Translate

Sunday, May 31, 2009

UMNO TERUK DARI CHENG PENG-ANWAR

".............Sikap, tindakan Umno lebih buruk daripada Cheng Peng
.
Gambar Hiasan: Ular dua kelapa ini sukar ditemui specisnya masa kini. Apakah ia masih terdapat di Malaysia?
.
"......PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, kelakuan Umno merampas Perak lebih teruk daripada isu Cheng Peng yang sengaja dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghidupkan kembali kemarahan rakyat................ "
.
MORE......
HARAKAH DAILY
.
DSAI MASIH lagi menjadi tempat DAP mengadu kekalahannya di Perak agaknya?. Bagaimana dengan keputusan mahkamah?. Saya melihat kekalahan kerajaan Pakatan Rakyat adalah kekalahan DAP BUKAN kekalahan PAS walaupun mantan MBnya adalah berpartikan PAS. Nijar sendiri mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip PAS dengan mengatakan bahawa PAS tidak berhajat untuk menegakkan sistem berkerajaan yang berpaksikan "sistem Islam" atau kerajaan Islam.
.
Semasa krisis dan kekecohan DUN Perak pada 7 Mei, 2009, ADUN-ADUN PAS tidak menunjukkan perbuatan melampau seperti DAP. Agaknya mereka lebih mengetahui dan arif bagaimana Nijar ditekan dan didesak mengikut telunjuk kepimpinan DAP. Mogok Laparpun DAP juga yang memainkan peranan utama dan Nijar sahaja yang terlalu ghairah menganjurkannya; sedangkan ADUN PAS yang lain menjauhkan diri. Baik lagilah Nijar masuk DAP supaya PAS tidak dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan "budaya politik kuning itu"
.
Sebenarnya, siapakah yang cuba melakukan kerja rampas-merampas ini?

3 comments:

Anak X-PKR said...

Salam Liza. Kenapa tarok ular kat situ? Tak gigit ke?. Don't worrylah. Pacik NO War tu dah nak hampir lali. Bagilah dia can melatah dulu.

NONG said...

Salam Ziarah..
CINTAILAH MALAYSIA..

PEACE from UMNO Kota Marudu..:)

Generasi Pejuang Bangsa said...

salam liza..

lama tak masuk blog liza..biasa la anwar itu ,semuanya teruk . dulu dia pun makan gaji buta ja dalam UMNO .

UMNO sahaja teruk ,PR semua baik malah UMNO juga dituduh talibarut British oleh penyokong pembangkang dan komunis pulak pejuang kemerdekaan spt shamsiah fakeh ,abdullah cd dan rashid maidin

cakap anwar sekarang org dah meluat ..tak habis2 kutuk UMNO dan sokong komunis .najib p China atas urusan rasmi negara dan hubungan diplomatik .kita bukan ikut cara negara komunis itu . di china pun pun skrg tiada lagi pengaruh komunis ,malah ekonomi mereka mengamalkan sistem kapitalis juga .