Translate

Friday, July 22, 2011

PRU13: ORANG ASING MENYELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA??!!

William Bourdon yang datang ke Malaysia untuk menyelamatkan rakyat Malaysia..WTF..
Imej ini nak membersihkan daftar undi Malaysia..jahanam!


 Soros yang menerajui aktiviti menyangak matawang negara memang Musuh Negara tetapi menjadi sahabat Pembangkang.

Penggunaan khidmat kuasa asing telah lama dilakukan oleh pihak pembangkang secara senyap. Namun menyembunyikan agenda buruk mereka bukanlah mudah disapu di bawah permaidani. Perkara buruk ini semakin hari semakin terdedah di hadapan mata rakyat Malaysia.

Sejak perbicaraan Sodomi II, pakar-pakar asing dipergunakan  membantu pihak pembelaan /tertuduh. Dalam Kes Teoh Beng Hock sendiri, pakar forensik asing yang dijatuhi hukuman di negerinya kerana membocorkan perkara sulit resmi masih tetap disanjung pihak pembangkang di negara ini. Buktinya hingga kini  keputusan Suruhanjaya DiRaja Bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock tidak diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak pembangkang. Lalu, apa yang mereka mahu..video sex yang nyata ditolak!!!?

Jelas dan nyata golongan pembangkang ini dengan melampau mengagungkan kuasa asing.

Bersih 2 amat mengagungkan dan mengharapkan simpati dan bantuan kuasa asing kerana dengan amat jelas rakyat Negara Malaysia ini menolak Bersih 2.

Percayakah anda wahai Rakyat Malaysia bahawa William Bourdon datang ke Malaysia untuk menyelamatkan rakyat Malaysia?.

Tidaklah keterlaluan mengatakan bahawa pembangkang kini sanggup negara ini dijajah semula asalkan mereka mendapat kuasa. Tetapi benarkah rakyat Negara ini membenarkan negara ini dijajah semula lantaran memenuhi nafsu mendapatkan kuasa oleh segelintir individu?

Bersih 2 gagal menjatuhkan kerajaan melalui percubaan secara revolusi kerana rakyat Malaysia dan pihak keselamatan menangani demo haram ini dengan cekap. Isunya simple, bolehkan pertubuhan haram menghukum law enforcement officer/body yang sah?. Ke mana sampainya memorendum bersih?

Jika George Soros yang menjadi petualang Asia kerna menjadi penyangak matawang di Asia termasuk Korea Indonesia, Thailand dan Malaysia, disanjung dan diagung-agungkan pembangkang..dapatkah Rakyat Negara ini menerima hakikat itu?

Jika jawaban kepada semua persoalah di atas ialah TIDAK..bukankah PRU 13 nanti pembangkang sendiri sudah meyakini secara senyap bahawa mereka akan sukar mencapai, pencapaian yang mereka perolehi/menangi dalam PRU 12 yang lalu. Inilah antara sebab mereka resorted ke demonstrasi menjatuhkan kerajaan yang kononnya atas nama revolusi..Revolusi apa? Gerakan revolusi sudah sekian lama berakhir setelah negara kita ini berada dalam sistem demokrasi..Sebaiknya lupakan saja aspirasi pembangkang dan ajar mereka agar mengetahui "tinggi rendahnya langit". Hukum mereka PRU13 nanti....Masa itu mereka akan berhenti dan tergamam dan TIDAK lagi menyalahgunakan NAMA RAKYAT.

Lihatlah SUARAM..suara rakyat Malaysia...lebih tepat kalau jadi Suara Anti Rakyat Malaysia.

No comments: