NASIONAL
Nasharudin dijangka kekal jawatan
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dijangka mengekalkan jawatan dengan mengetepikan dua pencabarnya pada Muktamar Tahunan parti, Jumaat ini dengan majoriti tipis. Ahli Parlimen Bachok itu diramal mendapat sokongan padu daripada perwakilan yang mewakili kelompok ulama, manakala undi golongan profesional akan berpecah kepada dua pencabarnya yang juga Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamad Mustafa Ishak, berkata persaingan merebut jawatan nombor dua itu dijangka sengit berikutan perwakilan dalam dilema sama ada perlu mempertahankan kepemimpinan ulama atau bersedia menyuntik semangat parti dengan tenaga profesional.
........Selanjutnya:........
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090601235546/Article/index_html
2 comments:
Jika Nasharudin Mat Isa kekal dalam jawatan yang disandangnya sekarang, ini bermakna perwakilan PAS masih menghendaki parti itu di terajui oleh ulama. Jika ini yang akan disepakati, maka kelangsungsungan perjuangan PAS itu akan terus terselah, kerana asas perjuangan sejak ditubuhkan adalah menonjolkan bahawa ulama itu memang pantas menjadi ketua.
Adalah merugikan bagi ahli-ahli PAS mengubah tradisi ini, kerana semata-mata berpaksi kepada cakap-cakap bahawa parti itu perlu mengubah arus perjuangannya dalam usaha mendiami Putrajaya.
Janganlah kerana mendengar guruh di langit, maka air di tempayan di curahkan.
Pas sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam dan bercadang memerintah negara ini, perlulah bersabar, dan terus memperjuangkan apa yang di perjuangkan selama ini.
Seandainya Yang Maha Esa mengizinkan bahawa parti itu memerintah negara, maka tiada siapa yang boleh menghalang. Demikian juga apabiala Yang Maha Esa tidak membenarkannya, maka perubahan apapun yang dilakukan, keinginan untuk mendiami Putrajaya tidak akan tercapai.
Selamat bersidang kepada mereka, semoga semua perwakilan bermuhasabah diri sebelum memperkenalkan perubahan.
mrakunman,
anda punya pemahaman yang dangkal mengenai kepimpinan ulama.
anda kata ulama kena jadi ketua. kalau kecetekan itu yang jadi pegangan, maka habis AJK negeri, YDP, ketua cawangan semua mesti ulama, walaupun tidak boleh memandu organisasi dan lemah dari segi siasah. Nanti merebak hingga AJK cawangan pun mesti ulama,
apa kata, ahli PAS pun mesti ulama? Haru tak ?
Sebenarnya, kepimpinan ulama ialah kuasa tertinggi Majlis Syura, yang memandu organisasi dan punya kuasa veto. Ditambah pula dengan Dewan Ulama. Ini semua kena ambil kira. Bukannya semua jawatan kena ulama' pegang. Itu gila kuasa namanya.
Apakah Mahmoud Ahmadinejad itu ulama ? Sebilangan besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pula buklanlah ulama.
Sudah-sudahlah mengelirukan ahli parti. Atau anda memangnya bukan aktivis PAS ?
Post a Comment