Translate

Friday, November 7, 2008

JASA ZAID IBRAHIM?

Zaid Ibrahim. Pemain peranan utama pembayaran ex-gratia. Tiada pengajaran kah yang dia perolehi dari politik wang yang pernah diamalkannya?

Apakah Datuk Salleh Tun Said Keruak, Ketua UMNO Bahagian P.169-Kota Belud akan dilantik mengambil alih tempat Zaid sebagai Senator?

EX-GRATIA...Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada enam hakim yang dipecat sebagai bayaran ex-gratia. Menteri Jabatan Perdana Mentei Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengumumkan jumlah itu di Dewan Rakyat Khamis berkata, daripada jumlah itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas menerima jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM5 juta.

Wang siapa ini?. Inikah jasa dan bakti Zaid Ibrahim selama menjadi Senator dan Menteri DI JPM?

Monday, November 3, 2008

TAHNIAH BUAT DATUK SALLEH

Melihat blog sahabat-sahabat yang mengucap tahniah buat Datuk Salleh atas kemenangannya sebagai Ketua UMNO Bahagian P.169 Kota Belud, tergerak hati saya untuk menulis sepatah dua. Pada beberapa bulan yang lalu, saya telah memberikan sedikit komen mengenai keadaan UMNO Kota Belud. Rata-rata warga UMNO Kota Belud telahpun meluahkan kehendak mereka yang menginginkan Salleh untuk kembali menerajui UMNO Bahagian Kota Belud yang sudah tidak ditadbirurus dengan baik dan tidak mengikut tatasulila dan ketertiban pentadbiran.

Masalah yang menjadi hambatan kepada keinginan warga UMNO Kota Belud ialah keadaan politik memilih "kem" oleh pucuk pimpinan UMNO Negeri. Salleh dan rakan-rakan disingkirkan dari politik negeri dalam PRU12 walaupun ternyata mereka mempunyai karisma dan pengaruh yang kuat di kalangan masyarakat bukan sahaja di Kota Belud dan kawasan mereka, malah segenap pelusuk negeri dan peringkat Nasional. Ramai yang mempersoal tindakan ini, terutama tindakan YAB Pengerusi Perhubungan Negeri yang ternyata membelakangkan pucuk pimpinan UMNO Malaysia dan tidak disenangi oleh pimpinan UMNO Pusat.

Langkah memilih bulu dan "kem" ini ternyata tidak digemari oleh ahli UMNO Sabah. Kerana itu jika diperhatikan kini, ramai pemimpinan akar umbi yang kecundang gara-gara sistem dan amalan "kem". Sebenarnya amalan "kem" ini amat bertentangan sekali dengan amalan demokrasi. Malah ianya menyuntik dan menanam semangat pilih kasih di kalangan sesama ahli UMNO sendiri. Seakan terdapat "boundry" di antara sesama ahli.

Apabila ahli-ahli UMNO kembali kepada "mendemokrasikan UMNO", maka akibatnya para pengamal politik "kem" ini mulai satu persatu tumbang dan kecundang.

Tahniah buat ahli-ahli UMNO yang telah berjaya membaca dengan tepat kehendak rakyat yang ingin demokrasi itu wujud dan subur semula dalam UMNO.

Kembali Menerajui UMNO Kota Belud: Datuk Salleh Tun Said Keruak

Pada kesempatan ini saya Ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT DATUK SALLEH TUN SAID di atas kemenangannya menerajui semula UMNO Kota Belud.

Saya doakan Salleh akan berjaya membuka lembaran baru bagi menghidupkan "demokrasi dalam UMNO" dan dapat mendekatkan diri dengan masyarakat terutama mereka yang "segan" bertemu beliau dan masyarakat desa yang benar-benar memerlukan pembelaan. Mudah-mudahan perancangan pembangunan dan agenda mengajak masyarakat agar dapat bersama-sama bergiat dalam arus perdana pembangunan, terutama aspek-aspek memajukan ekonomi dan taraf hidup, dapat segera di rancang, direalisasikan dan dijelmakan sebagai satu wadah baru.

Tahniah Datuk dan seluruh anggota AJK Bahagian UMNO P.169 Kota Belud. Sesungguhnya Kota Belud sebagi tempat lahirnya anak sulung UMNO Sabah mesti berusaha dengan gigih membela masyarakat yang memerluka kepimpinan yang dinamik.