Translate

Thursday, February 18, 2010

PKR Sabah: Kepemimpinan DSAI di ambang senja?

 
DSAI tidak meyakini Pakar Malaysia apabila dia "membawa" pakar DNA, Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia, dan pakar forensik - Dr C Damodaran, dari Chennai, India, Dr David Wells dari Melbourne, Australia.. Apakah alasan anda jika DSAI  tidak mempercayai pemimpin PKR Sabah untuk menasihati DSAI dalam merangka strategi Politiknya?

21 Februari ini, Presiden KeADILan, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, akan mengadakan program Bertemu Anda di Star City Convensyen Centre, Kota Kinabalu. DSAI tidak akan turut serta. Barangkali dia terlalu sebok. Bagimanapun, DSAI dikatakan akan menyusul lawatan Presden PKR ini pada 28 Februari. Pastinya ada sesuatu yang yang besar berlaku di Sabah, Negeri fix-deposit BN. Khabarnya pancing DSAI sudah mengena dan "ikan besar akan dinaikkan ke perahu PKR jika talinya tidak putus atau jika "ilmu 916" dan "we have the number" tidak diperguna sebagai strategi". Atau barangkali, Presiden PKR sekadar mahu melihat jambatan yang dibakar Datuk Dr. Jeffrey Kitingan samada ianya sudah dibina semula dan selamat dilalui sebelum kedatangan de Fakto leader Pakatan Pembangkang? Atau barang kali sekadar menghitung kerugian kebakaran itu?

Wasiat presiden kepada DSAI semasa lawatan terakhir DSAI ke Sabah bagi merasmikan konvensyen Pakatan Rakyat Sabah ialah memaklumkan PKR Sabah bahawa DSAI adalah Pengerusi Perhubungan PKR bagi Sabah dan Sarawak. Namun setelah Dr. Jeffrey menerima jawata sebagai Pengerusi Majlis Permesyuarat PKR bagi Sabah dan Sarawak, wasiat itu seakan disepikan. Thamrin dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan tetap juga lebih condong melayan Kong Hong Ming sebagai Timbalannya walaupun Christina Oi Liew Jin dikembalikan sebagai Timbalan Pengerusi Pehubungan PKR Sabah oleh DSAI. Oleh itu, agak sukar mengatakan bahawa krisis kepimpinan PKR Sabah telah berakhir walaupun api yang membakar jambatan sudah tidak lagi menyala.

Di Sabah, kritikan terhada DSAI masih panas. Ronnie Klassen, Ketua Penerangan dan multimedia PKR Sabah telahpun tersingkir atau meletakkan jawatan. Ronnie memang secara terbuka mengkritik DSAI yang tidak tegas dalam membuat keputusan terhadap penstrukturan semula organisasi PKR Sabah.
".....But short of a bold and clear-cut decision from the national leadership in KL, the infighting will continue in Sabah, a state in which PKR can ill afford to allow instability to foment and fester. Indeed, its 25 parliamentary seats will be vital in deciding who wins the federal government at the next general election – the Pakatan Rakyat or the Umno-Barisan Nasional. “For PKR to win Sabah, the reform agenda must be renewed, rejuvenated and rebuilt. And this can only happen if there is the will to revamp thoroughly and quickly,” said state Director Of Communications Ronnie Klassen. [more]
Bibit penentangan dalaman terhadap kepiminan DSAI di Sabah sebenarnya dimulakan oleh Dr. Jeffrey dan Christina Liew. Sejak penentang itu, Jeffrey dan Christina sudah diramal akan meningalkan PKR. Malah Jeffrey sendiri dikaitkan dengan penubuhan Parti Cinta Sabah., PCS Bagaimanapun DSAI berjaya memujuk Jeffrey dengan "pangkat", Pengerusi Majlis Permesyuaratan PKR Bagi Sabah dan Sarawak-PMPPSS. Terujalah Jeffrey dengan tittle barunya. Untuk menyesal dan berundur sekali lagi, kredibilitinya akan merudum.

Sebagai Pengerusi PMPPSS, Jeffrey memulakan strategi dan agendanya. Pada peringkat permulaan, dia bertindak menawarkan posisi kepada Thamrin Haji Jaini, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, untuk duduk dalam jawatankuasa yang dipengerusikannya. Namun tawaran itu dirasakan tidak menarik bagi Thamrin. Apakah tanda-tanda PKR Sabah akan bersatu dalam keadaan begini?

Sebilangan pemimpin dalam PKR Sabah masih terus meletakkan kebertanggungjawaban kepada DSAI yang menolak perletakan jawatan Jeffrey sebagai  naib Presiden PKR. Bagi mereka Jeffrey adalah duri dalam daging PKR Sabah. Mereka berpendapat, DSAI sepatutnya sudah membiarkan Jeffrey meninggalkan PKR atas alasan Jeffrey sudah membelakangkan parti dengan membakar Jambatan, menaja penubuhan sebuah parti dan menyatakan "sudah tidak lagi ingin diperalat oleh pimpinan Kuala Lumpur yang bertujuan semata-mata kerana politik mereka".

Kritikan pemimpin PKR Sabah terhadap DSAI ini tidak pernah berlaku sebelum ini. DSAI dilihat hanya lebih berminat mengumpul penyokong disekelilingnya tetapi gagal melihat solidariti sokongan rakyat secara keseluruhan berasaskan teras ideologi parti. Bagi mereka, keberadaa Jeffrey dalam PKR hanya akan mengekalkan imej PRK sebagai parti yang dikemudi dua nakhoda dalam masa yang sama. Dengan demikian PKR akan dilihat sebagai tidak tentu hala dan arah tujuannya atau matlamat perjuangan sebenarnya tidak jelas.

Protes dalam diam ini pada keseluruhannya ditujukan kepada DSAI. Protes ini kian membesar. Kebebasan bergerak PKR Sabah tersekat-sekat dengan kehadiran dua nahkoda. Apakah keadaan ini akan dibiarkan berterusan oleh DSAI, atau kepimpinannya terus dikecam "bagai api menyala dalam sekam" atau "bagai time bom yang bakal meledak"?

Telah ramai yang memberi andaian; jika corak dan struktur kepimpinan PKR seperti sekarang berterusan, PKR dikhuatiri akan mengulangi nasibnya seperti PRU 12 di Sabah dan DSAI akan menjadi sasaran kririkan. Lebih malang lagi, dia akan dianggap sebagai pemimpin yang berada di ambang senja dalam arena politik Sabah dan tanahair.

RELATED:
LAGI Pemimpin di ambang senja dan ditolak rakyat Tuaran menyertai PKR...

2 comments:

Anonymous said...

mohon link ke
http://wicararumi.blogspot.com

Unknown said...

other aaa replica bags news replica louis vuitton bags click to read more Dolabuy Gucci