN....???