Translate

Sunday, February 7, 2010

Sodomi II- Era Sukar pakatan Rakyat-Apakah Wayar Akan Putus?

Tersingkapkah imej dan keperibadian sebenar DSAI melalui Sodomi II?

Akibat dari musibah SODOMI II, wayar penyambung DAP-PAS semakin tegang berhadapan dengan bahaya putus. DSAI sudah tidak lagi berupaya memberikan penumpuan terhadap masalah dalaman Pakatan Rakyat sebaliknya terpaksa mengemblingkan sepenuh kudrat dan kepakarannya terhadap menyelamatkan masa depan kerjaya politiknya.

PAS pula sudah semakin kelihatan friendly dengan Barisan Nasional khasnya UMNO setelah memerhatikan gelagat rakan dalam Pakatan Rakyat yang semakin bercelaru dan membelakangkan semangat perjuangan Pakatan yang selama ini dilaung-laungkan.

Kejayaan besar DSAI menyambungkan wayar DAP-PAS, dua parti yang bertentangan ideologi pada mulanya dilihat sebagai "skil" dan kredibiliti yang tidak mudah ditandingi dalam krima kempimpinan politik tanahair. DSAI pada kejayaan itu dilihat sebagai individu pembawa neo-pemodenanan integrasi nasional walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar setelah meninggalkan asas perjuangan agama, bangsa dan tanahair, perjuangan yang pernah membawanya ke persada poliitk negara bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Imej DSAI dalam dan luar negara telah cedera parah ekoran strateginya menangguh-nangguhkan kes Sodomi II. Setelah strategi itu gagal mencapai sasarannya, keperibadiannya semakin rapuh mata rakyat negara ini dan dunia amnya.

Lapuran media asing mengenai kredibiliti Negara ini dalam menangani Sodomi II sudah diketahui Rakyat negara ini yang sememangnya melebel media asing sebagai "berbulu asing" yang tidak akan menyebelahi sistem perundangan negara ini. Soalnya, apakah media asing lebih tahu dan faham hal ehwal negara ini berbanding media tempatan dan pemerhati tempatan?

DAP pula, dalam masa yang sama, mula mengeluarkan "tanduknya". LGE, pemimpin DAP yang dianggap dapat mengimbangi "kredibiliti" DSAI dan neo-pemodeanan integirasi nasional sudah menampakkan kegagalan. Kegagalan ini sudah pasti menjadi halangan besar kepada pembenaan fundamental Pakatan Rakyat terutama kepada PAS dan pemimpin Melayu dalam PKR yang selama ini menyimpan anggapan dan skiptisma yang terbuku di hati mereka dalam diam. Jika DAP-PKR sudah memulakan peperangan kecil, terutama di Pulau Pinang dan Selangor, Apakah Pakatan Rakyat dapat membendung dari berlakunya pertembungan ideologi antara PAS dengan DAP?

Buat pertama kali TGNA dan TGHH menyuarakan kehendak yang senada dalam isu berunding dan bermusyawarah dengan UMNO, khasnya dalam isu yang menyentuh agama Islam. Dengan suara senada ini, sekaligus telah beransur memadamkan isu "mengkafirkan UMNO" dan "jahanam dengan UMNO". Perkembangan ini sekaligus menjelaskan kepada umum bahawa idea Kerajaan Perpaduan tidaklah seburuk seperti yang digambarkan DSAI dan Lim Kit Siang semasa mengheret TGHH membuat pendirian secara tergesa-gesa agar idea kerajaan Perpaduan dibunuh dengan pantas dan tangkas, semata-mata menjernihkan Pakatan Rakyat yang dilanda kecelaruan berkait isu "Kerajaan Perpaduan" pada masa itu.

Di Selangor, MB TS. Khalid Ibrahim dituduh bersikap "diktator" oleh pemimpin Pakatan sendiri. Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, LGE, dituduh, chauvinist, diktator, bersikap seperti komunis dan berat sebelah DAP oleh pemimpin dalam Pakatan Rakyat sendiri dan diperkuat dengan desakan dari MP Pasir Emas, Datuk Ibrahim Ali yang menganggap LGE gagal mendepati isu rakyat.

Ketika Tsunami yang melanda Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini, DSAI pula lebih "accupied" menyelamatkan diri dan kerjaya politiknya menghadapi Sodomi II yang disifatkannya sebagai Fitnah II. Sejak akhir-akhir ini, DSAI tidak muncul sebagai benteng mempertahankan Pakatan Rakyat yang semakin bercelaru. DSAI tidak lagi muncul seperti kebiasaanya menyambung wayar antara DAP dan PAS. Malah PKR-DAP telah memulakan 'perang kecil". Apakah ini pertanda bahawa DSAI sudah menerima hakikat bahawa menyambung wayar DAP-PAS bagai menyambung wayar "positif dengan negatif" yang sukar dan TIDAK lagi "cucuk"?


Related:
1.Berdoalah PAS dan UMNO menemui titik pertemuan demi Islam dan Melayu

No comments: