Translate

Tuesday, August 2, 2011

AUTONOMI UNTUK SABAH! Kalo dah pembohong tetap pembohong!.


Apa lagi yang PKR mampu berikan untuk Sabah..takde...selain mampu menanamkan dan membangkitkan sentiment perkauman lebih 32 ethnik di Sabah. PKR sudah semakin jelas dan terang menjadi liabliti kepada Pakatan Pembangkang selagi Anwar, yang disifatkan seperti "kayu buruk", masih dibiarkan menguasai seluruh al ehwal PKR.

Tak Perlu pergi jauh..Tanya saja Dr. Jeffry Kitingan dan pengikutnya samada Anwar adalah seorang pemimpin yang mampu memakmurkan Sabah !!.

Renew pemberian Autonomi untuk Sabah oleh PKR!!!???.. Satu lagi pembohongan politik abad ini yang dasyat dilakukan si kayu buruk yang memang apabila saja membuka mulutnya "pembohongan mula terpancar"..Dia kini terdesak @ desperado kerana PAS semakin menyisihnya dan DAP sudah merasa bahang liabiliti yang berat dan panas mengancam Pakatan Pembangkang kerana perangai dan tabii individu si kayu buruk ini.

Autonomi untuk Sabah hanya sekadar umpan yang memburukkan hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, memburukkan hubungan sesama ethnik di Sabah dan memburukkan hubungan pelbagai kaum. Umpan ini digunakan sikayu buruk kerana saban pilihanraya umum, Sabah menjadi fix deposit kepada Kerajaan Malaysia untuk membentuk kerajaan dan menghalang si kayu buruk menjadi PM.

Barangkali modal politik sudah "TAKDE" dan kesuntukkan masa kerana pokok tempatnya berteduh sudah dimakan anai-anai...sedang pekungnya kian terbuka...

No comments: