Translate

Wednesday, June 3, 2009

Lawatan Najib Ke Cina. Anwar Melihatnya Dalam Bebola Kaca

DSAI masih sempat mempaparkan dalam blognya mengenai lawatan Najib ke Cina walaupun dia sendiri berangkat ke Paris. Anwar bagai mengikuti setiap pergerakan Najib di Cina melalui "Crystal Ball". Apa Kisah sedihnyanya..?

Dato Seri Anwar Ibrahim meskipun sebok mengatur lawatannya ke Paris hari ini, dia masih tetap memberi perhatian terhadap lawatan Dato Seri Najib ke Cina. Najib, bagaimanapun tidak langsung menyatakan apa-apa komen mengenai lawatan DSAI ke Paris.

Anwar dalam blognya mempaparkan lapuran orang ketiga yang berjudul Jejak Razak Yang Tidak Terpenuhi , satu sindirin sinis bahawa misi Najib ke Cina gagal mengikuti jejak allahyarham ayahndanya. Tidaklah perlu diulas kenapa Anwar masih terus melihat lawatan Najib melalui bebola crystal. Saya telah katakan bahawa .."Dalam evolusi tammadun manusia dan cerita "movie" kita telahpun dipertontonkan bahawa mereka yang menggunakan "crystal ball" hanyalah mereka yang inginkan missi kemanusiaan itu gagal...."

Ikuti sedikit sedutan dari lapuran perkembangan lawatan Najib ke Cina yang dilapurkan pemberita kita dari Malaysia:-

Hubungan 2 negara dipertingkat
Daripada Manja Ismail di Beijing

Lawatan Najib perkukuh kerjasama Malaysia, China tangani krisis ekonomi DATUK Seri Najib Razak tiba di sini petang semalam untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke Republik Rakyat China, kunjungan rasmi pertamanya ke negara luar Asean sejak menjadi Perdana Menteri 3 April lalu. Ketibaan rombongan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang merangkumi 35 delegasi rasmi termasuk enam anggota Kabinet dan 170 ahli perniagaan, dijangka membawa hubungan Malaysia-China - yang dimulakan dengan jabatan tangan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan mendiang Zhou Enlai - 35 tahun lalu, ke satu tahap lagi.

Malah, Najib sendiri, dalam rencana beliau yang disiarkan oleh akhbar Global Times di sini semalam, melahirkan keyakinan lawatannya kali ini dan beberapa kunjungan sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri sebelum ini, memberi kesan besar kepada hubungan dua hala kedua-dua negara. “Hari ini, kedua-dua negara boleh bekerjasama dalam menangani kelembapan ekonomi dunia. Banyak perkara boleh dilakukan untuk memastikan permintaan domestik di kedua-dua negara kekal tinggi. “Peningkatan permintaan domestik China akan merangsang sektor eksport negara lain di rantau ini dan mempercepatkan pemulihan ekonomi mereka,” kata Perdana Menteri.

Perdagangan Malaysia-China tahun lalu bernilai AS$39.06 bilion, meningkat 10.3 peratus dari 2007. Ketika Tun Razak melakukan lawatannya ke China pada 1974, nilai perdagangan kedua-dua negara kurang AS$100 juta. China kini rakan dagang Malaysia keempat terbesar dan juga keempat dari segi pasaran eksport. Tahun lalu, Malaysia pelabur asing ke-19 terbesar di China.

3 comments:

Datu Sulaiman said...

Lawatan Datuk Najib ke China hanya untuk membina publisiti untuk diri beliau, menumpang legasi lama yang ditinggalkan TUN RAZAK. adakah Najib ada ciri-ciri macam Tun Razak, mangkali jauh panggang dari api..Sudahlah, jangan fikir banyak..dulu Tun Razak mengunjungi Chian adalah kerana perang psikologi untuk menentang PKM tetapi Najib pula mungkin tujuannya untuk menarik semula sokongan pengundi daripada masyarakat Cina rakyat Malaysia kepada BN..

pakngah santan said...

who cares kalau najib nak cari publisiti untuk dirinya. yang saya tau dah ada 3 perjanjian ekonomi dicapai.

awat datu sulaiman, hang takut cina akan balik ke bn ke? i don't think so. kita nak melayu balik ke bn. baru cina dan india yang kebanyakannya opportunistic punya jenis akan sedar diri.

at least najib tak gadai ugama macam ada satu parti tu yang sanggup membenarkan penzina berceramah di pentasnya. sampai haprak macam tu. sebab tu cina dan india dok sokong, pasal tunduk tahap gaban kepada mereka.

Senjaliza said...

Katakan yang benar itu BENAR. hubungan dua hala baik dan itu BENAR. Bayangkan kalau Cina masih mengamalkan Dasar Tutup Pintu. Jangan pula ada "Dasar Tutup Hati".