Translate

Saturday, October 25, 2008

KENAPA MUKHRIZ MAHU PEMUDA UMNO 'BERANI BERUBAH'?

MUKHRIZ MAHATHIR:
Berani Berubah.
Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Apapun orang kata tentang Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tidak boleh tidak terfikir atau tidak terlintas nama mantan Perdana Menteri yang menerajui negara selama 22 tahun.Mukhriz sememangnya boleh mendapat apa saja keistimewaan, tidak kira di mana mahupun untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun parti sekiranya Tun masih menerajui parti dan jadi Perdana Menteri.Tapi hakikat itu hanya boleh diperkatakan saja, ianya tidak berlaku. Kalau berlaku pun, bukan Mukhriz tapi mungkin abangnya Mokhzani yang satu ketika sudah berada dikalangan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
.
Kini, dalam usia 44 tahun anak ketiga Tun menawarkan diri untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama calon-calonnya Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pemimpin muda Perlis Datuk Zahidi Zainol Abidin

Dari Agendadaily
Read more.....
http://www.agendadaily.com/tips/index.jsp

Thursday, October 23, 2008

STIMULUS USD700 BILLION-DIAM; STIMULUS MYR5 BILLION -BISING: INCONSISTANCY?

Wang Rasuah atau Stimulus?
(Gambar Hiasan)
Stimulus USD700 billion: Diam
Stimulus MYR5 Billion: Bising.
“inconsistancy”?.


Bila Ahli Parlimen Sg Burong jolok sarang isu exco Kerajaan Perak yang terlibat dengan rasuah, Ahli Parliment Gombak, Anak Emas DSAI, YB. Azmin Ali, mula melenting dan telinganya mula berdiri lalu dengan hujah yang tersusun indah dan dengan wajah serius mengatakan bahawa Exco Kerajaan Perak yang rasuah itu adalah permainan BPR dan dia ada bukti kukuh. Itulah intipati perkataan Azmi di Parliment Malaysia. Seolah-olah bila orang KeAdilan melakukan rasuah ianya “Halal”. Seolah-olah bila orang keadilan menerima “sedekah sex” ianya “diluluskan” dan yang salah ialah BPR. Inconsistancy?

Barangkali bagi Azmin Ali, selaras dengan isu di atas, akan mengatakan bila manusia digoda oleh hawa nafsu dan syaitan dan tewas oleh godaan, yang salah ialah hawa nafsu dan syaitan bukan manusia yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Di manakah kitab rujukan Azmin Ali ini?. Adakah Azmin Ali memperkecilan dan membelakangkan para alim ulama negara dengan penyataan demikian semata-mata kerana membela sahabat seanutan parti politik yang 100% menerima “sedekah sex” seperti yang dia sendiri akui? Demikianlah pendirian seorang “anak emas”. Inconsistancy?

Nah, ini inconsistancy besar. USD700 billion diluluskan oleh kerajaan Amerika untuk meyelamat institusi-institusi kewangannya. Demokrat dan sebahagian Republikan mengutuk langkah itu. Kepimpinan dunia, sebahagian besarnya mengkritik langkah Amerika itu kecuali Presiden Filipina Gloria Macapoagal Aroyo yang memuji dan menyanjung tinggi langkah itu. Fasal duit memang GMA pasti akan puji. Inconsistancy?

Di Malaysia orang pertama yang saya terbaca pandangannya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun kata bahawa suatu waktu dulu US mempersoal tindakan “bail out” Malaysia khasnya oleh Petronas, kini kita lihat USD700 billion diluluskan oleh orang yang menuduh Malaysia suatu waktu dulu, sebagai mengamal “bail out”. Inconsistancy?

Orang pertama yang saya harapkan untuk membuat komen ialah DSAI. Dia adalah orang pilihan pertama Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri British, untuk dijadikan sebagai Menteri Kewangan British kiranya keadaan mengizinkan. Malangnya, dalam kes USA ini, DSAI tidak menonjokan diri. Pakar kewangan dan ekonomi dunia bagi Margaret Thatcher ini sepi seribu bahasa. Seolah-olah dia telah menutup mata dan hatinya mengenai isu bail out Amerika yang berjumlah USD700 billion. Barangkali bila ada berita di dada akhbar mengenai bail out USD 700 billion ini, DSAI skip, “tak nak bace”. Inconsistancy?

Bila Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengemukakan stimulus ekonomi dengan suntikan modal sebanyak MYR5 billion, DSAI, pilihan no.1 Margaret Thatcher ini mula bangkit mengaum dan mengatakan bahawa “kerajaan tidak bertanggungjawab”. Tapi kerajaan US tidak pernah DSAI kata tidak bertanggungjawab. Nampaknya bila stimulus US700 dia diam, Stimulus MYR5 billion dia bising. Nampaknya inilah persamaan “Anak Emas dengan Bapa Emas”. "Bapa Borek Anak Rintik" atau "trademark". Bagi Bapa emas, kalau sahabat, USA, buat stimulus ekonomi USD700 billion dia “thumb up”, Malaysia buat, dia “thumb down. Bagi anak emas, kalau pemimpin PKR melakukan rasuah, belum sempat siasatan dibuat, dia kata yang salah BPR, kalau orang BN, belumpun dibuktikan bersalah dicop sebagai “Pengkhianat Negara”. Inconsistancy?

