Pada 2 June ini Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan resmi ke Cina. Datuk Anifah Haji Aman pasti akan mengiringinya sebagai Menteri Luar. Misi Najib kini ialah misi perdagangan antarabangsa dan hubungan dua hala dalam pembangunan teknologi. Samada Anifah akan bercakap mengenai tawaran "jawatan Perdana Menteri " oleh Anwar kepadanya di Cina masih sukar dilihat melalui "crystal ball" lawatan Najib ke Cina.
Selang sehari selepas Najib bertolak ke Cina, Anwar juga akan berangkat ke Paris untuk memberikan ucapan dalam satu perhimpunan dan debat mengenai “Islam and the West” yang dikendalikan oleh Micheal Camdessus, Governor Kehormat of the Bank of France dan mantan pengarah Urusan IMF. Kalau sebut saja IMF di bumi Malaysia ini, wajah Anwar pasti terbayang di pandangan kita atau sekurang-kurangnya singgah sebentar dalam ingatan kita mengenai keakraban Anwar dengan bekas CEO Bank Dunia, Paul Dundes Wolfowitz yang berpengaruh besar dalam IMF dan pegawai-pegawai eksekutifnya. Punca kemelesetan ekonomi 1977-78 sering dikaitkan dengan spekulasi dan konspirasi di mana Anwar secara peribadi telah melibatkan diri walaupun berkali-kali Anwar menafikannya. Sejauh mana benarnya masih tetap dijadikan isu politk sehingga kini.
Lawatan Najib ke Cina, awal-awal lagi dikaitkan dengan langkah menjejaki nostalgia lawatan Allahyarham ayahndanya Tun Abdul Razak ke Cina sewaktu politik Malaysia sedang berkocak oleh wujudnya politik polarisasi yang berasaskan kaum yang mengancam perpaduan rakyat Malaysia. Lawatan Allayarham itu nyata telah berjaya memadamkan tanggapan bahawa Kerajaan Malaysia menindas atau meminggirkan masyarakat Malaysia yang berketurunan Cina yang pada masa itu, sebahagiannya masih dipengaruhi oleh fahaman komunis dari tanah besar Cina. Lawatan Najib ini pula terlalu samar jika dikaitankan dengan keadaan politik kini kerana PRU13 masih jauh dari ambang pintu. Walaupun demikian, langkah-langkah pemulihan sedang rancak dilakukan .
Pada masa ini, politik Malaysia berkocak lagi. Politik polarisasi kaum mula menampakkan keadaan yang mengancam perpaduan kaum. Kali ini, keberkocakan politik Malaysia disertai oleh dua kaum minoriti yakni kaum India dan Cina. Ianya juga disertai oleh sebilangan orang Melayu sendiri yang menentang kerajaan dan cara berkerajaan. Soalnya Apakah Najib akan ke India selepas Cina?
Cina, sebagai salah satu kuasa pengguna yang terbesar di dunia, sudah pasti wajar menjadi tumpuan negara-negara di dunia sebagai distinasi pasaran komoditi keluaran mereka. Pastinya Najib telah menyimpan niat untuk mendapat peluang pasaran di sana. Kepesatan kemajuan teknologi di Cina juga memerlukan pasaran luar yang baik. Hubungan Malaysia dengan dunia luar yang baik, terutama peranannya dalam ASEAN, NAM dan OIC, tentunya akan menjadikan Malaysia sebagai penghubung dan perantara yang baik bagi pasaran teknologi yang dihasilan di Cina. Apatah lagi kiranya pelabur-pelabur Cina sendiri dapat diyakinkan untuk melebarkan sayap perniagaan dengan membuka kilang mereka di Malaysia.
Keadaan politik di Filipina dan Thailand, apatah lagi di Myanmar, membuka peluang yang lebih luas bagi Malaysia menarik pelaburan dari Cina. Maka kerana itu Malaysia tidak mampu untuk "memperkocakkan" keadaan politiknya sehingga kehilangan "advantage" untuk menjadi rakanniaga Cina di Asia Tenggara. Atas dasar inilah masyarakat Malaysia berketurunan Cina yang berorientasikan perniagaan harus dan perlu meredakan konfrantasi mereka dengan kerajaan. Jika dilihat keadaan masa kini, masyarakat Malaysia berketurun Cina tidakpun terpinggir dalam arus pembangunan ekonomi. 8 dari 10 rakyat Malaysia yang terkaya adalah berketurunan Cina. Maka tidak ada alasan yang kukuh dan signifikan bagi mengecam kerajaan sebagai meminggirkan atau membelakangkan mereka dalam arus pembangunan ekonomi.
Rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan, agama dan kepercayaan tidak harus meletakkan kepentingan negara ke tahap yang rendah dari kepentingan politik dan suku. konfrantasi yang melampau hanya akan mengheret kita ke lembah perpecahan yang akan merugikan semua pihak. Tidak akan ada di antara kita yang akan beruntung jika kita berbalah antara satu dengan yang lain melainkan mereka yang menjual senjata dan kelengkapan perang untuk kita bersengketa. Tidak juga mudah untuk menghentikan persengketaan kiranya ia telah bermula atau meletus kerana ia dirasuk oleh syaitan yang sememangnya menghendaki manusia untuk berbalah sesama mereka.
Pejamkan mata, bayangkan bahawa Malaysia itu sebagai Iraq, Pakistan, India, Afghanistan, Sri Lanka semasa kewujudan LTTE dan seumpanya. Apakah kita telah bersedia melihat saudara-saudara kita tewas dihujung senjata? Apakah kita bersedia meleburkan kekayaan yang kita perolehi dan "accomulate" sekian lama dalam negara ini semata-mata kerana kerakusan politik golongan tertentu?
Sesungguhnya, lawatan Najib ke Cina adalah satu kesinambungan hubungan yang telah sekian lama terjalin. Najib, seperti juga pemimpin negara dunia yang lain; mereka ke Cina kerana beberapa missi pembagunan untuk negara mereka. Najib, sebagai PM Malaysia juga demikian. Sekadar melihat missi Najib untuk mempastikan samada "mission accomplished" melalui "Crystal Ball" sudah semestinya tidak wajar. Tentunya kita hanya dianggap menyimpan niat sebaliknya yang ingin melihat missi itu gagal dan tidak membawa sebarang makna. Dalam evolusi tammadun manusia dan cerita "movie" kita telahpun dipertontonkan bahawa mereka yang menggunakan "crystal ball" hanyalah mereka yang inginkan missi kemanusiaan itu gagal.
3 comments:
Analisis yang mengena. Penggunaan bebola kristal hanya diperlukan untuk melihat masa depan diluar jangkauan fikiran, dan sudah tentunya tidak berkait agama khasnya agama islam. Melalui bebola kristal ini akan menjelama dimana titik noktah perjalanan dan destinasi kita. Saya ada menulis mengenai cerita yang perlu dibaca oleh DS Najib sekambalinya dari RR China, semoga melalui bebola kristal ini menjelma jawapannya.Adalah diharapkan, lawatan ke RR China ini, bukan hanya lawatan biasa, tetapi lawatan yang menemukan obat mujarab bagi penyembuhan penyakit sosial, ekonomi dan politik tanah air.
More about the authormy explanation this contentbrowse this site Check This Outindex
Click This Link Dolabuy Gucci my latest blog post Dolabuy Balenciaga index replica bags buy online
Post a Comment