Translate

Sunday, March 7, 2010

Mengampu: Sampai Bila Ideologi PAS Disorok.

 
 De Fakto Leadr PR, DSAI, kata PKR menghadapi masalah. Mustafa Ali kata di depan LGE tiada masalah. Semuanya beres. Jenis apa AMPU ini?

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semasa berucap dalam Majlis Sambutan 2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di Pulau Pinang yang diadakan di tapak pesta, Sungai Nibong semalam membuat kenyataan yang amat jelas MENGAMPU Lim Guan Eng dan DAP. Kenyataannya sebenarnya TIDAK diprovoke oleh BN ataupun UMNO, tuba-tiba menyerang UMNO-BN seolah-oleh BN camputangan urusan dalaman Pakatan Pembangkang. Siapa sebenarnya yang sebuk mencampuri rumahtangga orang lain?

Inilah kenyataan MENGAMPU Mustafa Ali dihadapan Lim Guan Eng-(DAP) Rakyat melihatnya, Penyokong PAS dan ahli-ahli PAS juga melihatnya dn memerhatikannya. Seperti berikut:-
Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya jangan mengimpikan keretakan akan berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) jika hanya segelintir daripada wakil rakyat yang ada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi wakil rakyat Bebas kebelakangan ini.... "Suka saya tegaskan di sini bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang didokong oleh PAS, PKR dan DAP telah bersepakat dan bersetuju sebulat suara bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Ketua Pembangkang walaupun tidak menguasai kerusi sepenuhnya dalam Parlimen. “Bukan Umno atau BN yang menentukan siapa yang akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Kami daripada Ahli Parlimen PR yang berhak menentukannya,”-Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.
Kenyataan Mustapha Ali ini sekalugus menelanjangkan kebenaran bahawa terdapat segelintir pemimpin PAS yang tunduk dan sujud sembah kepada Pemimpin DAP. Benarkah bahawa tiada seorangpun ahli atau penyokokong PAS di luar sana yang inginkan PAS menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen? Atau Mustafa sudah membuat pengakuan bahawa PAS tidak layak menjadi Ketua Pembangkang di Perlimen? lalu PAS, menurut Mustafa Ali sudah tidak bersedia menggantikan DSAI apakala DSAI terpaksa berhenti memegang jawatan berkenaan jika didapati bersalah dalam kes sodomi II?

Pendirian dan sikap seperti Mustafa Ali inilah yang membuatkan DAP semakin ghairah mengenepikan dan menafikan ideologi politik PAS dan menyapunya di bawah carpet. Kenapa Mustafa Ali, sebagai Setiausaha Agung PAS, tidak memiliki gut untuk menyatakan pendirian bahawa PAS mampu mewakili penduduk teras yang mewakili majoriti rakyat Malaysia Malaysia?. Apakah Mustafa Ali sudah menerima hakikat penyataan Kelab Penyokong PAS dan DAP yang menyatakan dengan tegas dan beramaran bahawa pengaruh PAS di kalangan penduduk teras yakni Melayu hanyalah kurang 30% dan statik dan PAS mesti menerima keahlian mereka untuk melebarkan sayapnya?

Benarkah PAS memang tidak layak dan tidak mampu menjadi Ketua Pembangkang di Parliment? Kenapa Setiausaha Agung PAS yang membuat kenyataan seperti ini, BUKAN Presiden PAS?. Tidak benarkah perbuatan Mustafa Ali ini mengampu DAP dan Lim Guan Eng?

Nyatakanlah wahai Mustafa Ali dengan jelas bahawa, jika DSAI mengosongkan kerusi ketua Pembangkang di perliment maka  DAPlah yang layak menggantikannya. Barulah ampu terus melangit! Sampai bila ideologi PAS terus disorok?

2 comments:

bdk sg boya rwg said...

mustafa ali tu mmg bodoh..lagi la bodoh anwar al juburi...pakatan rakyat mmg bodoh...hahhaahah

pas buang hudud said...

Ini menunjukkan pas parti yg ketandusan pemimpin dan tidak ada keyakinan diri.Balik2 bekas pemimpin umno jugak yg dipuja2nya.Pemimpin yg bermasalah pulak tu.Pas ni memang tak layak memerintah Malaysia lah.

Esok2 kalau pakatan menang pas tetap jadi balaci aje.Agenda palsu dia tentang Islam akan senyap macam tu aje.Memanglah diorang ni berjuang untuk kuasa.Mana hudud ni,mana?