Wednesday, October 22, 2008

Laporan Polis Terhadap TPM dan Menifestonya: Usaha di Lorong Sempit dan Kesempitan

16 September 2008 telah berakhir tanpa ada “yang tertunai”. Janji Oktober berakhir dengan janji baru, “Janji Sebelum Aidil Adha” . Itulah beberapa siri Janji Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia khasnya para penyokongnya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke enam.

Entah penyair dari dunia mana yang berupaya mindanya menggambarkan bertapa “setianya”mereka yang mendokong janji-janji DSAI yang tiada penghujung itu. Barangkali lebih mudah digambarkan dengan mata pena yang sering diraut dan duduk dimeja bersuluhkan pelita antiq kiranya mereka dan DSAI “menyalahkan rakyat kerana memilih Barisan Nasional”.

Sehingga kini kemenangan BN bagai merupakan satu hakikat yang DSAI dan pengikutnya tidak dapat terima dengan hati terbuka dan murni. Apabila YAB Dato Seri Mohamad Najib Tun Razak akan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri, lorong-lorong sempit terpaksa diharung bagi menghalang “penobatan” itu walau ianya semakin sempit dan menyempitkan.

Menifesto Najib yang tersiar dalam Malaysiakini adalah satu “naked truth” yang menunjukkan sebarang usaha akan dilakukan oleh mereka yang kesempitan fakta bagi memburukkan maruah dan imej bakal Perdana Menteri Malaysia itu. Penulisnya atau penyumbang artikal itu, Wong Choon Mei, dilapurkan meletakkan jawatan dari media itu kerana mengakui kesilapannya. Ini menunjukkan bahawa ianya bertanggungjawab terhadap kesilapannya; tetapi hasil tulisan itu masih terpampang dimedia itu sehingga tulisan ini dibuat. Apakah sikap media itu bertanggungjawab?

Apakah ini cara intelek "Bangsa Malaysia" membuat laporan polis?


Kenapa tidak pernah ada banner sebegini sehingga terpaksa saya guna foto manipulasi.

Dalam keadaan yang “normal” sesebuah laporan polis terhadap kesalahan seseorang individu atau mana-mana kumpulan atau sebagainya dibuat tanpa perarakan. Paling maxima ianya disertai oleh peguam yang membawa fail yang mengandungi rekod yang ingin dilaporkan. Bukalah mata dan hati kita. Renungkanlah cara sebuah laporan polis yang dibuat terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia. laporan itu di buat di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini, 21 Oktober, 2008 oleh kumpulan tertentu pro DSAI yang berselindung di sebalik tabir di ruang terbuka. Kepastian mengenai affiliation dan association mereka 99.99%.

Keganjilan cara dan “style” yang lengkap dengan “banner” ini bagi saya adalah satu budaya ganjil dalam cara membuat laporan polis. Bagi saya inilah “retorik yang asli” ciptaan dan ramuan pembalun. Apakah mereka ini “bersungguh” membuat laporan polis atau lebih kepada menunjuk dan menonjolkan keghairaan yang melampau?. Apakah ini model “Bangsa Malaysia” yang kita inginkan? Apakah ini kaedah para professioal dan para intelek? Atau sekadar Usaha-usaha Di hujung lorong Sempit dan Kesempitan?.

(We should take care not to make the intellect our god; it has, of course, powerful muscles, but no personality.- Albert Einstein)
.......
Read More......
DPM unveils manifesto for top Umno job

Sunday, October 19, 2008

Datuk Shafie Haji Afdal Cacat Sejarah.

Datuk Shafie Haji Afdal Pemimpin dari Sabah yang telah dapat mendalami budaya politik di semua peringkat Persekutuan dan Negeri

Shafie catat sejarah
Oleh Saufi Hamzah, Siti Nur Almizan Aripin, Bennie Zie Fauzi dan Nurul Farina Nazlan bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mencatat sejarah sebagai pemimpin Sabah pertama melayakkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Sehingga malam tadi, Shafie mengumpul 26 pencalonan selepas mendapat pencalonan dari Kemaman, Raub, Pokok Sena, Padang Rengas, Merbok, Gelang Patah, Kinabatangan, Batu Sapi dan Alor Star. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut layak apabila meraih 21 pencalonan termasuk dari Bachok, Padang Rengas dan Tebrau. Syarat layak bertanding jawatan Naib Presiden ialah 20 pencalonan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mengungguli pencalonan jawatan Naib Presiden apabila mengumpul 38 pencalonan termasuk dari bahagian Merbok, Padang Rengas, Pokok Sena, Raub, Bachok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengumpul 17 pencalonan selepas meraih pencalonan dari Kemaman, Bachok, Pokok Sena, Merbok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kini mendapat lapan pencalonan termasuk dari bahagian Kemaman sambil bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menerima pencalonan dari Raub untuk mengumpul tiga pencalonan setakat ini, manakala bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menambah dua lagi pencalonan masing-masing dari Padang Terap dan Padang Besar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan masih dengan dua pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad (empat) dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim (lima). Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada di depan untuk merebut jawatan Presiden apabila mengumpul 43 pencalonan setakat malam tadi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila mengumpul 37 pencalonan termasuk 13 semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing masih dengan tiga pencalonan setakat ini bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.