Translate

Monday, March 8, 2010

Parti Self Destruct: 120 PKR sertai UMNO-Jangan Ajak Golongan Muda Mengenepikan Peraturan.

 Sukar sangatkah mendapat Permit?

Berita mengenai 120 ahli PKR meninggalkan parti itu di Papar, Sabah semakin mengesahkan lagi bahawa PKR adalah parti yang "Self Destruct" di Sabah. Beberapa hari yang lalu PKR bangga dengan kemasukan Kalaukau Untol dalam PKR. Namun keadaan sebenar ialah ramai pemimpin PKR yang sedia ada di kawasan itu semakin tidak senang duduk dengan kehadiran Kalakau. Pastinya mereka merasa disingkirkan bagi memberi ruang mereka kepada Kalakau.  Tunggu dan lihat, pasti ada kejutan dari Parti yang self destruct itu di kawasan Tuaran.

Di Papar Sabah khususnya di Mukim Limbahau, seramai 120 orang ahli PKR telah menyertai UMNO. Di Sabah lagu Wajib "Kena Beli Najib-Rosmah" tidak berkumandang. Nyatanya Limbahau adalah kawasan yang pro-Dr. Jeffrey suatu waktu dulu.[di sini]
"Konsep 1Malaysia membuatkan kami merasa bangga kerana tidak ada kaum, termasuk Kadazan, Dusun dan Murut, yang akan dipinggirkan daripada arus pembangunan. Kami sebelum ini terperdaya dengan janji manis pemimpin PKR di peringkat negeri dan pusat,"-[di sini]

Penyertaan 120 ahli PKR di Mukim Limbahau, Papar ini tidak diserikan dengan "pukul dan tindakan brutal". Mudah kerana mereka tidak melanggar peraturan dan tidak melakukan provokasi terhadap pihak keselamatan. Program penyertaan mereka ke UMNO tidak seperti perayaan Ulangtahun PR Selangor yang sengaja melakukan provokasi yang melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan. Kenapa PR sengaja mengajak dan memperalat Golongan Muda untuk melanggar peraturan? Apakah tarbiyah PR kepada golongan muda memang "taking the law on their own hands"? Apakah memprovolasi itu cara yang terbaik untuk golongan belia yang sememangnya ingin hidup dalam suasana yang civil?

Penyemaian bibit-bibit kebencian terhadap pihak keselamatan memang sinonim dengan Pakatan Pembangkang. Oleh itu menyalahkan pihak keselamatan dalam kes perayaan Ulangtahun ke 2 Pakatan pembangkang adalah norma Pakatan pembangkang untuk mengemis  dan menagih simpati umum. Bisakah Golongan muda hidup dalam cara dan budaya sedemikan?

RELATED:
-Pro-Slut-"Pengamal @ Penggemar Sek Luar tabii yang teruk"-Memperalat

No comments: