Translate

Wednesday, February 10, 2010

PKR Sabah Bagai Telah Merelakan DSAI Pergi.

Apakah Barisan Pimpinan Sabah seperti ini gusar dengan penyataan "Tanpa Anwar PKR dan Pakatan Rakyat tetap segar di Sabah?
Barangkali kita perlu menyingkap sedikit sejarah lampau perjuangan reformasi semasa DSAI terpenjara. Masa itu, gerakan reformasi berjuang di atas bahtera Barisan Alternatif yang diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Isteri De Factor Leader Pakatan Rakyat, DSAI. Nama Barisan Alternatif sahaja sudah cukup kita menyimpulkan bahawa intipati perjuangannya adalah alternatif kepada Barisan Nasional.

Namun dalam PRU 11, Barisan Alternatif kalah teruk. Karpal Singh dan Lim Kit Siang kecundang. Kelantan hampir dirampas BN. DAP akhirnya bertindak keluar dari BA meninggalkan PAS kerana menganggap PAS tidak menguntungkan DAP. Malah PAS dipersalahkan DAP kerana menjadi penyebab utama pemimpin utama mereka kecundang dan "dimalukan".

Penganalisa politik dalam dan luar negara memberi pandangan bahawa BA kalah kerana ketiadaan pemimpin berkarisma yang dapat mensebatikan sokongan rakyat dan menyambung tali silaturahim PAS-DAP dengan ketat dan teguh. Mereka berpendapat BA lemah kerana ketiadaan DSAI yang tidak mudah diganti. DSAI tiada subtitute yang hampir dalam BA masa itu.

Dik kerana terlalu yakin dan teruja dengan keputusan PRU 11, Pak Lah (Tun) yang terkenal dengan sikapnya yang pemurah dan lemah lembut telah mengizinkan DSAI dibebaskan dengan syarat "tidak aktif dalam politik dalam tempoh 5 tahun". Begitupun beberapa hari selepas DSAI dibebaskan, dia sudah mula aktif berpolitik dan mengenepikan larangannya, kecuali keizinan bertanding dalam pilihanraya. Tour demi tour. road show demi road show dilakukan DSAI sehingga dapat menawan semula hati dan perasaan DAP-PAS untuk kembali bersatu dengannya. Mengingati dan mengenang hatibudi dan kemurahan hati Pak Lah sudah tiada lagi dalam kamus DS Anwar Bin Ibrahim pada masa itu. Yang ada dalam jasad dan roh perjuangannya ialah "kesumat dendam" kerana dia dan seluruh anggota keluarganya telah "diaibkan" dan telah "dizalimi".

Karisma DSAI terbukti dalam PRU 12. BN yang "lemah ketika itu" menjadi terlalu vulnerable sehingga terpaksa menerima kenyataan kehilangan majoriti 2/3 kerusi MP di Dewan Rakyat dan kehilangan 4 Negeri (plus Kelantan 5) di tangan PAS-PKR-DAP yang akhirnya bergabung menjadi Pakatan Rakyat (belum berdaftar secara sah sehingga kini).

Siapa yang dapat menyangkal bahawa kehadiran DSAI adalah faktor utama yang membina dan memupuk kekuatan Pakatan Rakyat masa itu? Dan siapa yang dapat menafikan bahawa BN masa itu berada pada tahap yang lemah?

Namun kini, PKR dan Pakatan Rakyat Sabah seakan merelakan DSAI pergi. Seolah-olah mereka sudah mengetahi malah mungkin menerima hakikat bahawa DSAI bakal terpenjara berkait kes Sodomi II yang sedang dihadapinya. Penganalisa politik PKR di Sabah, bukan seorang  dua sahaja, malah ramai pemimpin PKR Sabah, mengatakan bahawa Tanpa Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat Tetap Segar. Seolah-olah satu gema yang sekaligus menyatakan "adious" dan selamat jalan ke penjara buat DSAI.

Kemelut PKR Sabah jauh dari selesai even ketika kedatang DSAI ke Sabah merasmikan Konvensyen PKR-Pakatan Rakyat yang di adakan di Atlantis, Jalan Bundusan, Kota Kinabalu. Pengumuman Perlantikan Datuk Dr. Jeffrey sebagai Pengerusi Majlis Permesyuaratan PKR Sabah-Sarawak dan Perlantikan semula Christina Liew sebagai Peneraju Jawatan No 2 PKR Sabah tidak berjaya meredakan ketegangan dalam PKR Sabah. Wasiat Presiden PKR supaya DSAI menerajui jawatan No. 1 PKR Sabah dan Sarawak tidak dilaksanakan malah tidak disentuh lansung dalam Konvensyen itu.

Bagi PKR Sabah, apa yang jelas ialah Thamrin Haji Jaini masih lagi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah kerana tidak pernah dipecat atau dilucutkan dengan resmi; dan Kong Hong Ming adalah pilihannya untuk menerajui jawatan No.2 PKR Sabah. Oleh yang demikian keadaan bermasam muka pemimpin PKR Sabah masih berlanjutan dan hanya menunggu masa untuk bertegang leher. Jelas dan nyata Dr. Jeffrey Kitingan memang tidak puas hati dan tidak lagi yakin dengan keputusan pemimpin PKR dari Kuala Lumpur atau istilah yang digemarinya "Malaya".

Jiak seluruh penganalisa politik di Semenanjung Malaysia hampir sependapat bahawa tanpa DSAI, wayar penyambung DAP-PAS akan putus dan bakal memalapkan politik Pakatan Rakyat. Apakah justifikasi yang valid bagi PKR Sabah mengatakan Tanpa Anwar PKR dan Pakatan Tetap Segar? Apakah benar bahawa PKR Sabah sudah bersedia membentuk Barisan Sabah dan memisahkan diri dari Pakatan Rakyat yang menghadapi kekusutan yang tidak terurai? Tetap segarkah mereka?


Landskap politik Malaysia kini sudah berubah. Tsunami politik melanda Pembangkang. Barisan Nasional kini semakin menyerlah dengan pelbagai program innovasi yang menampakkan perubahan besar hasil dari gagasan 1Malaysia yang mendengar degupan 27 juta rakyat Malaysia. BN semakin gagah di bawah pimpina DS Najib Tun Razak. Manakala PR semakin lemah dan berserabut. Apakah alasan PKR Sabah yang mengatakan Pakatan Rakyat dan PKR tetap segar meskipun tanpa DSAI? Atau mungkinkah Pakatan Rakyat Pusat akan terus melupakan Sabah dan Sarawak kerana sememangnya mereka yakini bahawa dua negeri itu adalah Fix Deposit Barisan Nasional?

No comments: