Translate

Friday, February 19, 2010

PKR Revamp?

 
THH dan tegur pengundi Batang Ai tak reti pakai yang elok, pakai cawat konon sebab tu tak reti undi. Ada tak TGHH tegur Syed Hussin Ali tak reti pakai kasut!?

DSAI sudahpun memohon maaf kepada penagists sebab  tersalah memilih calon-calon PKR dalam PRU12. Sekaligus dia menyatakan bahawa pada masa ini dan kedudukan terkini masih ramai lagi yang tersalah pilih dan PKR bakal kena revamp DSAI menjelang PRU 13. Itupun kalo panjang umur dan murah rezeki dan PKR masih wujud. Lihatlah senarai dan komen ini:-

FLASHBACK
Setelah empat tahun menjadi setiausaha penaja PKR dan enam tahun Setiusaha PKR akhirnya sedar siapa DSAI. Aku pernah di nasihat tapi bukan aku nak balas dengan beri nasihat jugak tapi kita sebenarnya di sebelah benar. Itulah hati budi DSAI. Selepas Datuk Jefry merajuk hilang pangkat tapi kembali ke PKR selepas di ""rasuah "" pangkat idaman masih tertinggal membuat keputusan selamat tinggal DSAI dan pakatan hendak kelentong rakyat ialah Christina Liew, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah kawasan Lunas, dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak. Mereka ini adalah pemimpin melayu yang telah rezeki dalam tangan sanggup berkorban demi bangsa sedar bahawa perjuangan DSAI adalah sia-sia. Malah jadi melayu bodo jika terus percaya "" roket akan kebulan "" dengan berkeptenkan DSAI. Hatibudi yang jelas "" petualang bangsa "" bila kita kenangkan pemimpin PKN yang berjuang dari dalam mahkamah hinggalah ke jalan raya, ke lokap hingga kedesa-desa menuntut keadilan untuk nya. Hati budi yang jelas ""Petualang bangsa "" jika ingatkan barisan asal pemimpin Parti keadilan Nasional yang masih hidup seperti Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit DSAI,Dr. Chandra Muzaffar, Sheikh Azmi , Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) seperti Zainur Zakaria dan Datuk S. Nallakarupan, bekas Naib Presiden, Marina Yusuff dan Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir, bekas Bendahari Agung PKR Abdul Rahman Osman, Pejuang beranimati Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam yang kini salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip dan bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha dan ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajan Negeri Kedah, V. Arumugam bersama ADUN Penanti yang merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin untuk mengosongkan kerusinya meletakkan jawatan selepas tertekan dengan isu moral. Perta meninggalkan parti ini akan lebih meriah jika ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berbuat demikian kerana tekanan akibat penyebaran gambar bogelnya bersama lelaki MELAYU di internet. Pesta letak jawatan terbantut bila YB Elizabeth di nasihat oleh PAS kembali menjadi Exco Selangor.

Setiausa PKR letak jawatan ! Cerita kecil ke ? Tidak sama ke jika S/U DAP letak jawatan ? oooooo beliau belot, tidak buat kerja macam ADUN Pelabuhan Kelang. Sedarlah Melayu PKR kenapa aku kata anda bodo bersama DSAI !di sini
 
Awas kau Jeffrey. Kalakau akan dinaikkan ke pestas oleh DSAI 28 Februari ini. Revamp lagi?. Jeffrey, Kalahlah kau.

TERKINI, Datuk Kalakau Untol akan menyertai PKR. Dia bakal dinobatkan sebagai ahli PKR menjelang lawatan Presiden PKR ke Sabah 21 Februari ini. Kalakau bakal dinaikkan ke pentas oleh DSAI pada 28 Februari nanti di Sabah. Satu pesta amaran kepada Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan kuncu-kuncunya supaya menjaga ulahnya (perangainya). Pemimpin BN Sabah seakan membisu dengan pemergian Kalakau. Mereka berasa lega agaknya! or they simply couldn't be bordered with his departure.

Setiausaha Agung PKR Sallehuden Hashim telahpun melepaskan jawatannya dan digantikan dengan Saifuddin Nasution, Abdul Rahman Osman telahpun menjadi bekas Bendahari Agung PKR. Entah siapa lagi yang bakal menyusul untuk menjadi bekas atau mantan dalam kepimpinan PKR?

Ramai yang melihat bahawa revamp yang dilakukan ini hanyalah sebagai helah dan alasan PKR menutupi kemelut yang melanda PKR. Exodus bagai tsunami yang melanda PKR ini sudah menular dalam Pakatan Pembangkang ini. Ianya jelas dan sukar dinafikan, sukar ditutup..

No comments: